Cari permainan baharu atau permainan yang pernah anda main

Anda boleh mencari permainan, menemuikan permainan yang disyorkan untuk anda dan melihat permainan yang pernah anda main dalam apl Play Games.

Main permainan terbina dalam tanpa caj yang boleh dimainkan di luar talian

Anda boleh bermain beberapa permainan, seperti Solitaire atau PAC-MAN, yang tiada caj dikenakan atau semasa di luar talian.

  1. Buka apl Play Games Main di Play pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Skrin Utama.
  3. Tatal untuk mencari “Permainan Terbina Dalam Google”.
  4. Pada permainan yang ingin anda main, ketik Main.

Cari permainan baharu & permainan yang dipasang

Jika apl boleh menyimpan kemajuan anda, anda akan diminta untuk log masuk pada halaman “Butiran”.

Pada telefon atau tablet Android

Cari permainan

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Di bahagian atas, ketik Cari Cari.

Cari permainan lain

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Di bahagian bawah, ketik Pustaka.
  3. Ketik permainan untuk mengetahui lebih lanjut atau memuat turun permainan tersebut.

Pada Android TV

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Pilih Cari permainan.
  3. Pilih atau cari permainan.
Petua: Anda juga boleh menyemak sama ada rakan anda bermain permainan, mengetahui lebih lanjut tentang permainan atau memuat turun permainan tersebut.

Cari permainan yang pernah anda main

Jika anda log masuk ke akaun yang sama untuk bermain permainan pada beberapa peranti, anda boleh melihat semua permainan yang pernah anda main. Jika apl boleh menyimpan kemajuan anda, anda akan diminta untuk log masuk pada halaman “Butiran”.

Pada telefon atau tablet Android

Cari & main permainan baru-baru ini

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Ketik Pustaka.
  3. Untuk bermain, ketik Main.

Cari permainan yang anda main menggunakan akaun lain

Jika anda tidak menemui permainan yang anda main baru-baru ini, anda mungkin telah memuat turun permainan itu menggunakan akaun lain.

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Di bahagian bawah, ketik Profil.
  3. Ketik alamat e-mel anda.
  4. Pilih akaun lain. Jika tiada akaun lain dipaparkan, ketik Gunakan akaun lain, kemudian ikut langkah untuk log masuk dan cipta nama pemain.
  5. Permainan yang anda main baru-baru ini akan dipaparkan.

Pada Android TV

Cari & main permainan baru-baru ini

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Permainan yang anda log masuk baru-baru ini dipaparkan dalam urutan yang bermula dengan permainan terakhir yang dimainkan.

Cari permainan yang hilang

Jika permainan yang telah anda pasang menggunakan telefon atau komputer anda tidak dipaparkan pada Android TV, permainan itu mungkin tidak serasi dengan Android TV. Untuk menyemak:

  1. Pada komputer anda, pergi ke Gedung Google Play.
  2. Cari permainan yang anda ingin main.
  3. Klik Pasang atau Dipasang.
  4. Di bawah "Pilih peranti," cari peranti Android TV anda. Sekiranya peranti itu dimalapkan, permainan tersebut tidak serasi dengan Android TV.

Sembunyikan permainan

  1. Buka apl Play Games Main di Play.
  2. Pilih permainan yang hendak disembunyikan.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Sembunyikan permainan.

Lihat permainan yang telah anda sembunyikan

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Play Games Main di Play.
  2. Ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Di bawah "Data anda", pilih Semak permainan yang disembunyikan.
  4. Pilihan: Untuk menunjukkan permainan, ketik permainan itu kemudian Tunjukkan permainan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11564602706293949779
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false