Terjemahkan dan setempatkan apl anda

Untuk memberikan pengalaman yang disetempatkan kepada pengguna anda di seluruh dunia, anda boleh menambahkan terjemahan untuk halaman penyenaraian gedung apl, fail APK, rentetan atau produk dalam apl anda. Anda boleh menambah terjemahan ini sendiri atau membeli dan menggunakan terjemahan melalui Play Console. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan terjemahan mesin percuma Play Console untuk menterjemahkan apl anda ke dalam bahasa pilihan.

Tambahkan terjemahan untuk apl anda

Jika pilihan bahasa pengguna sepadan dengan bahasa terjemahan yang telah anda tambahkan, mereka akan melihat versi apl anda yang diterjemahkan. Anda juga boleh menambahkan aset grafik disetempatkan untuk halaman penyenaraian gedung anda.

Jika anda menambahkan terjemahan teks tanpa aset grafik disetempatkan, aset grafik apl anda akan ditunjukkan daripada bahasa lalai.

Nota: Penyetempatan penyenaraian gedung merupakan satu daripada dua cara yang Play Console dapat membantu anda menyampaikan pengalaman yang berbeza-beza kepada pengguna di lokasi yang berlainan. Untuk menyampaikan penyenaraian gedung yang berlainan mengikut negara/rantau (berbanding bahasa), kami mengesyorkan agar anda mencipta penyenaraian gedung tersuai.

Tambahkan terjemahan teks dan aset grafik disetempatkan anda sendiri
  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Pada bahagian atas halaman, klik Tambahkan terjemahan dan pilih Tambahkan teks terjemahan anda sendiri pada menu lungsur.
    • Nota: Jika anda pernah menambahkan terjemahan sebelum ini, anda dapat melihat Urus terjemahan dan Urus teks terjemahan anda sendiri pada menu lungsur.
  3. Dalam bahagian “Tambahkan atau alih keluar bahasa”, pilih bahasa yang mahu anda tambahkan pada senarai tersebut. 
  4. Klik Gunakan.
  5. Simpan perubahan anda.
Lihat senarai bahasa yang tersedia

Jika anda menambahkan terjemahan anda sendiri, anda boleh berbuat demikian dalam bahasa yang berikut:

  • Bahasa Afrikaans – af
  • Bahasa Albania – sq
  • Bahasa Amharic – am
  • Bahasa Arab – ar
  • Bahasa Armenia – hy-AM
  • Bahasa Azerbaijan – az-AZ
  • Bahasa Bangla – bn-BD
  • Bahasa Basque – eu-ES
  • Bahasa Belarus – be
  • Bahasa Bulgaria – bg
  • Bahasa Burma – my-MM
  • Bahasa Catalan – ca
  • Bahasa Cina (Hong Kong) – zh-HK
  • Bahasa Cina (Mudah) – zh-CN
  • Bahasa Cina (Tradisional) – zh-TW
  • Bahasa Croatia – hr
  • Bahasa Czech – cs-CZ
  • Bahasa Denmark – da-DK
  • Bahasa Belanda – nl-NL
  • Bahasa Inggeris – en-IN
  • Bahasa Inggeris – en-SG
  • Bahasa Inggeris – en-ZA
  • Bahasa Inggeris (Australia) – en-AU
  • Bahasa Inggeris (Kanada) – en-CA
  • Bahasa Inggeris (United Kingdom) – en-GB
  • Bahasa Inggeris (United States) – en-US
  • Bahasa Estonia – et
  • Bahasa Filipina – fil
  • Bahasa Finland – fi-FI
  • Bahasa Perancis (Kanada) – fr-CA
  • Bahasa Perancis (Perancis) – fr-FR
  • Bahasa Galicia – gl-ES
  • Bahasa Georgia – ka-GE
  • Bahasa Jerman – de-DE
  • Bahasa Greek – el-GR
  • Bahasa Gujarat – gu
  • Bahasa Ibrani – iw-IL
  • Bahasa Hindi – hi-IN
  • Bahasa Hungary – hu-HU
  • Bahasa Iceland – is-IS
  • Bahasa Indonesia – id
  • Bahasa Itali – it-IT
  • Bahasa Jepun – ja-JP
  • Bahasa Kannada – kn-IN
  • Bahasa Kazakhstan – kk
  • Bahasa Khmer – km-KH
  • Bahasa Korea – ko-KR
  • Bahasa Kyrgyz – ky-KG
  • Bahasa Lao – lo-LA
  • Bahasa Latvia – lv
  • Bahasa Lithuania – lt
  • Bahasa Macedonia – mk-MK
  • Bahasa Melayu – ms
  • Bahasa Melayu (Malaysia) – ms-MY
  • Bahasa Malayalam – ml-IN
  • Bahasa Marathi – mr-IN
  • Bahasa Mongolia – mn-MN
  • Bahasa Nepal – ne-NP
  • Bahasa Norway – no-NO
  • Bahasa Parsi – fa
  • Bahasa Parsi – fa-AE
  • Bahasa Parsi – fa-AF
  • Bahasa Parsi – fa-IR
  • Bahasa Poland – pl-PL
  • Bahasa Portugis (Brazil) – pt-BR
  • Bahasa Portugis (Portugal) – pt-PT
  • Bahasa Punjabi – pa
  • Bahasa Romania – ro
  • Bahasa Romansh – rm
  • Bahasa Rusia – ru-RU
  • Bahasa Serbia – sr
  • Bahasa Sinhala – si-LK
  • Bahasa Slovakia – sk
  • Bahasa Slovenia – sl
  • Bahasa Sepanyol (Amerika Latin) – es-419
  • Bahasa Sepanyol (Sepanyol) – es-ES
  • Bahasa Sepanyol (Amerika Syarikat) – es-US
  • Bahasa Swahili – sw
  • Bahasa Sweden – sv-SE
  • Bahasa Tamil – ta-IN
  • Bahasa Telugu – te-IN
  • Bahasa Thai – th
  • Bahasa Turki – tr-TR
  • Bahasa Ukraine – uk
  • Bahasa Urdu – ur
  • Bahasa Vietnam – vi
  • Bahasa Zulu – zu
Beli dan gunakan terjemahan pakar

Beli terjemahan

Anda boleh memesan terjemahan yang bermutu tinggi untuk rentetan apl, penyenaraian gedung dan produk dalam apl anda daripada vendor pihak ketiga profesional dengan menggunakan perkhidmatan terjemahan pakar berbayar kami. Pemesanan mengambil masa beberapa minit dengan kos serendah USD 0.07 setiap perkataan dan terjemahan selesai dalam masa tujuh hari.

Nota:

  • Anda akan berurusan terus dengan vendor tersebut untuk mengurus terjemahan dan menangani sebarang isu sokongan.
  • Terjemahan tidak tersedia untuk semua gabungan bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Untuk membeli terjemahan melalui Play Console:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Klik Buat terjemahan.
  3. Pilih Terjemahan pakar berbayar sebagai jenis terjemahan anda.
  4. Dalam bahagian "Pilih Bahasa": 
    • Nyatakan bahasa sumber yang digunakan dalam teks asal anda.
    • Pilih bahasa sasaran anda untuk terjemahan. 
    • Setelah anda selesai memilih bahasa anda, klik Seterusnya.
  5. Dalam bahagian "Pilih perkara untuk diterjemahkan", pilih item yang hendak diterjemahkan:
    • Penyenaraian gedung: Berikan tajuk, perihalan ringkas dan perihalan penuh apl anda seperti yang ditunjukkan kepada pengguna pada Google Play.
    • Rentetan apl: Tambahkan teks daripada apl anda sebagai fail XML atau CSV.
    • Produk dalam apl: Berikan tajuk dan perihalan produk dalam apl anda.
    • Maklumat tambahan: Tambahkan tangkapan skrin atau dokumentasi lain sebagai fail GIF, JPEG, PNG atau ZIP. Penambahan tangkapan skrin akan memberi ahli linguistik konteks tentang cara teks dipaparkan pada apl anda.
    • Gunakan semula rentetan yang telah diterjemahkan daripada pesanan terdahulu: Tandai kotak untuk menggunakan semula rententan yang telah diterjemahkan untuk menjimatkan wang. Anda hanya akan dikenakan caj untuk terjemahan yang baharu dan akan melihat jumlah harga sebelum membuat pesanan anda.
    • Setelah anda selesai memilih teks yang anda mahu diterjemahkan, klik Semak pesanan.

      Nota: 
    • Semasa anda membuat pilihan, anggaran harga akan dikemaskinikan berhampiran bahagian atas sebelah kanan halaman. Anda boleh mengklik Lihat butiran untuk mendapatkan pecahan anggaran tersebut, termasuk bahasa, harga setiap perkataan dan jumlah. 
    • Anda boleh mengklik Lihat penyedia lain untuk melihat senarai penyedia terjemahan lain dan harga mereka.
       
  6. Dalam bahagian "Semak dan bayar": 
    • Semak ringkasan pesanan terjemahan anda dan alih keluar sebarang item yang tidak diingini. 
    • Sila ambil perhatian tentang tarikh selesai yang dijangkakan.
    • Masukkan kod baucar jika ada.
  7. Klik Sahkan dan bayar untuk melengkapkan pesanan anda. Anda akan menerima e-mel pengesahan pembayaran dan anda akan menerima e-mel lain apabila terjemahan anda selesai.

Gunakan terjemahan

Selepas terjemahan anda selesai, begini caranya untuk menggunakan terjemahan anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Dalam jadual, pilih baris untuk bahasa yang hendak digunakan. 
  3. Klik Muat turun untuk menyimpan fail terjemahan anda setempat.
  4. Di sebelah bahasa yang mahu anda gunakan, klik Gunakan.

Setelah anda menambahkan terjemahan rentetan apl, anda boleh memuat naik fail APK yang diterjemahkan itu pada Google Play. Jika pilihan bahasa pengguna sepadan dengan bahasa terjemahan yang telah anda tambahkan, mereka akan melihat versi terjemahan tersebut.

Gunakan perkhidmatan terjemahan mesin percuma Play Console

Dengan menggunakan perkhidmatan terjemahan mesin percuma kami, anda boleh memesan terjemahan mesin segera yang bermutu tinggi untuk rentetan apl, penyenaraian gedung dan produk dalam apl anda. Penggunaan terjemahan mesin ialah cara yang bagus untuk menambahkan terjemahan bermutu tinggi dengan pantas untuk memberikan kemudahan kepada pengguna antarabangsa apl anda tanpa kos.

 Bahasa yang tersedia adalah seperti yang berikut (kami berusaha untuk menambahkan lebih banyak bahasa pada masa hadapan):

  • Bahasa Cina (Mudah) – zh-CN
  • Bahasa Perancis (Perancis) – fr-FR
  • Bahasa Jerman – de-DE
  • Bahasa Indonesia – id
  • Bahasa Jepun – ja-JP
  • Bahasa Portugis (Brazil) – pt-BR
  • Bahasa Sepanyol (Sepanyol) – es-ES

Penting: Terjemahan ini dibuat oleh mesin dan tidak disemak atau diluluskan oleh pakar.

Untuk menambahkan terjemahan mesin percuma pada Play Console:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Klik Buat terjemahan.
  3. Pilih Terjemahan mesin percuma sebagai jenis terjemahan anda.
  4. Dalam bahagian "Pilih Bahasa": 
    • Nyatakan bahasa sumber yang digunakan dalam teks asal anda.
    • Pilih bahasa sasaran anda untuk terjemahan. 
    • Setelah anda selesai memilih bahasa anda, klik Seterusnya.
  5. Dalam bahagian "Pilih perkara untuk diterjemahkan", pilih item yang hendak diterjemahkan:
    • Penyenaraian gedung: Berikan tajuk, perihalan ringkas dan perihalan penuh apl anda seperti yang ditunjukkan kepada pengguna pada Google Play.
    • Rentetan apl: Tambahkan teks daripada apl anda sebagai fail XML atau CSV.
    • Produk dalam apl: Berikan tajuk dan perihalan produk dalam apl anda.
    • Setelah anda selesai memilih teks yang anda mahu diterjemahkan, klik Lihat terjemahan.
  6. Pada halaman Perkhidmatan terjemahan, klik Semak dan gunakan untuk menyemak dan menggunakan terjemahan teks penyenaraian gedung dan produk dalam apl. Jika anda tidak mahu membuat sebarang perubahan, hanya klik Gunakan tanpa membuat sebarang perubahan kepada teks yang diterjemahkan oleh mesin. Anda juga boleh memuat turun rentetan terjemahan mesin dari halaman Perkhidmatan terjemahan.
Jika anda tidak menambah atau membeli terjemahan

Walaupun cara yang terbaik adalah dengan menggunakan terjemahan oleh penutur asli, terjemahan automatik penyenaraian gedung apl anda akan tersedia kepada pengguna Google Play.

Jika pengguna melawati halaman penyenaraian gedung apl anda di Google Play dalam bahasa yang belum diterjemahkan, mereka boleh memilih untuk melihat terjemahan automatik halaman apl anda. Berhampiran bahagian atas halaman, terdapat pemberitahuan yang menjelaskan bahawa terjemahan itu dilakukan secara automatik, berserta pilihan untuk melihat penyenaraian gedung dalam bahasa lalai.

Nota: Terjemahan automatik tidak tersedia dalam bahasa Armenia, Raeto-romance, Tagalog dan Zulu.

Pengesyoran bahasa

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin melihat sepanduk dalam Play Console anda dengan pengesyoran terjemahan yang mungkin akan meningkatkan pemasangan. 

Apabila data yang mencukupi tersedia, pengesyoran ini akan berdasarkan kepada yang berikut:

  • Pengagihan pemasangan semasa apl anda untuk setiap bahasa dibandingkan dengan apl lain dalam kategori yang sama.
  • Pertumbuhan pemasangan semasa apl anda untuk setiap bahasa dibandingkan dengan apl lain dalam kategori yang sama.
  • Kategori apl anda dan pilihan bahasa untuk kategori tersebut.
  • Kadar penukaran semasa apl anda untuk setiap bahasa.
  • Pasaran yang berpotensi untuk setiap bahasa.

Terjemahan yang dikemaskinikan

Jika anda menyerahkan permintaan terjemahan apl menggunakan terjemahan sebelum ini, perlu diingat bahawa:

  • Anda perlu menterjemahkan sebarang teks yang telah dikemaskinikan sejak keluaran terdahulu tetapi tidak perlu menyerahkan rentetan yang diterjemahkan sebelum ini.
  • Apabila anda membuat pesanan, kami membandingkan teks pesanan itu dengan pesanan anda sebelum ini. Sebarang teks sedia ada akan dikecualikan daripada pesanan tersebut supaya anda membayar untuk teks baharu sahaja.
  • Jika anda mahu menyerahkan semua teks untuk terjemahan (termasuk rentetan yang diterjemahkan sebelum ini), nyahtandai kotak di sebelah "Gunakan semula rententan yang diterjemahkan daripada pesanan terdahulu" pada halaman Pilih perkara untuk diterjemahkan semasa membeli terjemahan anda.

Semak status pesanan

Untuk menyemak status pembelian terjemahan:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Bagi setiap pesanan, anda dapat melihat tarikh pembelian, bahasa yang diminta, status dan harga yang dibayar. Anda boleh memilih baris untuk melihat butiran lanjut.

Hubungi vendor penterjemahan

Untuk menghubungi vendor penterjemahan:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Perkhidmatan terjemahan (Kembangkan > Kehadiran gedung > Perkhidmatan terjemahan).
  2. Bersebelahan pesanan anda, klik ikon tiga titik  > Hubungi penyedia perkhidmatan.

Lihat atau semak terjemahan anda

Untuk melihat apl anda dalam bahasa lain dan daftar terjemahan apl anda, anda perlu menukar bahasa pada peranti Android. Untuk melakukan tindakan ini:

  1. Buka apl Tetapan pada peranti anda.
  2. Pilih Bahasa dan input > Bahasa.
  3. Pilih bahasa yang mahu dilihat.
  4. Semak apl anda.

Minta invois VAT

Jika anda memerlukan invois Cukai Nilai Ditambah (VAT) untuk pesanan terjemahan anda, pergi ke Pusat Bantuan pembayaran Google.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5332393789011671891
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false