Kosongkan ruang

Untuk memuat turun lebih banyak apl dan media atau membantu telefon anda berfungsi dengan lebih baik, anda boleh mengosongkan ruang pada telefon anda.

  • Storan ialah tempat anda menyimpan data seperti muzik dan foto.
  • Memori ialah tempat anda menjalankan atur cara seperti apl dan sistem Android.

Penting: Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 9 ke atas. Ketahui cara menyemak versi Android anda.

Kosongkan storan

Alih keluar foto
Jika anda menyandarkan foto dan video menggunakan Google Photos, anda boleh memadamkan salinan foto dan video tersebut pada telefon atau tablet anda. Anda boleh menemukan salinan yang disandarkan pada apl apabila peranti anda disambungkan kepada Internet. Ketahui cara memadamkan foto dan video daripada peranti anda.
Alih keluar filem, muzik & media lain yang dimuat turun

Untuk memadam kandungan daripada Google Play:

  1. Buka apl Google Play dengan kandungan seperti Muzik Play atau Play Movies & TV.
  2. Ketik Menu Menu Kemudian Tetapan Kemudian Urus muat turun.
  3. Ketik Dimuat turun Dimuat turun Kemudian Alih keluar.

Untuk memadamkan kandungan daripada sumber lain, padam daripada apl yang anda gunakan untuk memuat turun kandungan itu.

Alih keluar apl & data apl

Tutup apl yang tidak memberikan respons

Biasanya, anda tidak perlu menutup apl. Namun, jika apl tiada respons, anda boleh cuba menutup atau menghenti paksa apl itu. Ketahui cara menyelesaikan masalah apl yang tidak berfungsi.

Nyahpasang apl yang tidak gunakan

Jika anda menyahpasang apl dan memerlukan apl itu kemudian, anda boleh memuat turun apl itu sekali lagi. Anda tidak perlu membeli apl itu lagi jika anda telah membayar harga apl itu. Ketahui cara menyahpasang apl.

Kosongkan cache & data apl

Biasanya, anda boleh mengosongkan cache dan data apl dengan apl Tetapan telefon anda. Tetapan boleh berbeza-beza mengikut telefon. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dapatkan bantuan daripada pengilang peranti anda.

  • Kosongkan cache: Memadamkan data sementara. Sesetengah apl mungkin perlahan apabila dibuka selepas ini.
  • Kosongkan storan: Memadamkan semua data apl secara kekal. Cuba padamkan data pada apl dahulu.
Arkibkan apl secara automatik untuk mengosongkan ruang

Peranti anda boleh mengarkibkan apl yang tidak kerap anda gunakan secara automatik untuk mengosongkan ruang bagi apl baharu. Apabila tetapan ini dihidupkan, apl yang tidak kerap anda gunakan akan dialih keluar tetapi data peribadi anda pada apl akan disimpan. Ikon apl akan kekal pada peranti anda. Anda akan dapat memuat turun apl lagi, selagi apl itu tersedia di Google Play.

Jika anda cuba memasang apl tetapi ruang tidak yang mencukupi, anda akan diberitahu supaya mengarkibkan apl secara automatik. Untuk menetapkan cara peranti anda mengarkib apl secara automatik:

  1. Buka apl Play Store .
  2. Pergi ke Tetapan kemudian Umum.
  3. Hidupkan atau matikan Arkibkan apl secara automatik.
Padamkan atau alihkan fail

Padamkan fail yang dimuat turun

Untuk menjimatkan ruang, anda boleh memadamkan fail muat turun yang tidak diperlukan.

Salin fail ke komputer

Anda boleh mengalihkan fail dan folder kepada komputer menggunakan kabel USB, kemudian memadamkan fail dan folder itu daripada telefon atau tablet anda. Ketahui cara memindahkan fail antara telefon dengan komputer anda.

Semak & kosongkan memori

Biasanya, anda tidak perlu menutup apl. Namun, jika apl tiada respons, anda boleh cuba menutup atau menghenti paksa apl itu. Ketahui cara menyelesaikan masalah apl yang tidak berfungsi.

Petua: Jika anda merasakan apl menggunakan ruang memori yang terlalu banyak, anda boleh memadamkan apl itu. Ketahui cara menyahpasang apl.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2376206284744839060
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false