Tandai atau nyahtandai Spam dalam Gmail

Anda boleh menandai atau menyahtandai e-mel sebagai spam. Gmail juga mengenal pasti spam dan e-mel lain yang mencurigakan secara automatik dan menghantar e-mel tersebut ke Spam.

Tandai atau nyahtandai e-mel sebagai spam

Tandai e-mel sebagai spam

Semakin banyak anda melaporkan spam, semakin cekap Gmail menandai mesej yang serupa sebagai spam secara automatik.

  1. Buka apl Gmail Gmail pada iPhone atau iPad anda.
    Nota: Jika anda tiada apl Gmail, muat turun apl itu. 
  2. Ketik imej profil pengirim di sebelah mesej yang ingin ditandai sebagai spam.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Laporkan spam.
Petua: Apabila anda mengetik Laporkan spam atau mengalihkan e-mel ke folder Spam anda secara manual, Google akan menerima salinan e-mel itu dan mungkin menganalisis e-mel tersebut untuk melindungi pengguna kami daripada spam dan penyalahgunaan.

Nyahtandai e-mel sebagai spam

Anda boleh mengalih keluar e-mel daripada Spam jika anda telah tersilap menandai e-mel itu sebagai spam:

  1. Buka apl Gmail Gmail pada iPhone atau iPad anda.
    Nota: Jika anda tiada apl Gmail, muat turun apl itu. 
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menu kemudian Spam.
  3. Pilih mesej yang bukan spam.
  4. Ketik Lagi Lagi kemudian Bukan spam.

Petua: Untuk menghentikan mesej daripada dihantar ke Spam pada masa hadapan, anda boleh:

Padamkan e-mel dalam spam

  1. Buka apl Gmail Gmail pada iPhone atau iPad anda.
    Nota: Jika anda tiada apl Gmail, muat turun apl itu. 
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menu kemudian Spam.
  3. Ketik Kosongkan spam sekarang.

Sebab e-mel mempunyai label amaran

Gmail mengecam e-mel yang mencurigakan secara automatik dan menandai e-mel itu sebagai spam. Apabila anda membuka label Spam, anda dapat melihat e-mel yang anda tandai atau yang ditandai oleh Gmail sebagai spam. Setiap e-mel akan disertakan dengan label di bahagian atas yang menerangkan sebab e-mel tersebut dihantar ke Spam oleh Google.

Alamat e-mel palsu

Maksud amaran ini

Terdapat alamat e-mel yang kelihatan amat serupa dengan alamat e-mel pengirim yang dikenali. Contohnya, alamat e-mel itu mungkin menggantikan huruf "O" dengan angka "0".

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Jangan balas e-mel atau klik apa-apa pautan sehingga anda dapat mengesahkan bahawa alamat e-mel itu betul.

Penting: Jika anda terjumpa alamat e-mel palsu, tetapi tidak ditandai dengan amaran, pastikan anda melaporkan e-mel itu sebagai spam.

Komplot pancingan data

Maksud amaran ini

E-mel ini mungkin muslihat supaya anda berkongsi maklumat peribadi seperti kata laluan atau nombor kad kredit.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Penting: Google tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel. Ketahui cara mengelak dan melaporkan komplot Google.

Mesej daripada penghantar yang tidak dapat dipastikan

Maksud amaran ini

Gmail tidak dapat mengesahkan bahawa e-mel itu benar-benar dihantar oleh pengirim yang kelihatan menghantar e-mel tersebut.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Jika anda pasti mesej adalah daripada pengirim yang dipercayai:
  • Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Bukan spam.
  • Untuk mengelakkan mesej daripada pengirim yang dipercayai dihantar ke Spam, ikut langkah penyelesaian masalah ini. 
Dasar tentuan pentadbir

Maksud amaran ini

Jika anda menggunakan Gmail melalui tempat kerja, sekolah atau organisasi anda, pentadbir mungkin menetapkan kawalan untuk menandai e-mel tertentu sebagai spam.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Jika anda melihat e-mel yang tersilap ditandai sebagai spam, hubungi pentadbir anda.

Anda cuba menyahlanggan pengirim ini

Maksud amaran ini

Jika seseorang menghantar mesej kepada anda setelah anda menyahlanggan e-mel mereka, mesej merek akan dihantar terus ke Spam.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Jika anda tidak mahu e-mel ini dihantar ke Spam, nyahtandai e-mel sebagai spam.

Mesej tiada kandungan

Maksud amaran ini

Penghantar spam biasanya menghantar mesej yang tiada isi kandungan atau subjek untuk memastikan sama ada alamat e-mel itu sah. Kemudian, mereka akan menghantar spam ke alamat itu.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

  • Jangan balas e-mel jika e-mel itu kelihatan mencurigakan. Anda boleh melaporkan e-mel tersebut sebagai spam atau pancingan data.
  • Jika e-mel dihantar daripada orang yang dikenali dan anda berpendapat e-mel itu dihantar secara tidak sengaja, nyahtandai e-mel itu sebagai spam.
Mesej yang anda hantar ke Spam

Maksud amaran ini

Apabila anda menandai mesej sebagai spam atau pancingan data, mesej itu dialihkan daripada Peti Masuk anda ke folder Spam. Mesej daripada pengirim yang sama mungkin dihantar ke Spam pada masa hadapan.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Serangan spam pada akaun Gmail anda

Maksud amaran ini

Anda menerima banyak e-mel yang tidak dikehendaki, seperti langganan atau tawaran promosi. Penggodam cuba memenuhkan Peti Masuk anda supaya anda tidak menemui makluman keselamatan penting daripada tapak web atau perkhidmatan yang telah anda daftar menggunakan akaun Gmail anda.

Contohnya, jika penggodam cuba mengakses akaun bank anda, bank tersebut boleh memberitahu anda melalui e-mel. Akan tetapi, jika Peti Masuk anda dipenuhi mel sarap, anda mungkin terlepas makluman itu.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda melihat amaran ini

Spam daripada salah seorang kenalan anda

Jika seseorang dalam senarai Kenalan anda menghantar spam, akaun mereka mungkin telah diambil alih oleh penggodam.

  1. Jangan balas e-mel tersebut.
  2. Untuk melaporkan e-mel itu, klik Mesej kelihatan mencurigakan dalam makluman spam. Tindakan ini akan menghantar laporan kepada pasukan Gmail untuk mereka melakukan siasatan. Anda akan terus menerima e-mel daripada kenalan ini pada masa hadapan.
  3. Beritahu rakan anda bahawa akaun e-mel mereka mungkin telah digodam dan cadangkan supaya mereka mematuhi petua keselamatan Gmail ini.

Artikel berkaitan