Pemberitahuan

Dalam masa beberapa bulan yang akan datang, nama tetapan Sejarah Lokasi akan diubah kepada Garis masa. Jika Sejarah Lokasi dihidupkan untuk akaun anda, anda boleh menemukan Garis masa dalam tetapan apl dan akaun anda.

Garis Masa Google Maps

Urus Garis Masa anda

Garis Masa Google Maps ialah peta peribadi yang membantu anda mengingati laluan dan perjalanan yang telah anda lakukan berdasarkan Sejarah Lokasi anda. Anda boleh mengedit Garis Masa anda pada bila-bila masa dan memadamkan Sejarah Lokasi anda dalam Garis Masa.

Sekiranya anda telah menghidupkan tetapan seperti Aktiviti Web & Apl dan mematikan Sejarah Lokasi atau memadamkan data lokasi daripada Sejarah Lokasi, data lokasi anda mungkin masih disimpan dalam Google Account anda sebagai sebahagian daripada penggunaan anda pada Google Sites, apl dan perkhidmatan yang lain. Aktiviti ini boleh merangkumi maklumat tentang lokasi anda daripada kawasan umum dan alamat IP peranti anda. Sebagai contoh, data lokasi mungkin disimpan sebagai sebahagian daripada aktiviti pada Search dan Google Maps apabila tetapan Aktiviti Web & Apl anda dihidupkan dan disertakan dalam foto anda, bergantung pada tetapan apl kamera anda.

Buat Garis Masa

Untuk membina Garis Masa anda, anda perlu menghidupkan Perkhidmatan Lokasi dan Sejarah Lokasi. Sejarah Lokasi ialah tetapan Google Account yang membuat Garis Masa, peta peribadi yang membantu anda mengingati laluan dan perjalanan yang telah anda lakukan serta tempat yang pernah anda lawati. Ketahui lebih lanjut tentang Sejarah Lokasi.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun  kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Kandungan peribadi dan tatal ke “Tetapan lokasi”.
  4. Dalam bahagian "Tetapan lokasi", semak jika "Perkhidmatan Lokasi dihidupkan". Jika tidak, ketik Perkhidmatan Lokasi tidak ditetapkan kepada sentiasa kemudian Lokasi kemudian Sentiasa.
Petua: Apabila anda menghidupkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, iPhone atau iPad anda berkongsi lokasi dengan apl yang anda gunakan. Data lokasi boleh disimpan sebagai sebahagian daripada aktiviti anda pada perkhidmatan Google yang lain seperti Google Search, apabila tetapan lain dihidupkan, seperti Aktiviti Web dan Apl.

Cari perjalanan anda

  1. Buka apl Google Maps Peta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Garis Masa Anda Garis Masa.
  3. Untuk mencari hari atau bulan yang lain, ketik Tunjukkan kalendar Acara kemudian leret ke kiri atau ke kanan dan ketik hari.
Petua: Anda boleh beralih antara tab di bahagian atas skrin, seperti Tempat, Bandar atau Dunia dan mencari cerapan tentang tempat yang pernah anda lawati.

Hidupkan atau matikan Sejarah Lokasi

Apabila anda menghidupkan Sejarah Lokasi, lokasi tepat peranti anda disimpan dengan kerap — pada peranti anda dan pelayan Google, walaupun apl Google tidak digunakan dan membuat Garis Masa anda.

Untuk menghidupkan atau mematikan Sejarah Lokasi:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, akses Garis Masa.
  2. Klik Tetapan Tetapan kemudian Hidupkan Sejarah Lokasi atau Matikan Sejarah Lokasi.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus Sejarah Lokasi anda.

Edit Garis Masa

Ubah tempat yang pernah anda lawati

Jika tempat pada Garis Masa adalah salah, anda boleh mengedit lokasi tersebut dan masa anda mengunjungi tempat itu.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Garis Masa Anda Garis Masa.
  3. Cari tempat yang salah pada Garis Masa dan ketik tempat tersebut.
  4. Ketik Edit tempat.
  5. Ketik Cari tempat atau alamat, atau tatal dan pilih tempat yang betul daripada senarai.
  6. Untuk mengedit masa dan tempoh anda berada di tempat itu, ketik masa.
Petua: Jika Aktiviti Web & Apl dimatikan, anda tidak dapat mengedit lokasi atau aktiviti pada Garis Masa, tetapi anda boleh memadamkan satu hari atau keseluruhan Sejarah Lokasi anda.
Bertukar antara batu & kilometer
 Untuk menukar cara Garis Masa mengukur jarak, ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan kemudian Unit jarak. Kemudian pilih Automatik, Kilometer atau Batu.
Cari rumah & tempat kerja anda pada Garis Masa

Jika anda menyimpan alamat rumah dan tempat kerja anda di Google, maklumat tersebut akan dipaparkan pada Garis Masa. Sebagai tambahan kepada Garis Masa, maklumat ini juga boleh digunakan dalam produk dan perkhidmatan Google yang lain.

Ketahui cara menetapkan alamat rumah dan kerja anda.

Padam hari
Penting: Apabila anda memadamkan maklumat Sejarah Lokasi daripada Garis Masa, anda tidak dapat melihat maklumat tersebut pada Garis Masa pada masa hadapan. Sekiranya anda telah menghidupkan tetapan lain seperti Aktiviti Web & Apl dan memadamkan Sejarah Lokasi, data lokasi anda mungkin masih disimpan dalam Google Account anda sebagai sebahagian daripada penggunaan anda pada Google Sites, apl dan perkhidmatan yang lain. Sebagai contoh, data lokasi mungkin disimpan sebagai sebahagian daripada aktiviti pada Google Search dan Google Maps apabila tetapan Aktiviti Web & Apl anda dihidupkan dan disertakan dalam foto anda, bergantung pada tetapan apl kamera anda.
  1. Buka apl Google Maps Peta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Garis Masa Anda Garis Masa.
  3. Di bahagian kanan sebelah atas, ketik Tunjukkan kalendar Acarakemudiandan pilih hari yang anda mahu padamkan.
  4. Ketik Lagi 더보기 kemudian Padam hari Padam .
Padam Sejarah Lokasi
Penting: Apabila anda memadamkan maklumat Sejarah Lokasi daripada Garis Masa, anda tidak dapat melihat maklumat tersebut pada Garis Masa pada masa hadapan. Sekiranya anda telah menghidupkan tetapan lain seperti Aktiviti Web & Apl dan memadamkan Sejarah Lokasi, data lokasi anda mungkin masih disimpan dalam Google Account anda sebagai sebahagian daripada penggunaan anda pada Google Sites, apl dan perkhidmatan yang lain. Sebagai contoh, data lokasi mungkin disimpan sebagai sebahagian daripada aktiviti pada Google Search dan Google Maps apabila tetapan Aktiviti Web & Apl anda dihidupkan dan disertakan dalam foto anda, bergantung pada tetapan apl kamera anda.

Anda boleh memadamkan semua atau sebahagian daripada Sejarah Lokasi anda.

  1. Buka apl Google MapsPeta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Garis Masa Anda Garis masa.
  3. Ketik Lagi 더보기kemudian Tetapan.
  4. Tatal ke "Tetapan lokasi".
    • Padam sebahagian daripada sejarah anda: Ketik Padam julat Sejarah Lokasi kemudian tetapkan julat kemudian Padam.
    • Padamkan semua: Ketik Padam semua Sejarah Lokasi.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus atau memadamkan Sejarah Lokasi anda.

Padamkan Sejarah Lokasi anda secara automatik

Anda boleh memilih untuk memadamkan Sejarah Lokasi yang melebihi 3 bulan, 18 bulan atau 36 bulan secara automatik.

  1. Buka apl Google MapsPeta pada iPhone atau iPad anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Garis masa anda Garis Masa.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Morekemudian Tetapan.
  4. Di bawah "Tetapan lokasi", ketik Padam Sejarah Lokasi secara automatik.
  5. Ikut arahan pada skrin.

Kawalan di tangan anda

Anda boleh menyemak data anda dan apa-apa pilihan yang anda buat di sini pada bila-bila masa melalui activity.google.com atau Garis masa anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15212370587592675191
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false