Tuntut ganjaran kad hadiah

Sesetengah kad hadiah menyertakan promosi yang memberi anda ganjaran tambahan apabila anda menebus kad hadiah. Ganjaran ini boleh merangkumi bahagian kandungan digital seperti sewaan filem, muat turun muzik atau item dalam apl. Anda akan mendapat ganjaran apabila anda menebus kad hadiah atau kod promosi anda. 

Tebus ganjaran 

Untuk menuntut ganjaran, tebus kad hadiah yang layak pada apl Gedung Google Play:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianTebus.
  3. Masukkan kod kad hadiah anda. 
  4. Anda akan melihat pengesahan bahawa penebusan kad hadiah telah berjaya dibuat. 
  5. Anda turut akan melihat notis bahawa anda memperoleh ganjaran. Ganjaran ini kini disimpan pada akaun anda. Kemudian:
    • Ketik Dapatkan untuk menuntut ganjaran anda.
    • Ketik Bukan sekarang untuk menggunakannya kemudian. Lihat "lihat ganjaran yang disimpan" di bawah untuk mengetahui caranya. 

Nota: Jika ganjaran anda berbentuk item dalam apl, anda hanya boleh menuntutnya apabila anda menebus kad hadiah menggunakan apl Gedung Play. Jika anda menebus kad hadiah anda di play.google.com, ganjaran akan ditambahkan pada akaun anda tetapi anda perlu menuntutnya dalam apl tersebut pada peranti anda. Lihat "Lihat ganjaran yang disimpan" di bawah untuk mencari dan menggunakan hadiah pada apl Gedung Play. 

Lihat ganjaran yang disimpan

Untuk melihat dan menggunakan ganjaran anda yang disimpan:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianAkaunkemudianGanjaran.
  3. Ikut arahan untuk menggunakan ganjaran anda. 

Masalah apabila anda menebus ganjaran

Item dalam apl sudah wujud

Anda tidak boleh menebus ganjaran bagi item dalam apl yang sudah anda miliki. 

Item dalam apl boleh merangkumi perkara seperti pedang yang memberi anda lebih kuasa dalam permainan atau kunci yang dapat membuka lebih banyak ciri dalam apl. 

Jika anda mempunyai item yang sama dengan ganjaran anda, gunakan item yang sedia ada sebelum anda menebus ganjaran tersebut:

Langkah 1: Gunakan item dalam apl anda yang sedia ada

  1. Buka apl atau permainan yang mempunyai item dalam apl itu.
  2. Gunakan item tersebut.
  3. Teruskan ke Langkah 2. 

Langkah 2: Gunakan ganjaran anda

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianAkaunkemudianGanjaran.
  3. Ikut arahan untuk menggunakan ganjaran anda.
Saya menebus kod hadiah saya pada komputer

Jika ganjaran anda berbentuk item dalam apl, anda hanya boleh menuntutnya apabila anda menebus kad hadiah anda menggunakan apl Gedung Play.

Jika anda menebus kad hadiah anda di play.google.com, ganjaran akan ditambahkan pada akaun anda tetapi anda perlu menuntutnya dalam apl tersebut pada peranti anda.

Untuk melihat dan menggunakan ganjaran item dalam apl anda pada apl:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianAkaunkemudianGanjaran.
  3. Ikut arahan untuk menggunakan ganjaran anda. 
Saya menebus kod hadiah saya menggunakan peranti yang tidak disokong

Anda tidak boleh menuntut ganjaran apabila menebus pada peranti yang tidak disokong. 

Jika anda menebus kod dari peranti yang tidak disokong, baki kad hadiah anda akan ditambahkan tetapi ganjaran tidak akan ditambahkan pada akaun anda. 

Tebus kod anda sekali lagi menggunakan peranti yang disokong untuk mendapatkan ganjaran anda:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianTebus.
  3. Masukkan kod yang telah dimasukkan semasa anda menebus kad hadiah anda buat kali pertama. 
  4. Anda akan melihat dua mesej. Mesej pertama akan menyatakan "Kad hadiah ini sudah ditebus". Di bawah mesej itu anda akan melihat "Tahniah! Anda telah memperoleh ganjaran. Dapatkannya sekarang!" Ini bermakna ganjaran telah ditambahkan pada akaun anda. 
    • Ketik Dapatkan untuk menuntut ganjaran anda.
    • Ketik Bukan sekarang untuk menggunakannya kemudian. 
Saya menebus kod hadiah saya pada peranti yang menggunakan pembawa yang tidak layak

Anda tidak boleh menuntut ganjaran yang tidak tersedia untuk peranti yang menggunakan pembawa tertentu.

Jika anda menebus kod pada peranti yang menggunakan salah satu pembawa ini, baki kad hadiah anda akan ditambahkan tetapi ganjaran tidak akan ditambahkan pada akaun anda. 

Tebus kod anda sekali lagi dari peranti yang menggunakan pembawa yang disokong untuk mendapatkan ganjaran anda:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianTebus.
  3. Masukkan kod yang telah dimasukkan semasa anda menebus kad hadiah anda buat kali pertama. 
  4. Anda akan melihat dua mesej. Mesej pertama akan menyatakan "Kad hadiah ini sudah ditebus". Di bawah mesej itu anda akan melihat "Tahniah! Anda telah memperoleh ganjaran. Dapatkannya sekarang!" Ini bermakna ganjaran telah ditambahkan pada akaun anda. 
    • Ketik Dapatkan untuk menuntut ganjaran anda.
    • Ketik Bukan sekarang untuk menggunakannya kemudian. 
Saya menebus kod hadiah saya dari negara yang tidak menyediakan ganjaran tersebut

Anda tidak boleh menuntut ganjaran dari negara yang tidak menyediakan ganjaran.

Jika anda menebus kod dari negara sedemikian, baki kad hadiah anda akan ditambahkan tetapi ganjaran tidak akan ditambahkan pada akaun anda. 

Sila kemas kini negara tempat tinggal anda dalam Google Payments dan cuba tebus kod anda sekali lagi:

  1. Buka apl Gedung Google Play Google Play.
  2. Ketik Menu MenukemudianTebus.
  3. Masukkan kod yang telah dimasukkan semasa anda menebus kad hadiah anda buat kali pertama. 
  4. Anda akan melihat dua mesej. Mesej pertama akan menyatakan "Kad hadiah ini sudah ditebus". Di bawah mesej itu anda akan melihat "Tahniah! Anda telah memperoleh ganjaran. Dapatkannya sekarang!" Ini bermakna ganjaran telah ditambahkan pada akaun anda. 
    • Ketik Dapatkan untuk menuntut ganjaran anda.
    • Ketik Bukan sekarang untuk menggunakannya kemudian. 

 

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?