Titik tidak dikira dalam alamat Gmail

Jika seseorang menambahkan titik pada alamat anda secara tidak sengaja apabila menghantar e-mel kepada anda, e-mel itu masih anda terima. Contohnya, jika e-mel anda ialah johnsmith@gmail.com, anda memiliki semua versi bertitik alamat anda:

  • john.smith@gmail.com
  • jo.hn.sm.ith@gmail.com
  • j.o.h.n.s.m.i.t.h@gmail.com

Perhatian: Jika anda menggunakan Gmail melalui tempat kerja, sekolah atau organisasi lain (seperti yourdomain.com atau yourschool.edu), titik akan mengubah alamat anda. Untuk menukar titik dalam nama pengguna, hubungi pentadbir anda.

Tiada sesiapa yang menerima e-mel anda

Tiada sesiapa yang boleh mengambil nama pengguna anda

Alamat Gmail anda adalah unik. Jika seseorang cuba membuat akaun Gmail dengan versi bertitik nama pengguna anda, beliau akan mendapat ralat yang mengatakan nama pengguna itu sudah diambil.

Contohnya, jika alamat anda ialah johnsmith@gmail.com, tiada sesiapa yang boleh mendaftar untuk j.o.h.n.s.m.i.t.h@gmail.com.

Tiada sesiapa yang melihat mel anda

Akaun anda masih tertutup dan selamat. E-mel yang dihantar ke mana-mana versi bertitik alamat anda akan dihantar kepada anda sahaja.

Contohnya, johnsmith@gmail.com dan j.o.h.n.s.m.i.t.h@gmail.com ialah alamat yang serupa dan dihantar ke peti masuk yang sama.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda menerima mel orang lain

Penambahan titik tidak mengubah alamat anda, jadi titik bukanlah punca anda menerima mel orang lain. Barangkali pengirim mel itu tersilap taip atau terlupa alamat yang betul.

Contohnya, jika seseorang bermaksud untuk menghantar e-mel kepada john.43.smith@gmail.com tetapi menaip john.smith@gmail.com, mesej itu dihantar kepada anda kerana anda memiliki johnsmith@gmail.com.

Maklumi pengirim e-mel

Jika e-mel kelihatan tidak berkaitan namun tidak mencurigakan, balas kepada pengirim e-mel itu dengan menyatakan bahawa beliau telah menghantar e-mel ke alamat yang salah.

Laporkan e-mel yang mencurigakan

Jangan klik mana-mana pautan atau kongsi maklumat peribadi. Laporkan e-mel sebagai spam atau pancingan data.

Nyahlanggan surat berita yang tidak anda daftar

Hubungi tapak web tersebut untuk mengalih keluar alamat anda daripada senarai mel mereka. Ketahui cara menyahlanggan e-mel.

Perhatian: Kami tidak dapat menghalang orang daripada menggunakan versi bertitik alamat anda secara tidak sengaja atau dengan niat jahat untuk mendaftar bagi e-mel langganan.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9328555956158776638
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false