Gunakan Apl Segera Play

Daripada Play Store, anda boleh menggunakan apl tanpa memasang apl itu pada peranti anda menggunakan Google Play Segera.

Gunakan apl segera 

Cara Apl Segera Play berfungsi

Apabila anda mengetik pautan, Google Play menyemak sama ada terdapat apl yang boleh membuka pautan tersebut. Pautan akan dibuka dalam apl segera (jika tersedia) jika anda belum memasang apl tersebut pada peranti anda. 
Apl segera hanya memuatkan bahagian apl yang diperlukan untuk melaksanakan tindakan semasa. Bahagian apl dan sebarang data yang disimpan akan ditambahkan secara sementara pada peranti. Untuk mengalih keluar data itu, lihat “kosongkan data untuk apl segera tertentu” di bawah. 
Nota: Anda boleh mematikan Apl Segera Play pada bila-bila masa. Ikut arahan pada bahagian “Hidupkan atau matikan Apl Segera” di atas. 

Lihat apl segera terbaharu anda

Anda boleh melihat apl segera yang telah digunakan baru-baru ini:
  1. Pada peranti anda, buka apl Tetapan Tetapan.
  2. Akses Google Carian GooglekemudianApl Segera.
  3. Ketik mana-mana apl untuk melihat butiran lanjut tentang penggunaannya. Apl segera yang anda telah gunakan akan turut dipaparkan dalam senarai apl terbaharu dalam menu ikhtisar Ikhtisar telefon anda.

Pasang apl

Anda boleh menggunakan apl segera tanpa memasangnya pada peranti anda. Jika anda mahu menggunakan apl tersebut dengan kerap atau menggunakannya di luar talian, anda boleh memasang apl tersebut. Cari apl itu pada Play Store atau cari dalam menu Apl Segera:  

Pasang apl melalui Google Play Store

  1. Buka apl Google Play Store Google Play.
  2. Cari atau semak imbas apl tersebut. 
  3. Pilih apl tersebut.
  4. Ketik Pasang.
  5. Ikut arahan pada skrin untuk memasang apl pada peranti anda.  

Pasang apl daripada menu Apl Segera

  1. Pada peranti anda, buka apl Tetapan Tetapan.
  2. Akses Google Carian GooglekemudianApl Segera.
  3. Ketik apl yang mahu dipasang. 
  4. Ketik Pasang
  5. Ikut arahan pada skrin untuk memasang apl pada peranti anda. 

Kosongkan data untuk apl segera tertentu

Anda boleh memadam bersih data untuk apl segera yang anda telah gunakan:

  1. Pada peranti anda, buka apl Tetapan Tetapan.
  2. Akses Google Carian GooglekemudianApl Segera.
  3. Ketik apl segera yang tetapannya mahu ditukar.
  4. Ketik Kosongkan data apl

Petua: Anda juga mungkin mahu pergi ke halaman Akaun anda untuk mengurus apl yang telah disambungkan ke Akaun Google anda. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang anda kongsi dengan pembangun adalah tertakluk pada dasar privasi pembangun tersebut. Sila hubungi pembangun jika anda mahu mengurus maklumat ini. 

Urus kebenaran untuk Apl Segera

Anda masih mengawal kebenaran dan akses kepada maklumat anda untuk apl segera, sama seperti apl yang dipasang. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus kebenaran anda

Bantuan berkaitan Apl Segera

Jika anda menghadapi masalah berkaitan dengan Apl Segera Play, dapatkan bantuan dan selesaikan masalah tersebut.
 

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3492050421357892861
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false