Membuka & memuat turun lampiran dalam Gmail

Apabila anda mendapat e-mel dengan lampiran, anda boleh memuat turun lampiran pada peranti anda.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Pilihan muat turun

Memuat turun lampiran ke komputer anda
  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buka mesej.
  3. Pada bahagian bawah mesej, tuding pada lampiran.
  4. Klik Muat turun .

Petua:

  • Jika anda menggunakan Google Chrome, ketahui cara memuat turun fail pada Chrome.
  • Penyemak imbas anda menyimpan lampiran pada folder muat turun. Semak tetapan penyemak imbas anda untuk mencari muat turun anda.
  • Anda juga boleh menyeret foto dan lampiran pada desktop anda kika komputer anda menyokong tindakan ini.
Memuat turun ke Google Drive

Penting: Anda tidak boleh menambahkan lampiran tertentu pada Google Drive. Ketahui tentang fail yang boleh anda simpan dalam Drive.

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buka mesej.
  3. Pada bahagian bawah mesej, tuding pada lampiran.
  4. Klik Tambahkan pada Drive .
Memuat turun foto dalam e-mel

Sesetengah foto dihantar dalam mesej e-mel dan bukannya sebagai lampiran.

Berikut ialah beberapa cara untuk menyimpan foto dari dalam e-mel:

  • Muat turun: Klik kanan pada foto dan buat pilihan untuk menyimpan foto itu.
  • Simpan ke Drive: Muat turun foto ke komputer anda, kemudian muat naik ke Google Drive.

Membuka lampiran fail Office dalam Docs, Sheets atau Slides

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buka e-mel yang mengandungi lampiran fail Office.
  3. Tuding tetikus anda pada lakaran kecil.
  4. Klik Edit dengan Google Docs / Edit dengan Google Sheets / Edit dengan Google Slides .
Salinan lampiran Office yang baharu disimpan dalam Drive.
Kini anda boleh:
  • Edit
  • Kongsi
  • Lihat sejarah versi
  • Bekerjasama dalam masa nyata

Untuk pilihan e-mel yang lain, klik Fail kemudian E-mel.

Sertakan lampiran apabila membalas atau mengirim semula

Lampiran disertakan apabila anda mengirim semula mesej namun tidak disertakan secara automatik apabila anda membalas mesej.

Untuk menyertakan lampiran asal apabila membalas:

  1. Pada komputer anda, di sebelah bawah kotak balas, klik anak panah ke Bawah Anak panah ke bawah.
  2. Klik Sertakan lampiran asal.

Untuk mengalih keluar lampiran asal semasa membalas, akses sebelah kanan lampiran itu, kemudian klik Alih keluar.

Lampiran tidak dapat dibuka atau dimuat turun

Penting: Jika pengirim menghidupkan mod sulit, anda tidak dapat menyalin atau memuat turun teks mesej dan lampiran. 

Jika lampiran tidak dapat dimuat naik atau dimuat turun, cuba langkah ini mengikut tertib:

  1. Pada komputer anda, pastikan anda menggunakan penyemak imbas yang disokong.
  2. Cuba matikan sambungan pada penyemak imbas anda satu demi satu.
  3. Kosongkan cache dan kuki penyemak imbas anda.

Ketahui tentang lampiran yang mencurigakan

Untuk melindungi akaun anda daripada kemungkinan virus dan perisian berbahaya, Gmail memberitahu anda tentang lampiran yang mencurigakan dalam e-mel. Lampiran mungkin mencurigakan kerana:

  • Lampiran membenarkan skrip yang tidak disahkan: Kami tidak dapat mengesahkan sama ada lampiran mesej selamat dibuka. Jika anda membuka lampiran tersebut, ada kemungkinan perisian hasad akan dijalankan pada komputer atau peranti anda.
  • Lampiran disulitkan: Sesetengah lampiran, seperti dokumen yang memerlukan kata laluan untuk dibuka, disulitkan dan tidak boleh diimbas untuk mengesan virus.
  • Lampiran termasuk e-mel (.eml): Semasa kami menyemak mesej dan lampiran .eml untuk spam dan virus, kami tidak dapat mengesahkan bahawa pengirim dalam fail .eml benar-benar menghantar e-mel tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan.

Jika e-mel kelihatan mencurigakan, jangan balas dan jangan muat turun lampiran. Anda boleh:

Jika e-mel dihantar daripada seseorang yang anda kenali dan percayai, abaikan amaran ini.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8193137810793080866
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false