Gunakan Street View dalam Google Maps

Anda boleh meneroka tanda tempat dan keajaiban semula jadi dunia dan alami pengalaman di tempat seperti muzium, arena, restoran dan perniagaan kecil dengan Street View. Anda boleh menggunakan Street View dalam Google Maps dan galeri Street View.

Temukan tempat yang menyediakan Street View.

Dapatkan Street View dalam Peta Google

Untuk mengakses foto Street View:

  • Cari tempat atau alamat dalam Google Maps.
  • Seret Pegman ke suatu tempat pada peta.
  • Cari tempat atau alamat dalam Google Search.
Cari tempat atau alamat dalam Google Maps
  1. Buka Google Maps.
  2. Cari tempat atau klik penanda tempat pada peta.
  3. Di sebelah kiri, pilih foto yang mempunyai ikon Street View foto 360.
  4. Apabila anda selesai, pergi ke bahagian kiri sebelah atas dan klik Kembali Kembali.
Gunakan Pegman
  1. Buka Google Maps.
  2. Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik Pegman Pegman.
  3. Seret Pegman kepada kawasan yang mahu anda teroka.
  4. Nyahklik untuk melepaskan Pegman pada garisan biru, titik biru atau titik jingga pada peta.
  5. Apabila anda selesai, pergi ke bahagian kiri sebelah atas dan klik Kembali Kembali.
Gunakan Google Search
  1. Buka Google Search.
  2. Cari tempat atau alamat.
  3. Klik foto berlabel "Lihat di luar".

Cari imejan peringkat jalan dari tarikh lain

Anda boleh mencari imejan peringkat jalan yang diambil pada masa berlainan daripada arkib Street View dan penyumbang lain. Sebagai contoh, anda boleh meneroka kawasan kejiranan anda yang telah berubah mengikut masa.

  1. Seret Pegman kepada peta.
  2. Klik Lihat lebih banyak tarikh.
  3. Pada bahagian bawah, tatal menerusi galeri lakaran kecil untuk melihat lebih jauh pada masa lampau.
  4. Untuk keluar daripada Street View, klik Kembali Kembali pada bahagian atas sebelah kiri.

Petua: Imejan bersejarah mungkin tidak tersedia untuk setiap tempat yang terdapat Street View.

Terokai Street View

  • Untuk bergerak, halakan kursor anda ke arah yang mahu dituju. Kursor anda bertukar menjadi anak panah yang menunjukkan arah pergerakan anda.
  • Untuk menemukan destinasi anda yang seterusnya, cari X. Klik sekali untuk bergerak menuju X.
  • Untuk meneroka, seret tetikus ke mana-mana arah. Anda juga boleh menggunakan anak panah pada sebelah kiri dan kanan kompas.
  • Untuk mengezum masuk atau keluar, tatal dengan tetikus anda atau gunakan zum dua jari dengan pad sentuh. Anda juga boleh menggunakan + dan - di bawah kompas.
  • Untuk menghalakan Street View anda ke arah utara, pergi ke bahagian kanan sebelah bawah dan klik kompas.
  • Untuk beralih antara jalan, akses tetingkap "Kembali kepada Peta" pada bahagian bawah sebelah kiri dan klik laluan yang diserlahkan dengan warna biru.

Pratonton arah dalam Street View

Penting: Untuk mendapatkan arah dalam Street View, klik Arah Arah. Kemudian, masukkan destinasi mula dan akhir.

  1. Pada komputer anda, dalam bahagian laluan yang mahu anda pilih, klik Butiran.
  2. Untuk mendapatkan arah yang lebih terperinci, klik Kembangkan Kembangkan.
  3. Tuding pada langkah dalam arah. Jika Street View tersedia, anda akan mendapat foto pratonton.
  4. Untuk mendapatkan Street View bagi langkah yang mahu anda lihat, klik foto itu.
    • Untuk mendapatkan Street View bagi langkah lain dalam laluan, dalam kotak pada bahagian bawah sebelah kiri, klik Langkah sebelumnya atau Langkah seterusnya.
    • Untuk keluar daripada pratonton, pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tutup Tutup.

Laporkan isu Street View

Untuk melaporkan sesuatu imej yang perlu ditapis atau mungkin didapati menyinggung:
  1. Cari imej tersebut.
  2. Klik Lagi Lagi kemudian Laporkan masalah.
  3. Pilih isu dan klik Serahkan.
  4. Kami akan menyemak laporan anda dengan segera.

Laporkan imejan Satelit atau Street View yang sudah lapuk

Jika anda mahu melaporkan imejan yang sudah lapuk kepada pasukan kami, isikan maklumat yang diminta pada borang ini. Maklum balas anda membantu kami untuk menentukan lokasi kemaskinian imejan yang paling penting. Harap maklum bahawa Google tidak dapat memberikan komitmen terhadap garis masa khusus untuk membuat kemaskinian.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15904948346458853750
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false