Fahami Pengalaman Google Play anda yang diperibadikan
Untuk membantu kami meningkatkan pengalaman anda, Google Play boleh menyediakan kandungan berkaitan yang disesuaikan untuk anda, yang boleh merangkumi syor apl dan buku, tawaran dan hasil carian. Syor dan tawaran ini boleh dipaparkan pada Google Play serta pada apl dan permainan yang diurus oleh Google Play untuk memberi anda pengalaman terbaik merentas ekosistem Play. Beberapa contoh aktiviti yang digunakan oleh Play untuk memeribadikan pengalaman anda ialah carian, tera, aktiviti yang berkaitan dengan Google Play Games dan Profil Google Play Games anda serta aktiviti apl anda.
Hidupkan atau matikan pemeribadian & pengumpulan aktiviti
Untuk mengedit tetapan pemeribadian Google Play anda:
- Buka Google Play Store .
- Ketik Gambar profil anda Pemeribadian dalam Play Pemeribadian dan sejarah Play.
- Hidupkan atau matikan Aktiviti Web & Apl.
Petua:
- Apabila anda menghidupkan Aktiviti Web & Apl, anda boleh mendapatkan hasil carian, syor apl dan kandungan serta tawaran yang lebih pantas dan ditingkatkan berdasarkan aktiviti anda serta kemaskinian apl yang lebih pantas untuk apl yang paling kerap anda gunakan.
- Apabila anda mematikan Aktiviti Web & Apl, Google Play tidak akan menyimpan aktiviti apl anda pada masa hadapan atau tidak dapat menggunakan data tersebut untuk memeribadikan pengalaman Google Play anda.
Ketahui lebih lanjut tentang Aktiviti Web & Apl.
Urus keutamaan pemeribadian anda
Penting: Jika Aktiviti Web & Apl dimatikan, anda tidak boleh mengurus pilihan pemeribadian Play.
Jika anda tidak mahu menghidupkan pemeribadian untuk semua jenis data, anda boleh mengawal jenis data dalam akaun anda yang digunakan oleh Play untuk memeribadikan hasil carian dan syor untuk anda dalam Google Play Store.
Petua: Perubahan anda mungkin mengambil masa hingga 24 jam untuk berkuat kuasa.
Butiran peranti andaPlay boleh menggunakan maklumat tentang peranti yang telah anda gunakan dengan Google Play, seperti jenis atau model peranti untuk memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan.
Untuk mengawal sama ada Play boleh menggunakan maklumat tentang peranti yang berkaitan dengan akaun anda untuk meningkatkan pemeribadian atau tidak:
- Buka Google Play Store .
- Ketik Gambar profil anda Pemeribadian dalam Play Tetapan pemeribadian Play yang lain.
- Hidupkan atau matikan Butiran peranti anda.
Jika anda mematikan pemeribadian berasaskan butiran peranti, Play akan terus menggunakan butiran peranti untuk memastikan kami memberikan pengalaman yang sesuai semasa anda menyemak imbas Play Store agar kami dapat menyediakan apl dan permainan yang sesuai bagi peranti anda.
Anda boleh memeribadikan pengalaman anda berdasarkan item yang telah anda beli atau peroleh melalui Play, seperti apl, buku atau permainan. Anda boleh memberitahu Play agar tidak menggunakan data yang berkaitan dengan item tersebut untuk pemeribadian dalam Play Store dan pengalaman lain merentas ekosistem Play. Contohnya, jika anda mematikan pemeribadian untuk apl tertentu, maka data seperti aktiviti apl, pembelian, tawaran, masa anda memasang atau menyahpasang apl tersebut, serta aktiviti yang berkaitan dengan Google Play Games dan Profil Google Play Games anda yang berkaitan dengan apl tersebut tidak akan digunakan untuk pemeribadian.
Untuk mengawal item yang mungkin digunakan untuk memeribadikan pengalaman anda:
- Buka Google Play Store .
- Ketik Gambar profil anda Pemeribadian dalam Play Tetapan pemeribadian Play yang lain.
- Dalam bahagian “Kandungan Play anda”, ketik Urus.
- Dalam bahagian “Kandungan anda”, hidupkan atau matikan apl atau kandungan tertentu.
Pilih tempoh penyimpanan data anda
Anda boleh memilih tempoh penyimpanan maklumat sejarah Play anda dan memadamkan maklumat sejarah itu pada bila-bila masa.
Untuk menukar jumlah masa penyimpanan maklumat sejarah Play anda:
- Buka Google Play Store .
- Ketik Gambar profil anda Pemeribadian dalam Play Sejarah Play
- Dalam bahagian “Autopadam (Dihidupkan)”, ketik Pemadaman sejarah yang lebih lama daripada X bulan.
- Jika anda telah mematikan autopadam sebelum ini, dalam bahagian “Autopadam (Dimatikan)”, ketik Pilih pilihan autopadam.
- Buat pilihan untuk tempoh yang mahu anda kekalkan aktiviti anda.
- Ketik Seterusnya.
- Untuk menyimpan tempoh pilihan anda, ketik Sahkan.
Lihat sejarah Play anda yang terbaharu
Anda boleh menyemak aktiviti Play Store yang dikumpulkan dalam sejarah Play anda.
Untuk melihat sejarah Play anda yang terbaharu:
- Buka Google Play Store .
- Ketik Gambar profil anda Pemeribadian dalam Play Sejarah Play.
- Pada separuh bahagian bawah skrin, anda akan menemukan sejarah Play anda yang terbaharu.