Balas mesej dalam Gmail

Apabila anda menerima mesej dalam Gmail, anda boleh:

  • Membalas kepada pengirim.
  • Membalas kepada setiap penerima.

Balas mesej

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buka mesej.
  3. Pada bahagian bawah mesej, klik: 
    • Balas: Hantar mesej kepada pengirim.
    • Balas kepada semua: Hantar mesej kepada pengirim dan sesiapa sahaja dalam baris “Kepada:” dan “Sk:”.
  4. Masukkan mesej.
  5. Klik Hantar.

Tukar tetapan balasan lalai anda

Untuk menukar susunan butang “Balas” dan “Balas kepada semua”, kemas kinikan tetapan balasan lalai anda.

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Umum.
  4. Dalam bahagian "Gelagat balasan lalai", klik Balas atau Balas kepada semua.

Dapatkan cadangan untuk balasan pantas

Untuk membalas e-mel dalam peti masuk anda dengan pantas, hidupkan Balasan Pintar. Apabila Balasan Pintar dihidupkan, anda boleh menemukan balasan yang dicadangkan di bawah mesej anda.

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan
  3. Klik tab Umum.
  4. Bersebelahan "Balasan Pintar", klik Hidupkan Balasan Pintar
  5. Pada bahagian bawah, klik Simpan Perubahan.

Petua:

  • Untuk membalas, pilih cadangan di bawah mesej.
  • Anda boleh mengedit cadangan sebelum membalas.
  • Jika anda tidak menemukan tetapan “Balasan Pintar”, pastikan “Ciri pintar dan pemeribadian” didayakan dalam Gmail. Ketahui lebih lanjut tentang ciri & kawalan pintar.

Dapatkan peringatan tentang e-mel penting

Penting: Sebelum anda boleh mendapatkan peringatan untuk e-mel penting, hidupkan paparan perbualan dalam Tetapan. Ketahui cara menghidupkan paparan perbualan.

Pada bahagian atas peti masuk, anda boleh menemukan cadangan (atau “sigung”) untuk e-mel yang patut dibalas atau dibuat susulan. Anda boleh menghidupkan atau mematikan sigung dalam Tetapan.

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Umum.
  4. Bersebelahan “Sigung”, pilih:
    • Cadangkan e-mel untuk dibalas: Pada bahagian atas peti masuk, anda boleh menemukan e-mel yang terlupa dibalas.
    • Cadangkan e-mel untuk dibuat susulan: Pada bahagian atas peti masuk, anda boleh menemukan e-mel dihantar yang mungkin perlu anda buat susulan.
  5. Pada bahagian bawah, klik Simpan Perubahan.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15979618187828190433
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false