Memasang & menyediakan Google Play Games Beta pada PC anda

Jika PC anda memenuhi keperluan minimum, anda boleh memasang Google Play Games Beta pada PC.

Memulakan pemasangan

  1. Lawati play.google.com/googleplaygames pada komputer Windows anda.
  2. Klik Muat turun.
  3. Untuk memasang apl, buka fail yang telah dimuat turun, kemudian ikut arahannya.
    • Proses pemasangan boleh mengambil masa beberapa minit.

Petua: Jika komputer anda tidak memenuhi keperluan minimumnya, anda akan diberitahu dan pemasangan tidak akan diteruskan.

Menyediakan tetapan pemayaan

Untuk bermain permainan mudah alih pada PC anda, tetapan pemayaan Windows mesti dihidupkan.

  • Jika Windows Hypervisor Platform dimatikan, anda akan digesa supaya menghidupkan ciri ini semasa pemasangan. Mulakan semula komputer anda supaya tetapan ini dapat dikuatkuasakan.
  • Jika Windows Hypervisor Platform sudah dihidupkan, anda tidak akan menerima gesaan ini.
  • Sebelum anda memasang Google Play Games Beta pada PC anda, pemayaan CPU mestilah dihidupkan dalam tetapan BIOS komputer anda.

Petua: Jika anda memasang pelagak lain pada komputer anda, pelagak itu mungkin tidak berfungsi apabila Windows Hypervisor Platform dihidupkan. Ketahui cara mematikan Hypervisor selepas pemasangan.

Log masuk ke akaun anda

Untuk bermain merentas peranti, pastikan anda log masuk dengan akaun yang sama pada peranti mudah alih dan PC anda.

Petua: Hanya pengguna pertama yang memasang Google Play Games Beta pada PC boleh membuka apl dan bermain permainan.

Menyelesaikan masalah berhubung ralat pemasangan

  • Tangani sebarang keperluan minimum yang tiada. Item khusus itu dimaklumkan semasa pemasangan.
    • Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengemaskinikan PC anda, hubungi pengilang PC itu.
  • Pastikan Windows Hypervisor Platform dihidupkan sebelum pemasangan, atau jika digesa apabila anda menjalankan Google Play Games Beta pada PC.
  • Jika anda menghidupkan HAXM apabila anda memasang apl, nyahpasang Google Play Games Beta pada PC, kemudian pasang semula. Apabila digesa, pastikan Windows Hypervisor Platform dihidupkan.
    • Mulai 11 November 2022, Google Play Games Beta pada PC tidak lagi menyokong HAXM sebagai alternatif kepada Windows Hypervisor Platform.
  • Nyahpasang Google Play Games Beta pada PC melalui “Apl & ciri” Windows, kemudian pasang semula.
  • Mula semula komputer anda.

Petua: Jika anda telah mencuba semua langkah penyelesaian masalah ini dan masih tidak dapat memasang Google Play Games Beta pada PC anda, hubungi kami. Produk ini masih dalam versi beta, jadi kami menghargai sebarang maklum balas yang boleh anda hantar.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8753666685425902556
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false