Urus keluaran faktor bentuk yang berbeza pada runut khusus

Kami membuat perubahan pada cara apl Wear OS dikeluarkan. Untuk menerbitkan kemaskinian Wear OS selepas penghujung bulan Ogos, buat runut keluaran Wear OS khusus. Lihat bahagian Hijrahkan keluaran Wear OS sedia ada di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda boleh menggunakan runut khusus untuk mengurus keluaran apl bagi faktor bentuk yang berbeza — seperti Wear OS dan apl Android TV — pada Play Console.

Memahami perubahan runut pada Play Console

Kami sedang membuat perubahan pada cara pembangun mengurus keluaran mereka untuk setiap faktor bentuk dengan memperkenalkan runut keluaran khusus bagi faktor bentuk yang berbeza. Perkara ini memudahkan pembangun untuk

  • Melancarkan keluaran tertentu (sebagai contoh, keluaran Wear OS) yang tidak bergantung pada keluaran faktor bentuk yang lain.
  • Memudahkan pengujian dengan menyediakan runut khusus untuk mengkonfigurasikan dan mengurus penguji.

Pada bulan Mac 2023, kami mendayakan runut "Wear OS Sahaja" khusus untuk app bundle dan APK Wear OS yang diurus secara berasingan daripada runut keluaran mudah alih. Pada bulan Oktober 2023, kami memperkenalkan runut khusus untuk keluaran Android TV: "Android TV Sahaja".

Jika anda mempunyai keluaran Wear OS sedia ada pada runut standard, anda mestilah menghijrahkan keluaran tersebut kepada runut Wear OS. Baca bahagian di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hijrahkan keluaran sedia ada dan menggunakan runut khusus

Jika anda mempunyai apl Wear OS yang mahu diteruskan pengedaran pada Google Play pada masa ini, anda mestilah menghijrahkan keluaran ini daripada runut keluaran mudah alih kepada runut khusus keluaran tersebut. Anda juga boleh memudahkan pengurusan apl Android TV anda dengan menggunakan runut Android TV yang khusus.

Kembangkan atau kuncupkan bahagian di bawah untuk mengetahui cara menghijrahkan keluaran sedia ada kepada runut khusus keluaran tersebut pada Play Console.

Hijrahkan keluaran Wear OS sedia ada

Mulai bulan September 2023, keluaran Wear OS yang belum dihijrahkan daripada runut keluaran mudah alih masih disiarkan kepada pengguna tetapi anda tidak boleh mengemaskinikan keluaran tersebut. Anda mestilah menghijrahkan keluaran ini kepada runut Wear OS Sahaja untuk mengemaskinikan keluaran tersebut.

Untuk menghijrahkan keluaran anda:

  1. Buka Play Console, akses halaman Pengeluaran (Keluaran > Pengeluaran).
  2. Jika keluaran anda mengandungi app bundle Wear OS, anda akan melihat pemberitahuan pada bahagian atas halaman yang menyatakan bahawa himpunan anda mengandungi apl Wear OS dan akan disekat daripada dilancarkan. Klik Buat runut Wear OS dalam bahagian pemberitahuan.
  3. Pilih salah satu pilihan yang berikut:
    • Salin penguji, negara dan app bundle daripada runut sedia ada: Penguji, negara dan app bundle akan disalin daripada runut pengujian dan pengeluaran sedia ada anda. Anda masih boleh membuat perubahan. App bundle tidak akan disalin untuk runut sekiranya pelancaran berperingkat sedang berjalan. Untuk menyalin app bundle tersebut, selesaikan pelancaran berperingkat anda sebelum meneruskan proses. Jika anda pengguna API, anda perlu mengemaskinikan penyepaduan anda untuk menggunakan ID runut yang baharu.
    • Jangan salin penguji, negara dan app bundle: Jika anda memilih pilihan ini, anda perlu menambahkan maklumat ini semasa menyediakan keluaran Wear OS anda.
  4. Klik Buat runut
  • Selepas anda memulakan penyiaran apl anda kepada pengguna melalui runut keluaran Wear OS Sahaja, alih keluar app bundle dan APK Wear OS yang berlebihan daripada runut keluaran mudah alih anda. Selepas ini, anda boleh mengurus keluaran dan pengguna Wear OS anda secara berasingan daripada keluaran mudah alih atau keluaran faktor bentuk anda yang lain.
Gunakan runut keluaran khusus untuk apl Android TV

Penggunaan runut keluaran khusus untuk apl Android TV adalah pilihan dan anda boleh terus menyediakan apl kepada pengguna apl Android TV melalui runut keluaran mudah alih anda. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda menggunakan runut keluaran khusus untuk Android TV sebagai amalan terbaik.

Untuk menggunakan runut keluaran khusus untuk Android TV:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Tetapan lanjutan (Keluaran > Persediaan > Tetapan lanjutan).
  2. Pilih tab Faktor bentuk.
  3. Jika Android TV belum disasarkan, klik + Tambahkan faktor bentuk dan pilih Android TV. "Android TV" akan ditambahkan pada tab Faktor bentuk.
  4. Bersebelahan "Android TV", klik Urus.
  5. Bersebelahan "Keluaran", pilih Gunakan runut keluaran khusus untuk Android TV.
  6. Pilih Ikut serta Android TV. Apl anda akan disemak semula berdasarkan garis panduan kualiti Android TV.
    • Nota: Untuk mengikut serta Android TV, anda mestilah memuat naik tangkapan skrin Android TV bagi semua penyenaraian gedung. Jika anda belum berbuat demikian, anda boleh mengklik Simpan, muat naik tangkapan skrin Android TV anda, kemudian kembali untuk ikut serta.
  7. Klik Simpan.
    • Nota: Selepas menyimpan, anda boleh mengurus keluaran dan pengguna Android TV anda secara berasingan daripada apl keluaran mudah alih anda (atau yang lain). Tetapan ini tidak boleh ditukar.

Selepas anda memulakan penyiaran apl anda kepada pengguna melalui runut keluaran Android TV, alih keluar Android App Bundle dan APK yang berlebihan daripada runut keluaran mudah alih anda. Selepas ini, anda boleh mengurus keluaran dan pengguna Android TV anda secara berasingan daripada keluaran mudah alih atau keluaran faktor bentuk anda yang lain.

Nota untuk pengguna API

Selepas anda membuat runut keluaran Wear OS khusus, anda tidak akan dapat menggunakan API sedia ada untuk mengeluarkan app bundle atau APK Wear OS menggunakan runut keluaran mudah alih anda. Anda mestilah mengemaskinikan penyepaduan anda untuk menggunakan ID runut Wear OS baharu.

Ketahui lebih lanjut tentang pengenalpastian runut faktor bentuk pada laman Pembangun Android.

Sediakan keluaran baharu

Kembangkan atau kuncupkan bahagian di bawah untuk mengetahui cara menyediakan keluaran untuk faktor bentuk yang berbeza dalam Play Console.

Sediakan keluaran Wear OS baharu

Prasyarat: Jika anda membuat pengalaman Wear OS untuk kali pertama, anda mestilah menggunakan app bundle didayakan Wear OS. Jika anda menggunakan app bundle didayakan Wear OS, hal ini bermaksud anda perlu membina, menandatangani dan memuat naik artifak tunggal satu kali sahaja untuk menyokong versi dan pengalaman Wear OS yang dipasang untuk apl anda.

Untuk menyediakan pengedaran pada Wear OS:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Tetapan lanjutan (Keluaran > Persediaan > Tetapan lanjutan).
  2. Pilih tab Faktor bentuk dan klik Tambahkan faktor bentuk baharu.
  3. Pilih Wear OS.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk:
  5. Kembali kepada halaman Tetapan lanjutan, kemudian klik Urus dalam bahagian "Wear OS".
  6. Mengikut serta dalam pengedaran dan syarat perkhidmatan.

Sebaik sahaja anda mengikut serta dan menerbitkan apl anda, pasukan kami akan menyemak apl anda untuk memastikan apl tersebut mematuhi Garis panduan kualiti apl Wear OS. Anda juga boleh menarik diri sekiranya anda berubah fikiran kemudian. Anda juga boleh mengikut serta untuk mendapatkan peluang dimasukkan dalam koleksi Wear OS pada Google Play.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengedarkan apl anda kepada Wear OS.

Sediakan keluaran Android TV baharu

Prasyarat: Jika anda membuat pengalaman Android TV untuk kali pertama, anda mestilah menggunakan app bundle yang didayakan Android TV. Penggunaan app bundle yang didayakan Android TV bermaksud bahawa anda perlu membangunkan, menandatangani dan memuat naik artifak tunggal satu kali sahaja untuk menyokong versi apl yang dipasang dan pengalaman Android TV anda.

Untuk menyediakan pengedaran pada Android TV:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Tetapan lanjutan (Keluaran > Persediaan > Tetapan lanjutan).
  2. Pilih tab Faktor bentuk dan klik Tambahkan faktor bentuk baharu.
  3. Pilih Android TV.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk:
    • Memuat naik tangkapan skrin Android TV; dan
    • Memuat naik app bundle Android TV pada runut ujian.
  5. Kembali kepada halaman Tetapan lanjutan, kemudian klik Urus alam bahagian "Android TV".
  6. Mengikut serta dalam pengedaran dan syarat perkhidmatan.

Apabila anda mengikut serta dan menerbitkan apl anda, pasukan kami akan menyemak apl anda untuk memastikan apl tersebut mematuhi Garis panduan kualiti apl TV. Anda juga boleh menarik diri sekiranya anda berubah fikiran kemudian. Anda juga boleh mengikut serta untuk mendapatkan peluang dimasukkan dalam koleksi Android TV pada Google Play.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengedarkan apl anda pada Android TV.

Nyahterbitkan apl

Apabila anda menyahterbitkan apl, pengguna sedia ada masih boleh menggunakan apl anda dan menerima kemas kini apl. Apl anda tidak akan tersedia untuk dicari atau dimuat turun oleh pengguna baharu di Google Play.

Prasyarat: Sebelum anda boleh menyahterbitkan apl, anda mesti memastikan bahawa:

Untuk menyahterbitkan apl anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Tetapan lanjutan (Keluaran > Persediaan > Tetapan lanjutan).
  2. Pada tab Ketersediaan Apl, pilih Dinyahterbitkan.

Sekiranya anda memutuskan untuk membuat apl anda tersedia kepada pengguna baharu semula, anda boleh kembali kepada tetapan ini dan memilih Diterbitkan.

Soalan lazim

Bilakah runut lalai berhenti berfungsi untuk peranti Wear OS?

Runut lalai akan berhenti berfungsi untuk peranti Wear OS secara automatik apabila keluaran Wear OS anda dalam runut "Wear OS Sahaja" telah disemak, diluluskan dan tersedia pada Google Play.

Apakah yang berlaku kepada app bundle dan APK Wear OS yang tinggal pada runut lalai semasa dan selepas tempoh penghijrahan?

Runut akan berfungsi untuk peranti Wear OS sepanjang tempoh penghijrahan dari bulan Mei hingga akhir bulan Ogos. Mulai bulan September, apabila tempoh penghijrahan tamat, anda akan digesa untuk mengalih keluar sebarang app bundle dan APK Wear OS yang tinggal pada runut lalai.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10719508832335984041
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false