Buat dan edar muka jam pada Google Play

Halaman ini menerangkan langkah asas yang diperlukan untuk menerbitkan muka jam yang dibuat menggunakan Format Muka Jam pada Google Play.

Anda boleh menggunakan Play Console untuk membuat dan mengurus berbilang keluaran bagi semua muka jam anda yang berlainan dan mengemaskinikan setiap muka jam apabila diperlukan.

Apakah itu muka jam? 

Format Muka Jam membolehkan anda membuat muka jam tersuai yang boleh mewakili masa melalui cara yang asli dengan memanfaatkan keupayaan paparan dan interaksi peranti jam tangan pintar.

Muka jam ialah salah satu cara paling jelas yang membolehkan pengguna menggambarkan diri mereka pada peranti Wear OS. Penghasilan muka jam ialah cara yang bagus untuk menyerlahkan jenama dan idea anda kepada pengguna yang memakai Wear OS.

Buat dan edar muka jam anda

Untuk menerbitkan muka jam pada Google Play, anda perlu membuat akaun Pembangun Google Play terlebih dahulu. Jika anda belum mempunyai akaun ini, ikut langkah ini untuk mendaftar bagi akaun Pembangun Google Play. Jika anda sudah mempunyai akaun berdaftar dan apl, lawati Langkah 2: Buat penyenaraian gedung yang menyeluruh.

Langkah 1: Buat apl anda

Ikut langkah ini untuk membuat dan menyediakan apl anda. Apabila menyatakan sama ada anda membuat apl atau permainan, pilih Apl.

Langkah 2: Buat penyenaraian gedung yang menyeluruh

Penyenaraian gedung yang menyeluruh akan membolehkan muka jam anda ditemukan dengan lebih kerap pada Google Play dan membantu pengguna memahami perkara yang perlu dijangka sebelum memuat turun item. Anda boleh mengurus penyenaraian gedung muka jam anda pada halaman Penyenaraian gedung utama (Kembangkan > Kehadiran gedung > Penyenaraian gedung utama) dalam Play Console.

Berikut ialah beberapa cara untuk anda memastikan bahawa anda mempunyai penyenaraian gedung bermutu tinggi:

Langkah 3: Buat runut Wear OS

Memandangkan muka jam hanya akan tersedia untuk Wear OS, anda boleh membuat runut Wear OS dan membuat keluaran Wear OS:

  1. Buka Play Console dan lawati halaman Tetapan lanjutan (Keluaran > Persediaan > Tetapan lanjutan).
  2. Pilih tab Faktor bentuk dan klik Tambahkan faktor bentuk baharu.
  3. Pilih Wear OS.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk:
  5. Kembali kepada halaman Tetapan lanjutan dan klik Urus pada Wear OS.
  6. Ikut serta dalam pengedaran dan syarat perkhidmatan. 

Sebaik sahaja anda mengikut serta dan menerbitkan apl anda, pasukan kami akan menyemak apl anda untuk memastikan apl tersebut mematuhi garis panduan Kualiti Apl Wear OS. Anda juga boleh menarik diri sekiranya anda berubah fikiran kemudian.

Langkah 4: Terbitkan muka jam anda

Kami mengesyorkan anda menguji muka jam anda sebelum mempersiapkan dan melancarkan keluaran pada runut Pengeluaran muka jam anda untuk disediakan kepada pengguna pada Google Play. Untuk menerbitkan muka jam anda. Untuk mempersiapkan dan melancarkan keluaran pada runut Pengeluaran muka jam anda serta menyediakan muka jam tersebut kepada pengguna pada Google Play:

  1. Buka Play Console dan lawati halaman Pengeluaran. 
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan halaman, pilih Wear OS sahaja daripada menu lungsur faktor bentuk.  
  3. Klik Buat keluaran baharu dan ikut arahan pada skrin untuk membuat keluaran pengeluaran anda.
    • Petua: Anda boleh melawati artikel Pusat Bantuan ini untuk mendapatkan panduan tentang cara membuat keluaran.
  4. Pada skrin "Pratonton dan sahkan", pastikan keluaran anda tiada masalah sebelum dilancarkan kepada pengguna.
    • Nota: Jika anda melihat sebarang ralat, amaran atau mesej, klik Tunjukkan lagi untuk menyemak butiran dan menyelesaikan sebarang masalah. 
  5. Jika anda mengemaskinikan muka jam yang sedia ada, pilih peratusan pelancaran.
  6. Pilih Mulakan pelancaran.
    • Jika anda melancarkan pengeluaran keluaran pertama muka jam anda, tindakan mengklik Mulakan pelancaran pengeluaran juga akan menerbitkan muka jam anda kepada semua pengguna Google Play di negara pilihan anda.

Selepas Google menyemak dan meluluskan serahan anda, muka jam anda akan tersedia kepada pengguna pada Google Play.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18086783775332715867
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false