Sahkan maklumat cukai di Brazil

Untuk mengelakkan kehilangan akses kepada baki Google Play, anda mestilah memasukkan CPF, tarikh lahir dan alamat anda.

  1. Akses Google Pay.
  2. Log masuk ke akaun yang dikaitkan dengan kad hadiah yang mahu anda tebus.
  3. Tatal kepada maklumat Cukai Brazil dan klik Edit Edit.
  4. Masukkan CPF anda. Jika CPF sudah dimasukkan, alih keluar, kemudian masukkan semula.
  5. Masukkan tarikh lahir anda berserta garis miring (hh/bb/tttt).
  6. Klik Sahkan kemudian Simpan.
  7. Untuk menebus kad hadiah anda, akses play.google.com/redeem.

Jika anda tidak dapat mengesahkan CPF atau tarikh lahir anda, rujuk bahagian penyelesaian masalah di bawah.

Selesaikan masalah CPF

Jika anda mahu menukar nama anda dalam Profil Pembayaran disebabkan oleh pertukaran yang sah seperti pertukaran jantina, perkahwinan atau perceraian, hubungi pasukan sokongan kami.

Jika anda mahu mengesahkan akaun anda untuk kali pertama, cuba langkah penyelesaian masalah ini:

Tidak dapat mengesahkan CPF & tarikh lahir

Jika anda mendapat mesej ralat “Kami tidak dapat mengesahkan CPF & tarikh akhir anda pada masa ini” apabila anda memasukkan CPF dan tarikh lahir anda:

  1. Semak status CPF anda di Receita Federal:
    • CPF dengan status “Biasa” diterima.
    • CPF dengan status “Belum selesai” tidak diterima.
  2. Semak sama ada tarikh lahir anda sepadan dengan rekod Receita Federal atau tidak.
  3. Sahkan sama ada tarikh lahir anda dalam format yang betul untuk bahasa anda atau tidak:
    • HH/BB/TTTT
    • HH/BB/TTTT
Ralat input CPF atau tarikh

Jika anda tidak memasukkan data anda dengan betul dan anda mendapat mesej ralat input CPF atau tarikh “ralat input CPF atau tarikh:”

  • “CPF tidak betul. Semak dan cuba lagi:”
    • Pastikan anda tidak menambahkan tanda noktah atau sempang pada CPF anda.
  • “Tarikh Tidak Sah (HH/BB/TTTT)" atau "Tarikh Tidak Sah (BB/HH/TTTT):"
    • Pastikan anda memasukkan tarikh dengan garis condong.
Melebihi bilangan percubaan pendaftaran yang dibenarkan

Jika anda memberikan CPF atau tarikh lahir yang salah berkali-kali secara berturut-turut, akaun anda boleh digantung untuk sementara waktu. Jika anda mendapat mesej ralat “Anda telah melebihi bilangan percubaan pendaftaran yang dibenarkan”:

  • Sila tunggu selama 24 jam dan cuba lagi.
  • Pastikan anda mempunyai:
    • CPF yang sah
    • CPF anda berstatus “Biasa”
    • Tarikh lahir anda adalah dalam format yang betul untuk bahasa anda dengan garis condong:
      • HH/BB/TTTT
      • HH/BB/TTTT
Mesej “Masukkan semula CPF & tarikh lahir anda”

Mesej ini bukan mesej ralat. Masalah ini berlaku apabila anda mengklik Sahkan berbilang kali dan anda dikunci. Untuk menyelesaikan masalah ini, ikut arahan di bawah:

  1. Dalam sesetengah keadaan, walaupun anda mahu mengesahkan akaun anda untuk kali pertama, CPF mungkin telah wujud dalam akaun tersebut. Sekiranya keadaan ini berlaku, alamat mungkin telah diisi dalam akaun tersebut. 
  2. Masukkan CPF dan Tarikh Lahir anda.
  3. Klik Sahkan.

    Petua: Jika pengesahan berjaya, bahagian “Nama dan Alamat” sepatutnya boleh diedit.

  4. Apabila anda mengklik Simpan, anda akan menemukan gesaan baharu yang menunjukkan 2 atau beberapa alamat yang perlu anda pilih.
  5. Setelah anda memilih salah satu alamat tersebut, anda akan kembali kepada skrin utama dan menemukan mesej yang meminta anda memasukkan semula CPF dan Tarikh Lahir anda. Namun anda perlu menyemak bahagian “Nama dan Alamat” sekali lagi. Jika medan tersebut tidak boleh diedit lagi, hal ini bermakna pengesahan telah selesai dan anda perlu mengklik Simpan sekali lagi.

    Petua: Jika anda menemukan ralat pada penghujung proses ini, hal ini bermakna anda dikunci. Anda perlu menunggu selama 48 jam sebelum mencuba lagi mengikut arahan yang telah diberikan tadi.

Serahkan dokumen

Jika anda diminta untuk menyerahkan dokumen apabila anda mendapat mesej ralat ini “Anda perlu menyerahkan dokumen”:

  1. Akses Google Pay.
  2. Sahkan bahawa anda log masuk ke akaun yang betul.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Pemberitahuan.
  4. Ikut arahan pada skrin.

Petua: Proses pengesahan dokumen selepas penyerahan mungkin mengambil masa hingga 7 hari perniagaan untuk diselesaikan.

Akaun ditutup

Jika anda tidak mengesahkan butiran anda, akaun Baki Google Play anda boleh ditutup. Jika anda mendapat mesej ralat “Akaun anda ditutup”, anda tidak boleh menggunakan akaun anda sehingga anda mengesahkan CPF dan tarikh lahir anda.

Untuk menyemak sama ada akaun anda ditutup atau tidak:

  1. Akses Google Pay.
  2. Semak sama ada:
    • Dalam bahagian “Kaedah pembayaran”, “Akaun ditutup” dipaparkan atau tidak.
    • Jumlah baki dipaparkan tetapi tidak boleh digunakan.

Untuk layak mendapat bayaran balik Baki Play, butiran penting seperti nama, CPF dan tarikh lahir mestilah sepadan dengan butiran pada akaun bank. Untuk meminta bayaran balik, hubungi pasukan sokongan kami.

Jika semua langkah di atas tidak berkesan, hubungi pasukan sokongan kami.

Jika anda sudah mengesahkan akaun anda dan masih menghadapi masalah ketika mengemaskinikan nama anda, hubungi pasukan sokongan kami.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama