Pendaftaran dalam program tawaran luaran

 

Mulai 6 Mac 2024 dan tertakluk pada pematuhan terhadap keperluan program di bawah dan seksyen 9 dalam Dasar pembayaran kami, pembangun boleh mendaftar program tawaran luaran baharu sekiranya mereka mahu menghalakan pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) di luar apl, termasuk untuk mempromosikan tawaran bagi ciri dan perkhidmatan digital dalam apl. Lihat butiran di bawah dan lawati panduan penyepaduan pembangun kami untuk bermula.

Program tawaran luaran membenarkan pembangun apl yang diedarkan oleh Google Play untuk menghalakan pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) di luar apl, termasuk untuk mempromosikan tawaran bagi ciri dan perkhidmatan dalam apl, tertakluk pada Dasar pembayaran Google Play. Pembangun mestilah memenuhi kelayakan dan keperluan di bawah dan melengkapkan pendaftaran dalam program ini sebelum mempromosikan tawaran luaran. Pembangun yang terlibat tertakluk pada Dasar pembayaran kami dan yuran perkhidmatan yang dapat dikenakan yang diterangkan di bawah, yang menyokong pelaburan kami dalam Play dan Android, akan terus dikenakan.

Kelayakan

Untuk mendapat kelayakan bagi program ini:

  • Pembangun mestilah didaftarkan sebagai perniagaan.

Keperluan

Pembangun yang menyertai program ini mestilah mematuhi keperluan yang berikut: 

  • Mengehadkan tawaran luaran kepada pengguna di EEA.
  • Tawaran luaran mestilah menghalakan pengguna kepada ciri dan perkhidmatan digital pembangun itu sendiri.
  • Menyediakan semua URL destinasi melalui Play Console.
  • Mendaftar dan mendapatkan kelulusan bagi apl anda dalam program tawaran luaran seperti yang ditetapkan di bawah.
  • Membuat penyepaduan dengan API tawaran luaran untuk menghalakan pengguna di luar apl, termasuk memanggil API ini agar Google boleh memaparkan skrin maklumat yang diperlukan dan pembangun boleh melaporkan transaksi yang berkenaan.
  • Menyediakan sokongan pelanggan dan kaedah bayaran balik kepada pengguna yang melengkapkan transaksi luaran melalui tawaran luaran serta menyediakan proses untuk mempertikaikan transaksi tanpa izin.
  • Penyenaraian Play Store mestilah tidak mengandungi maklumat berkaitan dengan pembelian di luar apl untuk mengurangkan kemungkinan kekeliruan pengguna.
  • Apabila menghalakan pengguna di luar apl, pembangun mestilah:
    • Memaklumi pengguna tentang halaman destinasi dan tujuan halaman itu serta meletakkan ikon ini betul-betul selepas pautan untuk menandakan bahawa pengguna akan dihalakan di luar apl. Sebagai contoh:

      Lihat lebih banyak tawaran permata pada gems.exampleapp.com
       
    • Memiliki URL yang boleh dilihat dengan jelas pada halaman destinasi anda agar pengguna boleh memahami tempat mereka dihalakan.
    • Tidak menghantar parameter tambahan dalam URL atau mempraisi data daripada apl untuk melindungi pengguna.
    • Tidak mengubah hala pengguna atau mengelirukan pengguna dengan menghalakan mereka kepada halaman destinasi yang berbeza daripada yang dipaparkan dalam tawaran luaran atau menyampaikan maklumat lain yang palsu atau mengelirukan.
  • Membayar yuran yang dikenakan kepada Google untuk transaksi berkaitan dengan apl Play yang dilengkapkan di luar apl susulan daripada tawaran luaran. Seperti yuran perkhidmatan standard kami, yuran berkaitan dengan program tawaran luaran mencerminkan nilai yang disediakan oleh Android dan Play serta menyokong pelaburan berterusan kami pada seluruh Android dan Play. Yuran ini terdiri daripada dua komponen berasingan yang berkaitan dengan nilai yang diberikan oleh Play: (a) yuran masa terhad selama dua tahun untuk pemerolehan pengguna awal dan (b) yuran untuk perkhidmatan berterusan (termasuk perkhidmatan keselamatan dan kemaskinian Play) yang terus disediakan oleh Play kepada pembangun. 
    • Yuran yang berikut akan dikenakan, bermula daripada kali pertama pengguna melengkapkan transaksi dalam masa 120 jam selepas tawaran luaran (transaksi luaran pertama):
      • Yuran pemerolehan awal: 5% untuk langganan pembaharuan automatik dan 10% untuk tawaran lain bagi ciri dan perkhidmatan digital dalam apl.
      • Yuran perkhidmatan berterusan: 7% untuk langganan pembaharuan automatik dan 17% untuk tawaran lain bagi ciri dan perkhidmatan digital dalam apl.
    • Yuran di atas dikenakan kepada kedua-dua transaksi luaran pertama dan untuk semua kandungan digital yang dibeli seterusnya pada laman web luaran untuk digunakan pada apl, tanpa mengira mana-mana tetingkap masa.
    • Selepas tempoh pemerolehan awal selama dua tahun, pembangun boleh memilih untuk menghentikan perkhidmatan berterusan daripada Play untuk apl tertentu. Memandangkan pengguna memperoleh apl melalui Play dan menjangkakan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti kawalan ibu bapa, pengimbasan keselamatan, pencegahan penipuan dan kemaskinian apl secara berterusan, penghentian perkhidmatan juga memerlukan persetujuan pengguna. Selepas itu, perkhidmatan berterusan dan yuran yang berkaitan tidak akan terpakai kepada pengguna ini lagi. Pembangun masih bertanggungjawab untuk melaporkan transaksi melibatkan pengguna yang memilih untuk meneruskan perkhidmatan berterusan daripada Play.

Daftarkan apl anda dalam program tawaran luaran

Untuk mendaftar dalam program tawaran luaran, anda mestilah melengkapkan langkah yang berikut:

  1. Semak keperluan pada halaman ini untuk menentukan jika apl anda memenuhi semua kriteria kelayakan.
  2. Lengkapkan borang pengisytiharan tawaran luar, terima Syarat Perkhidmatan dan lengkapkan sebarang langkah suai tugas yang diperlukan untuk mendaftar dalam program tersebut melalui pasukan sokongan Google.
  3. Sepadukan API tawaran luaran.
  4. Daftarkan apl anda secara terus melalui Play Console. Setelah anda mengenal pasti apl dan negara/rantau yang akan menjadi tempat anda menyediakan tawaran luar, klik bahagian di bawah untuk mengembangkan bahagian tersebut dan ikut langkah untuk mendaftarkan apl anda serta mengurus tetapan tawaran luaran anda:
a. Daftar apl anda
  1. Buka Play Console dan lawati halaman Tawaran luaran (Tetapan > Pemautan kepada tawaran luaran).
  2. Cari apl yang mahu anda daftarkan dan klik Urus dalam jadual tersebut. Tindakan ini akan membuka halaman Persediaan pengewangan untuk apl tersebut.
  3. Klik + Tambahkan/Edit negara / rantau untuk memilih negara/rantau EEA yang mahu anda gunakan program tawaran luaran untuk apl khusus ini.
    • Senarai negara/rantau yang boleh dipilih ditentukan oleh ketersediaan program di negara/rantau tersebut.
  4. Apabila anda telah selesai memilih negara/rantau, klik Simpan perubahan.
  5. Langkah ini perlu dilengkapkan bagi setiap apl ang mahu anda daftarkan dalam program.
b. Lihat maklumat dan urus tetapan program

Anda boleh mengurus tetapan program tawaran luaran anda, termasuk pendaftaran tahap apl dan maklumat profil, pada halaman Tawaran luaran (Tetapan > Pemautan kepada tawaran luaran).

c. Lihat maklumat invois tawaran luaran serantau
  1. Buka Play Console dan akses halaman Invois (Tetapan > Invois untuk pembayaran di luar Google Play Billing).
  2. Anda boleh memilih tab rantau pengguna yang bersesuaian untuk melihat maklumat transaksi dan yuran perkhidmatan yang sepadan berkaitan dengan transaksi yang dibuat oleh pengguna di rantau tersebut seperti jumlah perlu dibayar, transaksi, invois dan dokumen serta tetapan.
d. Urus tetapan tawaran luaran
  1. Buka Play Console dan lawati halaman Tawaran luaran (Tetapan > Pemautan kepada tawaran luaran).
  2. Cari apl yang mahu anda daftarkan dan klik Urus dalam jadual tersebut. Tindakan ini akan membuka halaman Persediaan pengewangan untuk apl tersebut.
  3. Klik + Edit negara/rantau untuk memilih negara/rantau bagi tawaran luaran yang mahu anda kemas kinikan.
    • Senarai negara/rantau yang boleh dipilih ditentukan oleh ketersediaan program di negara/rantau tersebut.
  4. Apabila anda telah selesai memilih negara/rantau, klik Simpan Perubahan.

5. Laporkan semua transaksi yang diizinkan yang berkenaan kepada Google Play dalam tempoh 24 jam selepas transaksi luaran dijalankan.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tambahan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami di sini.

 Buka borang pengisytiharan

Soalan lazim

Adakah pembangun boleh menggunakan tawaran luaran untuk pengguna di lokasi geografi lain di luar EEA?

Tidak boleh, program ini hanya terhad untuk pengguna EEA. Pembangun dari rantau lain boleh mendaftar dalam program ini untuk menyasarkan pengguna di EEA di luar apl Play.

Apakah negara yang membentuk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)?

Pada masa ini, EEA dibentuk oleh: Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Republik Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Sweden.

Adakah pembangun permainan layak untuk program ini?

Ya, pembangun permainan dan juga apl layak untuk memohon dan menyertai program tawaran luaran.

Untuk jenis produk apakah program tawaran luaran boleh ditawarkan?

Program ini tersedia untuk semua apl dan permainan pada semua faktor bentuk termasuk mudah alih, tablet, ChromeOS, Android TV dan Wear OS.

Adakah semua pembangun dikehendaki untuk mendaftar dalam program tawaran luaran?

Tidak, program ini merupakan program ikut serta sahaja. Jika anda tidak mahu menghala pengguna di luar apl, tiada tindakan diperlukan.

Adakah saya boleh menyediakan tawaran luaran untuk sesetengah apl saya sahaja?

Ya, selepas berjaya mendaftar dalam program tawaran luaran, anda boleh memilih apl yang mahu didaftarkan untuk tawaran luaran pada satu-satu masa menggunakan Play Console.

Bagaimanakah cara memberitahu Google tentang sebarang perubahan kepada pilihan negara bagi pendaftaran program pembayaran luaran?

Anda boleh mengubah pendaftaran program pembayaran luaran dalam sesuatu pasaran bagi pakej apl tertentu melalui tetapan Play Console. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa dengan serta-merta, termasuk perubahan pada yuran perkhidmatan yang berkenaan.

Apakah langkah untuk membuat penyepaduan dengan API tawaran luaran?

Anda boleh melanjutkan penyepaduan anda yang sedia ada dengan sistem pengebilan Google Play dengan mudah untuk memanfaatkan API tawaran luaran. API ini dibina berdasarkan corak dan prinsip reka bentuk yang sama seperti Pustaka Play Billing dan Play Developer API kami. Hal ini bermakna API ini serasi dengan reka bentuk anda yang sedia ada dan biasa dijalankan oleh pasukan anda. Dalam panduan penyepaduan pembangun kami, kami menyediakan garis panduan dan sumber yang terperinci tentang cara bermula. Kami mengalu-alukan maklum balas pembangun tentang API ini dan mana-mana sumber tambahan yang dapat membantu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas tentang API tawaran luaran, sila hubungi kami di sini.

Sekiranya saya sudah menyertai program pengebilan alternatif, adakah saya juga boleh menyertai program tawaran luaran?

Ya, pembangun boleh memanfaatkan kedua-dua program jika mereka mahu dan jika mereka memenuhi keperluan kedua-dua program itu dan memenuhi kriteria kelayakan program tersebut. Sekiranya kedua-dua program tersedia pada apl, yuran perkhidmatan yang dapat dikenakan untuk transaksi bergantung pada platform yang dipilih oleh pengguna untuk melengkapkan transaksi tersebut (dalam atau luar apl). Untuk menyertai program tawaran luaran dan mula mempromosikan tawaran luaran, anda perlu berjaya melengkapkan proses pendaftaran dan mematuhi semua keperluan program.

Adakah saya boleh menggunakan sistem pengebilan Google Play di samping tawaran luaran?

Ya, pembangun boleh memanfaatkan sistem pengebilan Google Play sementara juga menyertai program tawaran luaran. Sekiranya anda mempunyai Google Play Billing dan juga mempromosikan tawaran luaran, yuran perkhidmatan yang dapat dikenakan untuk transaksi bergantung pada platform yang dipilih oleh pengguna untuk melengkapkan transaksi tersebut (dalam atau luar apl). Untuk menyertai program tawaran luaran dan mula mempromosikan tawaran luaran, anda perlu berjaya melengkapkan proses pendaftaran dan mematuhi semua keperluan program.

Mengapakah program tawaran luaran memerlukan yuran perkhidmatan?

Yuran Play menyokong pelaburan kami dalam Android dan Google Play serta mencerminkan nilai yang disediakan oleh Android dan Play, termasuk membolehkan kami mengedarkan Android secara percuma dan menyediakan pelbagai alatan serta perkhidmatan yang sentiasa berkembang dan membantu pembangun membina perniagaan yang berjaya, sementara memastikan platform kami selamat dan terjamin untuk berbilion pengguna di serata dunia. 

Untuk mematuhi peraturan Akta Pasaran Digital (DMA), pembangun boleh mendaftar dalam program tawaran luaran. Untuk meneruskan pelaburan kami dalam ekosistem ini, pembangun yang menyertai program tawaran luaran akan tertakluk pada model yuran perkhidmatan baharu untuk pembelian pengguna berkaitan dengan apl Play yang dilengkapkan di luar apl. Yuran ini terdiri daripada yuran pemerolehan awal dan yuran perkhidmatan berterusan.

Bagaimanakah Play menetapkan model yuran baharu untuk program tawaran luaran?

Model yuran perkhidmatan baharu untuk program tawaran luaran mengandungi dua komponen : 

Yuran pemerolehan awal dikenakan dalam tempoh masa yang terhad untuk mencerminkan bahawa Play hanya mengenakan bayaran bagi nilai yang disediakan untuk memudahkan pemerolehan pengguna awal melalui Play. Seterusnya, tempoh masa untuk ‘pemerolehan awal’ akan mengambil kira cara lazim pembangun apl mengewangkan apl. Ramai pembangun berbuat demikian melalui transaksi tokokan kecil yang dijalankan sepanjang tempoh yang lama. Pembangun tidak akan dikenakan yuran pemerolehan awal bagi sebarang transaksi yang dijalankan selepas tempoh dua tahun pemerolehan awal pengguna tertentu. 

Yuran perkhidmatan berterusan akan dikenakan selama tempoh pembangun menggunakan perkhidmatan Play secara berterusan (termasuk perkhidmatan keselamatan dan kemaskinian Play). Pembangun boleh memilih untuk menarik diri daripada perkhidmatan berterusan daripada Play bagi apl tertentu selepas tempoh dua tahun pemerolehan awal berakhir. Memandangkan pengguna memperoleh apl melalui Play dan menjangkakan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti kawalan ibu bapa, pengimbasan keselamatan, pencegahan penipuan dan kemaskinian apl secara berterusan, penghentian perkhidmatan memerlukan persetujuan pengguna. Oleh sebab itu, apabila pembangun memutuskan untuk menarik diri, pengguna apl tersebut yang layak mestilah mengambil tindakan untuk bersetuju menarik diri. Kemudian, perkhidmatan berterusan dan yuran yang berkaitan tidak akan terpakai kepada pengguna tersebut lagi. Anda masih perlu melaporkan transaksi pengguna yang memilih untuk terus menerima perkhidmatan berterusan daripada Play.

Bagaimanakah yuran perkhidmatan yang berlainan itu dikenakan jika saya menawarkan sistem pengebilan Google Play dan juga menyertai program tawaran luaran?
Contoh yang berikut menggambarkan cara yuran perkhidmatan yang berlainan dikenakan dalam senario ini. Pengguna A menggunakan Apl Fantastiq yang diwangkan dengan sistem pengebilan Google Play dalam apl tersebut dan dia juga menyertai program tawaran luaran. Yang berikut ialah sampel pembelian daripada pengguna tersebut dan yuran perkhidmatan yang dapat dikenakan kepada pembangun:
 
Tempat pengguna melengkapkan transaksi semasa menggunakan Apl Fantastiq Jenis model yuran Masa pembelian Jenis item yang dibeli Yuran
Dalam apl Sistem pengebilan Google Play Tidak berkenaan Langganan Bulanan Fabulous Playing 15%
Di luar apl Tawaran luaran Dalam tempoh dua tahun selepas transaksi luaran pertama Langganan Tahunan Stream More

Yuran pemerolehan awal: 5%
+
Yuran perkhidmatan berterusan: 7% (boleh tarik diri selepas tahun kedua)

 

Di luar apl Tawaran luaran Selepas tempoh dua tahun dari tarikh transaksi luaran pertama 100 Hati Tambahan

Yuran perkhidmatan berterusan: 17% (jika pengguna terus menggunakan perkhidmatan Play)

Di luar apl Tawaran luaran Selepas tempoh dua tahun dari tarikh transaksi luaran pertama Langganan Bulanan Premium

Yuran perkhidmatan berterusan: 7% (jika pengguna terus menggunakan perkhidmatan Play)

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2255891963236358515
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false