Hantar & buka e-mel sulit

Anda boleh menghantar mesej dan lampiran dengan mod sulit Gmail untuk melindungi maklumat sensitif daripada akses tanpa kebenaran. Anda boleh menggunakan mod sulit untuk menetapkan tarikh tamat tempoh mesej atau membatalkan akses pada bila-bila masa. Pilihan untuk mengirim semula, menyalin, mencetak dan memuat turun dilumpuhkan untuk penerima mesej sulit itu. 

Nota: Meskipun mod sulit menghalang penerima daripada berkongsi e-mel anda secara tidak sengaja, mod ini tidak menghalang penerima daripada mengambil tangkapan skrin atau foto mesej atau lampiran anda. Penerima yang mempunyai atur cara hasad pada komputer mereka mungkin masih dapat menyalin atau memuat turun mesej atau lampiran anda.

Lihat cara e-mel sulit berfungsi 

In this animation for confidential mode in Gmail, Lisa clicks the confidential mode icon at the bottom of the message, then sends a confidential message to Sam
Nota: Pada masa ini, kandungan dalam animasi ini tersedia hanya dalam bahasa Inggeris.

Menghantar mesej & lampiran secara sulit

Penting: Jika anda menggunakan Gmail dengan akaun kerja atau sekolah, hubungi pentadbir anda untuk memastikan anda boleh menggunakan mod sulit.

  1. Pergi ke Gmail pada komputer anda.
  2. Klik Karang.
  3. Klik Hidupkan mod sulit di bahagian bawah sebelah kanan tetingkap.
    Petua: Jika anda sudah menghidupkan mod sulit untuk e-mel, pergi ke bahagian bawah e-mel tersebut, kemudian klik Edit.
  4. Tetapkan tarikh tamat tempoh dan kod laluan. Tetapan ini memberikan kesan terhadap teks mesej dan sebarang lampiran. 
    • Jika anda memilih "Tiada kod laluan SMS", penerima yang menggunakan apl Gmail akan dapat membuka terus e-mel. Penerima yang tidak menggunakan Gmail akan menerima e-mel yang mengandungi kod laluan.
    • Jika anda memilih "Kod laluan SMS", penerima akan menerima kod laluan melalui mesej teks. Pastikan anda memasukkan nombor telefon penerima, bukan nombor telefon anda sendiri.
  5. Klik Simpan.

Alih keluar akses awal

Anda boleh menghalang penerima anda daripada melihat e-mel sebelum tarikh tamat tempoh.

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di sebelah kiri, klik Dihantar.
  3. Buka e-mel sulit.
  4. Klik Alih keluar akses.

Buka e-mel yang dihantar menggunakan mod sulit

Jika pengirim menggunakan mod sulit untuk menghantar e-mel:

  • Anda boleh melihat mesej dan lampiran sehingga tarikh tamat tempoh atau sehingga pengirim mengalih keluar akses.
  • Pilihan untuk menyalin, menampal, memuat turun, mencetak dan mengirim semula teks mesej serta lampiran akan dilumpuhkan.
  • Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan untuk membuka e-mel.

Saya menggunakan akaun Gmail

  1. Buka e-mel tersebut.
  2. Jika pengirim tidak meminta kod laluan SMS:
    • Jika anda menggunakan apl Gmail yang terbaharu (web atau mudah alih), anda dapat melihat terus e-mel apabila anda membuka apl tersebut.
    • Jika anda menggunakan klien e-mel lain, buka e-mel, klik pada pautan Lihat e-mel dan log masuk menggunakan bukti kelayakan Google anda untuk melihat mesej tersebut.
  3. Jika pengirim meminta kod laluan SMS:
    • Pilih Hantar kod laluan.
    • Semak mesej teks anda untuk mendapatkan kod laluan tersebut.
    • Masukkan kod laluan, kemudian pilih Serah.

Saya menggunakan akaun e-mel lain

  1. Buka e-mel tersebut. Pilih pautan Lihat e-mel.
  2. Halaman baharu akan dibuka. Pilih Hantar kod laluan.
    • Semak mesej teks atau e-mel anda untuk mendapatkan kod laluan tersebut.
    • Masukkan kod laluan, kemudian pilih Serah.

Saya mendapat ralat

E-mel telah tamat tempoh

Pengirim mungkin telah memadamkan e-mel atau mengalih keluar akses anda sebelum tarikh tamat tempoh. Hubungi pengirim untuk meminta lebih masa atau untuk menghantar semula e-mel tersebut.

Nombor yang diberikan adalah untuk negara yang tidak disokong

Anda hanya boleh menambahkan kod laluan SMS untuk nombor telefon dari rantau berikut: 

  • Amerika Utara
  • Amerika Selatan
  • Eropah
  • Australia
  • Asia: India, Korea dan Jepun
Tukar akaun
Pastikan anda didaftar masuk ke Akaun Google yang betul yang dikaitkan dengan e-mel penerima. Kemudian, cuba buka e-mel tersebut sekali lagi.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7868173590725097739
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false