Gunakan Street View dalam Google Maps

Anda boleh meneroka tanda tempat dan keajaiban semula jadi dunia dan alami pengalaman di tempat seperti muzium, arena, restoran dan perniagaan kecil dengan Street View. Anda boleh menggunakan Street View dalam Google Maps dan galeri Street View.

Temukan tempat yang menyediakan Street View.

Dapatkan Street View dalam Peta Google

Untuk mendapatkan foto Street View, anda boleh mencari tempat, melepaskan pin, mengetik penanda tempat atau menggunakan lapisan Street View.

Cari tempat atau jatuhkan pin.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Peta Google Peta.
  2. Cari tempat atau lepaskan pin pada peta.
    • Untuk menjatuhkan pin, sentuh dan tahan pada sesuatu tempat pada peta.
  3. Di bahagian bawah, ketik nama atau alamat tempat.
  4. Tatal dan pilih foto berlabel "Street View" atau pilih lakaran kecil dengan ikon Street View foto 360.
  5. Apabila anda selesai, di bahagian kiri sebelah atas, ketik Kembali Kembali.

Ketik pada penanda tempat

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Peta Google Peta.
  2. Ketik pada penanda tempat.
  3. Di bahagian bawah, ketik nama atau alamat tempat.
  4. Tatal dan pilih foto berlabel "Street View".
    • Anda juga boleh memilih lakaran kecil yang mempunyai ikon Street View foto 360.
  5. Apabila anda selesai, di bahagian kiri sebelah atas, ketik Kembali Kembali.

Gunakan Lapisan Street View

  1. Buka apl Peta Google Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas, ketik Lapisan Lapisankemudian Street View.
  3. Garis biru pada Peta menunjukkan liputan Street View. Ketik pada sebarang garis biru untuk memasuki Street View.

Cari imejan peringkat jalan dari tarikh lain

Anda boleh mencari imejan peringkat jalan yang diambil pada masa berlainan daripada arkib Street View dan penyumbang lain. Sebagai contoh, anda boleh meneroka kawasan kejiranan anda yang telah berubah mengikut masa.

Penting: Imejan bersejarah tidak tersedia untuk setiap tempat yang mempunyai Street View.

  1. Pada peranti mudah alih atau tablet anda, buka apl Google Maps Peta.
  2. Ketik Lapisan Lapisan.
  3. Pilih Street View, kemudian ketik Tutup.
  4. Ketik pada sebarang garis biru.
  5. Ketik pautan "Lihat lebih banyak tarikh". Bukan semua lokasi pada Google Maps mempunyai pautan ini. 
  6. Di bahagian bahawa, tatal dan pilih imej dalam karusel.
  7. Apabila anda selesai, di bahagian kiri sebelah atas, ketik Kembali Kembali.

Kongsi imej Street View

Untuk berkongsi imej Street View, ketik skrin. Kemudian ketik Lagi Lagi kemudian Kongsi.

Teroka Street View

  • Untuk meneroka dalam Street View: seret jari anda pada skrin atau ketik kompas.
  • Untuk bergerak: ketik anak panah atau ketik imej dua kali pada arah yang mahu dituju.
  • Untuk melihat paparan yang lebih lebar dan menukar kepada mod landskap: pusingkan peranti anda pada kedudukan mengiring.
  • Untuk zum masuk: cubit buka pada skrin.
  • Untuk zum keluar: cubit tutup pada skrin.

Teroka Street View skrin pisah

Bertukar daripada imej Street View skrin penuh, kepada paparan skrin pisah yang turut memaparkan peta kecil.

  • Pada imej Street View, pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik anak panah Skrin Pisah . Paparan skrin pisah memaparkan peta kecil pada bahagian bawah skrin.
    • Untuk zum masuk pada peta: cubit buka pada skrin.
    • Untuk zum keluar: cubit tutup pada skrin.
    • Jika anda memilih mana-mana tempat menarik yang dinamakan pada peta yang lebih kecil: peta tersebut dipusatkan semula dengan serta-merta dan imejan baharu dimuatkan untuk mendapatkan paparan terbaik tempat tersebut. 
    • Jika anda mengetik mana-mana garisan biru pada peta yang lebih kecil: peta tersebut dipusatkan semula dengan serta-merta.

Pratonton arah dalam Street View

Penting: Untuk mendapatkan arah dalam Street View, masukkan destinasi dan ketik Arah Arah.
  1. Untuk melihat arah terperinci pada telefon atau tablet Android anda, tarik tetingkap bawah ke atas.
  2. Jika pratonton tersedia untuk langkah tersebut, foto akan dipaparkan. Untuk mendapatkan Street View bagi langkah yang mahu anda lihat, ketik foto itu.
    • Untuk beralih kepada langkah seterusnya dalam laluan, pada bahagian bawah, tarik ke kiri.
    • Untuk kembali kepada langkah sebelumnya, pada bahagian bawah, tarik ke kanan.
    • Untuk keluar daripada Street View, pada bahagian atas sebelah kiri, ketik anak panah ke belakang Back.

Laporkan isu Street View

Untuk melaporkan sesuatu imej yang perlu ditapis atau mungkin didapati menyinggung:
  1. Cari imej tersebut.
  2. Klik Lagi Lagi kemudian Laporkan masalah.
  3. Pilih isu dan klik Serahkan.
  4. Kami akan menyemak laporan anda dengan segera.

Laporkan imejan Satelit atau Street View yang sudah lapuk

Jika anda mahu melaporkan imejan yang sudah lapuk kepada pasukan kami, isikan maklumat yang diminta pada borang ini. Maklum balas anda membantu kami untuk menentukan lokasi kemaskinian imejan yang paling penting. Harap maklum bahawa Google tidak dapat memberikan komitmen terhadap garis masa khusus untuk membuat kemaskinian.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
823494523762415154
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false