Pemberitahuan

Untuk mendapatkan bantuan berkenaan dengan ciri kesihatan dan kecergasan Fitbit pada Google Pixel Watch anda, termasuk kadar denyut jantung dan kesihatan jantung, senaman dan tidur, lawati help.fitbit.com

Saat ini halaman yang diminta tidak tersedia dalam bahasa Anda. Dengan fitur terjemahan bawaan Google Chrome, Anda dapat memilih bahasa lain di bagian bawah halaman atau menerjemahkan halaman web ke bahasa pilihan Anda secara instan.

Cara meningkatkan Pixel Watch anda atau telefon yang disambungkan tanpa kehilangan data

Nota: Memerlukan Wear OS 4.

Anda mungkin perlu menukar telefon yang disambungkan kepada Pixel Watch anda jika baru-baru ini anda membeli telefon baharu atau Pixel Watch baharu. Ketahui cara anda boleh menukar telefon yang dipautkan kepada Pixel Watch anda tanpa perlu menetapkan semula Jam Tangan anda atau kehilangan data dan tetapan yang disimpan.

Gandingkan Pixel Watch anda dengan telefon baharu

Pindahkan Jam Tangan anda kepada telefon baharu anda.

  1. Daripada Jam Tangan anda: Pada Google Pixel Watch, leret ke bawah kemudian ketik Tetapan kemudian Sistem kemudian Pindahkan jam tangan.

Daripada telefon anda: Pada telefon lama anda, buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch kemudian ketik Sistem kemudian Pindahkan jam tangan kemudian Mulakan Pemindahan kemudian Selesai.

  1. Pada telefon baharu anda, buka apl Google Pixel Watch. Ikut langkah untuk menambahkan Jangan Tangan baharu.
  2. Selepas membuat penggandingan, sahkan kod gandingan pada kedua-dua Jam Tangan dan telefon baharu anda.
  3. Jika anda belum log masuk ke Google Account pada telefon baharu anda, anda mungkin diminta untuk log masuk ke Google Account anda sekarang.
  4. Ketik Selesai untuk melengkapkan pemindahan Jam Tangan.

Nota: Jam Tangan akan dinyahgandingkan daripada telefon lama hanya selepas Jam Tangan berjaya dipindahkan kepada telefon baharu.

Persediaan eSim

Jika anda telah mengaktifkan serta mendayakan eSIM dan LTE pada Jam Tangan anda, Jam tangan ini akan menyemak sama ada telefon baharu memiliki nombor yang sama atau tidak.

Nombor yang sama: Jam Tangan anda akan terus menjadi kembar nombor telefon.

Nombor yang berbeza: Anda akan digesa untuk menyediakan kembaran dengan nombor baharu untuk Jam Tangan anda.

Nota: Muka jam mungkin mengambil sedikit masa untuk disegerakkan selepas Pemindahan Jam Tangan selesai.

Gandingkan telefon anda dengan Pixel Watch baharu

Sandarkan Jam Tangan anda yang sedia ada

Sebelum anda membuat sebarang perubahan, kami mengesyorkan anda menyandarkan Pixel Watch yang sedia ada supaya tetapan dan data lain disimpan.

Nota: Sandaran mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dilengkapkan. Oleh hal yang demikian, pastikan anda menyandarkan Jam Tangan anda beberapa hari sebelum anda memulakan proses pemindahan. Untuk menyemak sama ada sandaran telah berjaya diselesaikan, tutup dan buka semula apl Pixel Watch. Jika berjaya, apl akan memaparkan masa sandaran terbaharu.

  1. Pastikan Jam Tangan anda disambungkan kepada Wi-Fi dan letakkan Jam Tangan anda pada pengecas peranti itu.
  2. Pada telefon anda, buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch.
  3. Ketik Google kemudian Sandaran kemudian Hidupkan.

Sambungkan Jam Tangan yang baharu kepada telefon anda

  1. Pada telefon anda, buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch.
  2. Jika anda pernah menggandingkan Jam Tangan sebelum ini, tatal ke atas dan ketik ikon dua jam tangan yang dipanggil Tunjukkan peranti saya kemudian Tambahkan jam tangan.
  3. Apabila anda Menyediakan Google Pixel Watch, pilih sandaran yang mahu dipulihkan.
  4. Jika anda mempunyai kod laluan pada Pixel Watch lama anda, masukkan kod itu pada Jam Tangan baharu anda.
  5. Simpan Jam Tangan baharu anda pada pengecas peranti itu dan ketik OK. Jam Tangan baharu anda akan memulihkan apl, data, tetapan, muka jam dan jubin yang telah ditetapkan pada Jam Tangan lama anda secara automatik.

Gandingkan telefon baharu dengan Pixel Watch baharu

Untuk menggandingkan Jam Tangan baharu dengan telefon baharu, ikut arahan dalam Sediakan Google Pixel Watch. Anda juga boleh memulihkan sandaran jam tangan sedia ada anda kepada Pixel Watch baharu.

Jika anda telah mencuba langkah ini dan Pixel Watch anda masih tidak dapat digandingkan dengan telefon anda, ikut petua dalam Selesaikan masalah persediaan dan penggandingan telefon Pixel Watch.

Mesej ralat "Tidak dapat bersambung"

Terdapat beberapa sebab anda mungkin menerima mesej ralat "Tidak dapat bersambung" apabila anda cuba menggandingkan atau memindahkan Jam Tangan anda:

  • Anda sedang cuba untuk menggandingkan Jam Tangan anda dengan telefon sama yang pernah digandingkan sebelum ini, selepas telefon tersebut ditetapkan semula kepada tetapan kilang
  • Anda sedang cuba menggandingkan Jam Tangan anda dengan telefon yang pernah digandingkan sebelum ini tanpa menggandingkan jam tangan tersebut dengan telefon yang berbeza dahulu

Dalam kes ini, ikut arahan di bawah untuk menggandingkan Jam Tangan dan telefon anda dengan berkesan:

  1. Sandarkan Jam Tangan anda yang sedia ada.
  2. Lakukan tetapan semula kilang terhadap Jam Tangan anda.
  3. Gandingkan Jam Tangan anda dengan telefon anda sekali lagi dan sebagai pilihan, pulihkan Jam Tangan anda daripada sandaran.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12532970146992923517
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
false
false
false
false