Semak prestasi langganan dalam apl

Pada papan pemuka langganan, anda dapat melihat jumlah langganan, langganan baharu dan langganan apl anda yang dibatalkan dari semasa ke semasa bersama-sama dengan butiran hasil.

Nota: Pesanan ujian daripada penguji berlesen tidak disertakan dalam pelaporan langganan.

Sediakan papan pemuka apl anda

  1. Buka Play Console dan pergi ke halaman ikhtisar Langganan  (Laporan kewangan > Langganan > Ikhtisar).
  2. Di bahagian atas skrin anda, di bawah "Konfigurasi laporan," pilih produk, negara dan tempoh masa bagi data yang ingin dilihat.

Paparan langganan

Semua metrik prestasi langganan boleh ditunjukkan dalam tiga paparan berbeza yang sepadan dengan langganan, pelan asas dan objek tawaran dalam langganan anda:

  1. Paparan langganan: Paparan ini ialah paparan lalai yang menunjukkan prestasi penuh sepanjang hayat bagi langganan pengguna tanpa mengira mana-mana perubahan yang mereka buat terhadap pelan asas atau tawaran
  2. Paparan pelan asas: Paparan ini membolehkan anda meneliti prestasi setiap pelan asas dalam langganan – contohnya, membandingkan prestasi pelan asas tahunan dengan bulanan. Paparan ini mengabaikan sebarang perubahan yang dibuat oleh pengguna terhadap tawaran
  3. Paparan tawaran: Paparan ini membolehkan anda meneliti dan membandingkan prestasi setiap tawaran dalam pelan asas

Untuk bertukar antara paparan, dalam bahagian "Konfigurasi laporan" di bahagian atas halaman, klik Tukar paparan, pilih paparan pilihan anda dan klik Simpan

Ikhtisar

Takrif

Di bahagian atas skrin, anda akan melihat maklumat berikut:

  • Langganan aktif: Bilangan langganan yang aktif sekurang-kurangnya sehari dalam tempoh masa yang dipilih, termasuk pengguna percubaan percuma.
  • Langganan baharu: Bilangan langganan yang bermula dalam tempoh masa yang dipilih, termasuk pengguna percubaan percuma.
  • Langganan yang dibatalkan: Bilangan langganan yang dibatalkan dalam tempoh masa yang dipilih, termasuk pembatalan dalam tempoh percubaan percuma.
  • Hasil kasar: Hasil dianggarkan yang dijana dalam tempoh masa yang dipilih. Hasil ini ialah jumlah yang dibayar oleh pengguna, termasuk cukai dan yuran lain.
  • ARPAS: Ringkasan hasil purata setiap langganan aktif. ARPAS dikira sebagai jumlah hasil langganan dalam tempoh masa yang dipilih, dibahagikan dengan jumlah bilangan langganan aktif.
  • Bayaran balik: Jumlah bayaran balik yang telah dikeluarkan dalam tempoh masa yang dipilih.

Apabila menyemak papan pemuka apl anda, ingat istilah berikut:

  • Pelanggan: Pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya satu langganan aktif dalam apl anda. Ini merangkumi pengguna dengan percubaan percuma atau pengguna dalam tempoh tangguh.
  • Langganan aktif: SKU yang telah diaktifkan pengguna, termasuk percubaan percuma. Langganan aktif berakhir apabila pengguna membatalkan langganan mereka, walaupun akses mereka berterusan hingga akhir tempoh pengebilan semasa.
  • Langganan kali pertama: Langganan pertama dalam apl anda yang diaktifkan oleh pengguna.
  • Langganan berulang: Langganan kedua atau berikutnya yang dibeli oleh pengguna dalam apl yang sama. Sebagai contoh, pengguna membatalkan langganan pertama mereka pada bulan Mei dan membeli langganan lagi pada bulan September.
Jumlah langganan

Kad jumlah langganan apl anda menunjukkan semua langganan aktif, baharu dan dibatalkan dalam tempoh masa yang dipilih, termasuk pengguna dengan percubaan percuma.

Hasil kasar

Kad hasil apl anda menunjukkan hasil harian dan hasil 30 hari yang dijana dalam tempoh masa yang dipilih, termasuk cukai dan bayaran lain.


Pengekalan

Kad pengekalan memaparkan peratusan langganan yang kekal aktif dari semasa ke semasa. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk lebih memahami tentang prestasi SKU yang berbeza dalam mengekalkan pelanggan.

Untuk melihat pecahan data pengekalan dan penukaran yang lebih terperinci, pilih Terokai laporan.  

Pembatalan

Kad pembatalan menunjukkan pecahan keluar bagi langganan kohort anda. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti cara mengurangkan pembatalan bagi senario yang berbeza. 

Untuk melihat pecahan data pembatalan dan pemulihan yang lebih terperinci, pilih Terokai laporan.

Lihat laporan terperinci

Anda boleh melihat laporan pengekalan dan pembatalan terperinci untuk mana-mana langganan apl anda dengan memilih pautan laporan di bahagian bawah setiap kad.

Laporan pengekalan

Pada laporan Pengekalan langganan, anda boleh membandingkan kadar pengekalan dan penukaran antara dua kohort langganan untuk memahami dengan lebih baik cara terbaik untuk mengekalkan dan menukar pelanggan. Anda boleh mengkonfigurasikan kohort mengikut langganan, pelan asas atau tawaran, negara pembelian dan julat tarikh apabila langganan bermula. Kohort dalam laporan pengekalan menyertakan semua langganan baharu, termasuk pelanggan kali pertama dan ulangan.

Bandingkan kadar pengekalan

Anda boleh menilai prestasi setiap kohort yang mengekalkan pelanggan dan masa atau sama ada mereka keluar dengan menggunakan carta "Pengekalan mengikut tempoh pengebilan" dan "Pengekalan mengikut hari".

Pada carta "Pengekalan mengikut tempoh pengebilan", anda dapat melihat bilangan kitaran pengebilan pelanggan anda yang kekal aktif. Carta ini dapat memberi anda cerapan tentang prestasi anda mengewangkan pelanggan dalam setiap kohort.

Nota: Jika anda telah menyediakan kitaran pengebilan harga pengenalan untuk langganan, kitaran pengebilan itu termasuk dalam tempoh pengebilan. Jika pelan asas ansuran dipilih, laporan akan memaparkan langganan ansuran yang telah dibilkan pada setiap tempoh pengebilan.

Pada carta “Pengekalan mengikut hari”, anda boleh mendapatkan lebih banyak cerapan terperinci tentang tempoh pelanggan berada dalam tempoh pengebilan sebelum membatalkan langganan. Carta ini termasuk hari pertama langganan aktif hingga hari langganan itu dibatalkan, termasuk mana-mana percubaan percuma, tempoh tangguh dan tempoh masa penahanan akaun.

Di bawah setiap carta, anda dapat melihat data dalam jadual dengan memilih anak panah ke bawah di sebelah Jadual data.

Bandingkan kadar penukaran

Di bawah carta pengekalan, terdapat kad yang menunjukkan kepada anda prestasi penukaran oleh pelanggan berdasarkan keadaan berikut:

  • Tawaran percubaan percuma kepada langganan berbayar
  • Tawaran harga pengenalan kepada harga penuh
  • Bayaran penuh pertama kepada bayaran penuh kedua

Pada setiap kad, anda dapat melihat jumlah pelanggan dalam kohort yang telah melanggan dan daripada jumlah itu anda dapat melihat jumlah langganan yang dibatalkan atau bertukar kepada langganan berbayar, bersama-sama dengan pecahan sebab pembatalan.

Contohnya, bayangkan bahawa anda mempunyai 2,000 pelanggan yang memulakan tawaran percubaan percuma dan 1,000 daripada pelanggan itu kini telah menyelesaikan tawaran percubaan percuma, sama ada dengan membatalkan atau bertukar kepada langganan berbayar. Jika 200 daripada 1,000 pelanggan tersebut tidak lagi menggunakan percubaan percuma kerana mereka telah membuat pembatalan dan baki 800 pelanggan bertukar kepada langganan berbayar, kadar pembatalan anda ialah 20%, manakala kadar penukaran anda pula ialah sebanyak 80%.

Jika anda memilih paparan pelan asas, metrik pembatalan anda akan turut menunjukkan pengguna yang bertukar ke pelan asas berbeza dalam langganan tersebut. Jika anda memilih paparan tawaran, metrik pembatalan anda akan turut menunjukkan pengguna yang bertukar ke pelan asas berbeza atau tawaran berbeza.

Laporan pembatalan

Pada laporan Pembatalan dan pemulihan, anda boleh mendapatkan cerapan terperinci tentang sebab pengguna membatalkan langganan mereka dan prestasi ciri pemulihan langganan seperti tempoh tangguh dan penahanan akaun.

Selepas anda memilih langganan, pelan asas atau tawaran, negara dan tempoh masa untuk data yang ingin dilihat, anda boleh melihat carta yang meringkaskan dan mengkategorikan sebab pengguna membatalkan langganan mereka. Statistik ditunjukkan dalam bentuk peratusan secara lalai untuk memudahkan perbandingan sebab utama pembatalan. Untuk melihat data dalam bentuk nilai mutlak, pilih Nilai mutlak daripada menu lungsur Paparan.

Untuk mendapatkan butiran tarikh tertentu, tuding pada graf.

Papar sebab pembatalan

Kad Pembatalan menunjukkan pecahan sebab utama pembatalan oleh pengguna dari semasa ke semasa:

  • Sukarela: Langganan dibatalkan kerana tindakan jelas oleh pengguna (contohnya: pembatalan di Gedung Play, memadamkan akaun mereka, menghubungi sokongan untuk meminta pembatalan) atau pembatalan oleh pembangun (mis, menggunakan API Pembangun Google Play atau mengarahkan pengurusan untuk membatalkan langganan).
  • Luar kawal: Langganan dibatalkan kerana masalah menyelesaikan pembayaran (mis, perubahan harga yang tidak disahkan atau masalah pembayaran seperti dana yang tidak mencukupi, akaun ditutup dan lain-lain).
  • Peningkatan/penurunan: Langganan dibatalkan kerana pengguna beralih ke peringkat langganan lain.
  • Perubahan pelan asas: Pengguna bertukar ke pelan asas lain dalam langganan yang sama (hanya ditunjukkan dalam paparan pelan asas dan tawaran).
  • Perubahan tawaran: Pengguna bertukar ke tawaran lain dalam pelan asas yang sama (hanya ditunjukkan dalam paparan tawaran).
  • Lain-lain: Langganan dibatalkan atas sebab lain (mis, akaun tidak aktif, penggantungan apl).

Lihat respons tinjauan pembatalan

Apabila pengguna membatalkan langganan mereka menggunakan pusat langganan, mereka akan ditanya tentang sebab mereka memutuskan untuk membatalkan langganan. Respons daripada pengguna yang memilih untuk memberikan alasan pembatalan ditunjukkan dalam kad Respons tinjauan pembatalan.

Pengguna yang memilih "Lain-lain" boleh memberikan alasan pembatalan mereka sendiri, jika mahu. Anda boleh memuat turun fail CSV yang mengandungi respons ini daripada kad Respons lain jika anda mempunyai kebenaran "Lihat data kewangan" global.

Cara menggunakan papan pemuka ini dengan sumber Play Console yang lain

  • Papan pemuka langganan: Merangkumi semua data berkaitan dengan langganan yang tersedia.
  • Laporan kewangan: merangkumi hasil daripada jualan apl, produk dlm apl dan langganan.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13145518949463351094
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false