Apl dikeluarkan daripada Google Play Store

Jika anda sedang mencari apl yang tidak lagi tersedia di Google Play, pembangun apl mungkin telah mengalih keluar apl tersebut daripada Google Play atau apl tersebut telah melanggar Dasar Program Pembangun Google Play dan Perjanjian Pengedaran Pembangun kami dan telah dialih keluar atau digantung daripada Google Play.

Jika anda menemukan apl yang anda percaya melanggar Dasar Program Pembangun Google Play, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara melaporkan apl di Google Play Store.

Apakah yang akan berlaku jika apl dialih keluar daripada Google Play?

Apl tidak akan tersedia untuk dimuat turun di Google Play lagi. Jika anda telah memasang apl pada peranti anda, anda boleh terus menggunakan apl tersebut. Walau bagaimanapun, anda tidak akan boleh mengemas kini apl anda. Sistem pengebilan Google Play tidak akan berfungsi sekiranya apl tersebut tidak tersedia di Google Play walaupun apl tersebut sudah dipasang.

Jika apl dialih keluar daripada Google Play, adakah apl tersebut akan dialih keluar daripada peranti saya?

Tidak, apl tidak akan dialih keluar daripada peranti anda. Anda boleh terus menggunakan apl tersebut, walau bagaimanapun, anda tidak akan boleh mengemas kini apl anda. Jika anda mengalih keluar apl daripada peranti anda, anda tidak akan boleh memuat turun semula apl melainkan pembangun apl dapat menerbitkan semula apl di Google Play.

Apakah yang akan berlaku kepada langganan aktif saya buat apl yang telah dialih keluar daripada Google Play?

Jika langganan anda telah dibilkan melalui sistem pengebilan Google Play, langganan anda mungkin dibatalkan bergantung pada tarikh pembaharuan anda dan sama ada apl dikembalikan semula atau diterbitkan semula.

Bolehkah saya menerima bayaran balik untuk pembelian apl yang telah dialih keluar daripada Google Play?

Google tidak memberikan bayaran balik untuk kebanyakan pembelian Google Play. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18299547536608576229
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false