Cara menghidupkan atau mematikan Google Play Segera

Anda boleh mengubah cara peranti anda membuka pautan ke apl segera atau laman web dalam tetapan anda. Jika anda menghidupkan “Tingkatkan pautan web” dan mengklik pautan tertentu, apl segera mungkin dibuka dan anda akan dapat menggunakan sesetengah ciri apl itu tanpa memasang apl penuh. Jika tetapan ini dimatikan, pautan akan dibuka di laman web. Ketahui lebih lanjut tentang apl segera.

  1. Buka apl Google Play Google Play.
  2. Ketik ikon profil di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan kemudian Umum kemudian Google Play Segera.
  4. Hidupkan atau matikan Tingkatkan pautan web.

Petua: Jika Google Play Segera tiada dalam tetapan anda, itu bermakna ciri ini mungkin tidak tersedia untuk jenis peranti anda.

Ketahui lebih lanjut tentang apl segera

Apabila anda mengklik pautan ke apl (daripada carian, e-mel atau iklan dan pelbagai lagi), sesetengah apl mungkin dibuka menggunakan Google Play Segera dan membolehkan anda mencuba apl tersebut sebelum memasangnya. Apl ini yang dipanggil “apl segera” akan membolehkan anda menggunakan sesetengah cirinya tanpa perlu memasang apl itu sendiri.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5986478361433404546
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false