Pemberitahuan

Untuk mendapatkan bantuan berkenaan dengan ciri kesihatan dan kecergasan Fitbit pada Google Pixel Watch anda, termasuk kadar denyut jantung dan kesihatan jantung, senaman dan tidur, lawati help.fitbit.com

Dapatkan bantuan semasa kecemasan dengan ciri keselamatan Google Pixel Watch

Google Pixel Watch boleh menyambungkan anda kepada perkhidmatan kecemasan jika anda memerlukan bantuan. Jika anda telah membuka kunci jam tangan anda sekurang-kurangnya sekali sejak permulaan, anda juga boleh menghubungi orang hubungan kecemasan tanpa membuka kunci jam tangan itu.1 Dengan Google Pixel Watch 2 dan Pixel Watch 3, semua ciri keselamatan, termasuk Pemeriksaan Keselamatan7 tersedia untuk digunakan dengan atau tanpa telefon anda berada berdekatan.

Wi-Fi Google Pixel Watch perlu berada dalam liputan telefon anda dan disambungkan dengan Bluetooth untuk membolehkan telefon anda menghubungi perkhidmatan kecemasan. Anda tidak akan dapat bercakap dengan perkhidmatan kecemasan daripada jam tangan anda jika jam tangan anda tidak disambungkan kepada telefon melalui Bluetooth.

Google Pixel Watch LTE memerlukan sambungan LTE aktif pada jam tangan anda untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan. Isyarat Keselamatan tersedia pada Google Pixel Watch 2 LTE dengan Fitbit Premium.

Jika jam tangan anda tiada pembawa LTE, Isyarat Keselamatan5 membolehkan anda menggunakan ciri keselamatan tanpa telefon anda berada berdekatan. Langganan Fitbit Premium yang aktif akan mendayakan kesambungan tanpa telefon melalui Isyarat Keselamatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk Gunakan Isyarat Keselamatan pada Google Pixel Watch.

Wilayah tertentu memerlukan pembawa LTE yang aktif atau Isyarat Keselamatan untuk menyokong panggilan kecemasan yang dibuat daripada Pixel Watch.

Hidupkan dan gunakan ciri keselamatan pada Pixel Watch

Ketahui cara menghidupkan dan menggunakan ciri keselamatan yang berbeza ini:

Ciri Keselamatan

Pada Pixel Watch

Pada Pixel Watch 2

Pada Pixel Watch 3

Pengesanan Kemalangan Kereta

SOS Kecemasan3

Pengesan jatuh4

Pendailan orang hubungan kecemasan

Isyarat Keselamatan5

Perkongsian Kecemasan6

(Wear OS 4 atau versi yang lebih baharu)

Pemeriksaan Keselamatan7

(Wear OS 4 atau versi yang lebih baharu)

Maklumat Perubatan

(Wear OS 4 atau versi yang lebih baharu)

Pengesanan Kemalangan Kereta

Pengesanan Kemalangan Kereta ialah ciri Pixel Watch yang dapat mengesan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk. Hubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik, seperti 911 di AS, maklumi orang hubungan kecemasan dan kongsi lokasi anda.

Cara Pengesanan Kemalangan Kereta berfungsi

Pixel Watch anda boleh menggunakan maklumat seperti lokasi dan penderia gerakan telefon anda. Pengesanan Kemalangan Kereta memerlukan lokasi untuk berfungsi. Apabila telefon anda mengesan kemalangan kereta, telefon anda boleh menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk anda. Panggilan ini menggunakan Perkhidmatan Lokasi Kecemasan Android dan boleh menghantar maklumat tentang lokasi anda serta kejadian yang telah berlaku. Anda juga boleh menggunakan Perkongsian Kecemasan dengan Pengesanan Kemalangan Kereta, yang akan berkongsi lokasi masa nyata anda dengan orang hubungan kecemasan anda dalam situasi apabila kemalangan dikesan dan tiada tindak balas daripada anda.

Penting:

  • Pengesanan Kemalangan Kereta dan Perkhidmatan Lokasi Kecemasan boleh digunakan secara berasingan.
  • Jika dihidupkan, Perkhidmatan Lokasi Kecemasan akan berfungsi untuk semua panggilan kecemasan (jika tersedia di sesuatu kawasan) dan menghantar maklumat lokasi anda kepada perkhidmatan kecemasan.
  • Apabila dihidupkan, Pengesanan Kemalangan Kereta turut menggunakan Perkhidmatan Lokasi Kecemasan apabila ciri tersebut membuat panggilan secara automatik apabila situasi kecemasan berlaku.
  • Pengesanan Kemalangan Kereta akan terus berfungsi walaupun Perkhidmatan Lokasi Kecemasan dimatikan.

Apabila kemalangan dikesan, Keselamatan Peribadi pada jam tangan anda akan memulakan proses lapor diri dan hitung detik skrin penuh selama 60 saat akan bermula. Jam tangan anda akan bergetar dan penggera akan berbunyi. Penggera ini juga akan berbunyi walaupun semasa mod Jangan Ganggu dan Waktu tidur. Anda boleh membatalkan hitung detik dengan mengetik “Saya OK”. Anda juga boleh mula menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera dengan mengetik “Hubungi 911” (atau mana-mana nombor telefon lalai bagi perkhidmatan kecemasan bergantung pada negara), yang akan dihalakan secara lalai kepada kawasan perkhidmatan kecemasan kerajaan yang rasmi di negara atau wilayah tertentu secara automatik.

Penting:

  • Jam tangan anda akan cuba menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi pihak anda. Semasa panggilan, ciri ini akan memainkan mesej audio yang memberikan maklumat lokasi anda sekiranya jam tangan anda mengesan kemungkinan kemalangan dan tiada tindak balas daripada anda, agar maklumat yang tepat dapat diberikan kepada perkhidmatan kecemasan.
  • Bergantung pada situasi, jika anda mahu bercakap dengan perkhidmatan kecemasan secara peribadi, mesej automatik tersebut boleh dihentikan dengan mengetik “Hubungi 911” (atau mana-mana nombor telefon lalai yang lain bagi perkhidmatan kecemasan di negara atau wilayah anda berada).

Nota:

  • Jam tangan anda mungkin tidak dapat mengesan semua kemalangan.
  • Aktiviti berimpak tinggi juga boleh mencetuskan Pengesanan Kemalangan Kereta.
  • Dalam sesetengah keadaan, Pixel Watch anda mungkin tidak dapat menghubungi perkhidmatan kecemasan. Contohnya, telefon anda mungkin disambungkan kepada rangkaian mudah alih yang lemah.
  • Pengesanan Kemalangan Kereta tidak berfungsi dalam mod pesawat atau apabila Penjimat Bateri dihidupkan.

Sediakan Pengesanan Kemalangan Kereta

Pada Google Pixel Watch

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi.
  3. Ketik Pengesanan Kemalangan Kereta.

Melalui apl Keselamatan Peribadi pada telefon yang digandingkan

  1. Pada telefon anda, ketik untuk membuka apl Keselamatan Peribadi Apl keselamatan.
  2. Ketik Ciri.
  3. Ketik Pengesanan Kemalangan Kereta.

Melalui apl Google Pixel Watch

  1. Pada telefon anda, ketik untuk membuka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan & kecemasan.
  3. Ketik Pengesanan Kemalangan Kereta.
Penting: Tetapan Pengesanan Kemalangan Kereta terikat dengan Google Account yang anda gunakan untuk log masuk ke apl Keselamatan Peribadi. Setelah anda log masuk, tetapan anda akan disegerakkan merentas semua peranti disokong selagi anda log masuk pada peranti itu melalui Google Account anda dan tindakan menghidupkan atau mematikan Pengesanan Kemalangan Kereta pada mana-mana platform akan menyegerakkan tetapan pada semua peranti disokong selagi anda log masuk ke peranti itu menggunakan Google Account yang sama.

Saling kendalian

Pengesanan Kemalangan Kereta berfungsi dengan Pixel Watch dan Telefon Pixel jika digandingkan melalui Bluetooth. Apabila digandingkan secara aktif, kedua-dua peranti tersebut akan memulakan proses lapor diri dan anda boleh memberikan tindak balas kepada mana-mana satu peranti.

Nota: Apabila jam tangan anda tidak disambungkan dengan telefon yang digandingkan melalui Bluetooth dan berada berdekatan, maka Pengesanan Kemalangan Kereta akan dijalankan pada setiap peranti secara berasingan, dengan andaian bahawa kedua-dua peranti dihidupkan.

Wilayah dan bahasa yang disokong

Pengesanan Kemalangan Kereta tersedia dalam bahasa yang berikut:

  • Denmark
  • Belanda
  • Inggeris
  • Perancis
  • Perancis (Kanada)
  • Itali
  • Jepun
  • Cina Mandarin
  • Norway
  • Sepanyol
  • Sweden

Untuk negara atau rantau yang berikut:

  • Australia
  • Austria
  • Belgium
  • Kanada
  • Denmark
  • Perancis
  • India
  • Ireland
  • Itali
  • Jepun
  • Norway
  • Belanda
  • Portugal
  • Singapura
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Taiwan
  • UK
  • AS

SOS Kecemasan

Isyarat SOS Kecemasan dapat membantu semasa kecemasan. Aktifkan SOS Kecemasan dengan menekan pantas tombol sebanyak 5 kali berturut-turut. Tindakan ini akan sama ada menghubungi perkhidmatan kecemasan atau orang hubungan kecemasan pilihan anda.

Nota: Google Pixel Watch Wi-Fi mungkin tidak dapat menghubungi semua nombor kecemasan di semua negara. Google Pixel Watch LTE mungkin tidak dapat menghubungi nombor kecemasan di semua negara tanpa sambungan LTE yang aktif atau Isyarat Keselamatan.

Anda boleh bercakap dengan pasukan bantuan kecemasan seperti biasa. Jika Perkhidmatan Lokasi Kecemasan dihidupkan pada telefon anda dan pasukan bantuan kecemasan di wilayah anda menggunakan ELS, mereka juga mungkin menerima lokasi anda. Untuk Google Pixel Watch LTE, Perkhidmatan Lokasi Kecemasan dihidupkan secara lalai. Untuk memastikan ELS anda dihidupkan pada jam tangan anda, tekan tombol dan ketik Keselamatan Peribadi kemudian Perkhidmatan Lokasi Kecemasan kemudian Hidupkan Gunakan perkhidmatan lokasi kecemasan.

Nota: Tindakan ini tidak menyediakan SOS Kecemasan pada telefon Pixel anda.

Tetapkan SOS Kecemasan

Pada Google Pixel Watch

  1. Pada Google Pixel Watch, leret ke bawah.
  2. Ketik Tetapan kemudian Keselamatan & Kecemasan kemudian SOS Kecemasan.
  3. Hidupkan ciri seperti gerak isyarat kecemasan, penggera dan pemilihan orang hubungan utama.

Pada apl Google Pixel Watch

  1. Buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch pada telefon anda.
  2. Ketik Pilihan jam tangan kemudian Keselamatan dan Kecemasan kemudian SOS Kecemasan.
  3. Hidupkan Gerak isyarat kecemasan.

Matikan SOS Kecemasan

Pada Google Pixel Watch

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Tatal ke bawah dan ketik Keselamatan Peribadi kemudian SOS Kecemasan.
  3. Matikan Gerak isyarat kecemasan.

Pada apl Google Pixel Watch

  1. Buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch pada telefon anda.
  2. Ketik ​Pilihan jam tangan kemudian Keselamatan dan Kecemasan kemudian SOS Kecemasan​.
  3. Matikan Gerak isyarat kecemasan.

Tambahkan orang hubungan kecemasan

Tambahkan berbilang orang hubungan kecemasan dan pilih satu orang hubungan kecemasan utama.

  1. Pada Google Pixel Watch, leret ke bawah.
  2. Ketik Tetapan kemudian Keselamatan Peribadi kemudian SOS Kecemasan.
  3. Ketik Tambah kenalan. Pilih untuk membenarkan atau menolak akses kepada kenalan yang disimpan dalam telefon anda.
  4. Ketik nama kenalan, kemudian nombor telefon mereka.
  5. Untuk memilih orang hubungan kecemasan utama, ketik Perkhidmatan Kecemasan atau kenalan dalam senarai orang hubungan kecemasan yang ditambahkan. Kad nama mereka akan diserlahkan.

Anda juga boleh menambahkan orang hubungan kecemasan dalam apl Keselamatan peribadi pada telefon Pixel anda.

Alih keluar orang hubungan kecemasan

  1. Pada Google Pixel Watch, leret ke bawah.
  2. Ketik Tetapan kemudian Keselamatan Peribadi kemudian SOS Kecemasan kemudian Edit kenalan.
  3. Bersebelahan kenalan yang mahu dialih keluar, ketik Padam .

Panggilan tidak disengajakan

Jika anda tersilap membuat panggilan kepada perkhidmatan kecemasan, jangan matikan panggilan. Beritahu operator kecemasan bahawa panggilan itu tidak disengajakan dan anda tidak memerlukan bantuan.

Pengesan jatuh

Hanya di negara yang menyokong Pixel. Tidak tersedia di Jerman.

Apabila jatuh teruk dikesan, Google Pixel Watch anda akan menunggu selamat 30 saat, kemudian akan bergetar, berdering dengan kuat dan bertanya sama ada anda mahu menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan atau tidak.2 Jika anda tidak bergerak, tidak memberikan tindak balas atau tidak menolak makluman tersebut, jam tangan anda akan bergetar, membunyikan penggera dan menunggu selama 60 saat sebelum membuat panggilan kepada perkhidmatan kecemasan dengan mesej suara automatik yang memaklumi mereka bahawa Pixel Watch anda telah mengesan jatuh. Jika anda telah memberikan kebenaran untuk berkongsi lokasi anda, Google Pixel Watch anda akan berkongsi lokasi anda dengan perkhidmatan kecemasan.

Nota: Jika anda menghidupkan ciri Pengesan jatuh dan membuat perjalanan ke wilayah yang tidak disokong, Pengesan jatuh tidak akan tersedia untuk sementara waktu.

Sediakan Pengesan jatuh

Pada Google Pixel Watch

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Pengesan jatuh.
  3. Hidupkan Pengesan jatuh.

Pada apl Google Pixel Watch

  1. Buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch pada telefon anda.
  2. Ketik Pilihan jam tangan kemudian Keselamatan dan Kecemasan kemudian Pengesan jatuh.
  3. Hidupkan Pengesan jatuh.

Cara Pengesan Jatuh membantu perkhidmatan kecemasan mencari lokasi anda

Apabila jatuh teruk dikesan dan anda tidak memberikan tindak balas kepada makluman selepas 60 saat, Pixel Watch boleh berkongsi lokasi anda dalam mesej suara automatik yang dimainkan kepada perkhidmatan kecemasan semasa panggilan.

Nota: Bagi pengguna yang mendayakan Pengesan Jatuh dan tidak memberikan kebenaran lokasi "semasa digunakan" kepada Keselamatan Peribadi, anda perlu mengemaskinikan Pengesan Jatuh agar ciri itu boleh berkongsi lokasi anda dengan perkhidmatan kecemasan dalam mesej suara automatik.

Untuk mengemaskinikan Pengesan Jatuh:

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Pengesan jatuh kemudian Kemas kinikan sekarang.

Contoh mesej suara automatik

Gunakan apl Google Pixel Watch untuk membaca contoh mesej audio automatik yang berkongsi lokasi peranti anda.

  1. Buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch pada telefon anda.
  2. Ketik Keselamatan dan Kecemasan kemudian Pengesan jatuh kemudian Mesej yang dimainkan kepada operator kecemasan.
Nota: Anda boleh bercakap semasa mesej suara automasi dimainkan ketika kejadian jika anda mahu.

Bantu kami meningkatkan Pengesan jatuh

Bantu kami meningkatkan Pengesan jatuh dengan berkongsi data penderia gerakan dengan Google. Data ini digunakan untuk membantu Google meningkatkan Pengesan jatuh pada masa hadapan bagi semua orang dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain. Data ini tidak akan dikaitkan dengan Google Account anda atau dapat dikenal pasti secara peribadi. Anda boleh mendayakan pengesan jatuh tanpa mengira sama ada anda memilih untuk membantu Google meningkatkan pengesan jatuh atau tidak.

Pada Google Pixel Watch

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Pengesan jatuh.
  3. Hidupkan Bantu untuk Meningkatkan Pengesan Jatuh.

Pada apl Google Pixel Watch

  1. Buka apl Google Pixel Watch Google Pixel Watch pada telefon anda.
  2. Ketik Pilihan jam tangan kemudian Keselamatan dan kecemasan kemudian Keselamatan peribadi.
  3. Hidupkan Bantu untuk Meningkatkan Pengesan Jatuh.

Perkongsian Kecemasan

Perkongsian Kecemasan menghantar lokasi masa nyata dan maklumat terkini anda kepada orang hubungan kecemasan anda.

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Perkongsian kecemasan.
  3. Pilih kenalan yang dikehendaki untuk berkongsi lokasi anda dan ketik Kongsi lokasi masa nyata.
  4. Untuk menghentikan Perkongsian kecemasan, ketik Hentikan Perkongsian Kecemasan kemudian Hentikan Perkongsian Kecemasan .

Tetapan Perkongsian Kecemasan

Sediakan maklumat yang akan dikongsi dengan Orang Hubungan Kecemasan anda.

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Maklumat anda kemudian Akses Maklumat Kecemasan.
  3. Tatal ke bahagian bawah skrin dan ketik Tetapan.
  4. Pilih maklumat yang mahu anda kongsi dengan Orang Hubungan Kecemasan anda semasa Perkongsian Kecemasan.
  5. Hidupkan atau matikan Perkongsian lokasi berbilang peranti.8

Pemeriksaan Keselamatan

Membolehkan jam tangan anda menetapkan pemasa lapor diri untuk memastikan anda selamat. Jika anda tidak mengesahkan bahawa anda selamat dalam tempoh masa yang ditetapkan, Pemeriksaan Keselamatan akan berkongsi lokasi anda dengan orang hubungan kecemasan anda secara automatik.

  1. Tekan tombol pada Google Pixel Watch.
  2. Ketik Keselamatan Peribadi kemudian Pemeriksaan Keselamatan.
  3. Pilih aktiviti anda.
  4. Tetapkan tempoh pemasa.
  5. Pilih kenalan yang dikehendaki untuk perkongsian lokasi dan ketik Mulakan pemasa.

 

Nota: Anda boleh memutuskan untuk memaklumi kenalan anda apabila anda memulakan atau membatalkan Pemeriksaan Keselamatan atau anda boleh menetapkan agar Pemeriksaan Keselamatan memaklumi kenalan jika anda tidak memberikan tindak balas pada penghujung pemasa. Hal ini akan menyebabkan keadaan dimajukan kepada Perkongsian Kecemasan secara automatik.
  1. Untuk menghentikan Pemeriksaan Keselamatan, ketik Tamatkan Pemeriksaan Keselamatan atau Hentikan Pemeriksaan Keselamatan kemudian Hentikan Pemeriksaan Keselamatan .

Maklumat perubatan

  1. Buka apl Keselamatan Peribadi pada telefon anda.
  2. Ketik Maklumat anda kemudian Maklumat perubatan.
  3. Isi maklumat perubatan anda. Untuk membantu anda semasa kecemasan, orang lain boleh melihat maklumat ini walaupun jam tangan dikunci.
Nota: Pengguna Samsung tidak dapat menggunakan ciri ini kerana mereka ada apl keselamatan yang berasingan.

Berkongsi Maklumat Kecemasan dengan perkhidmatan kecemasan

Menggunakan apl Keselamatan Peribadi untuk menghantar maklumat kepada perkhidmatan kecemasan.

Pada telefon anda:

  1. Buka apl Keselamatan Peribadi anda.
  2. Ketik Maklumat anda kemudian Akses Maklumat Kecemasankemudian Kongsi maklumat semasa panggilan kecemasan.

Pada jam tangan anda:

  1. Buka apl Keselamatan Peribadi anda.
  2. Tatal kepada bahagian Maklumat Kecemasan.
  3. Ketik Akses Maklumat Kecemasan kemudian Kongsi maklumat semasa panggilan kecemasan.

1 Google Pixel Watch operates using radio signals, which cannot guarantee connection in all conditions. Never rely solely on any wireless device for emergency communications.

2 Fall Detection works by using motion sensors on your Pixel Watch. Keep in mind, high-impact activities may trigger fall detection. Fall detection can’t detect all falls.

3 Emergency SOS: Emergency SOS requires location enabled and 4G LTE service or an internet connection. Emergency SOS is dependent upon network connectivity and other factors and may not be reliable for emergency communications or available in all countries or languages. Go to g.co/pixelwatch/personalsafety for more details.

4 Fall Detection: Fall Detection is not available in all countries and depends on network connectivity and other factors. Your watch may not be reliable for emergency communications. Fall Detection may not detect all falls. To call emergency services on a Google Pixel Watch without 4G LTE, your paired phone must be nearby. Users must grant location permission for Fall Detection to share location externally. Data rates may apply. Go to g.co/pixelwatch/personalsafety for more details.

5 Isyarat Keselamatan: Tidak tersedia pada Pixel Watch 2 atau 3 (Wi-Fi) atau di semua negara. Isyarat Keselamatan memerlukan lokasi didayakan dan sekiranya berlaku kecemasan, menyediakan akses kepada rangkaian 4G LTE untuk penggunaan ciri keselamatan sahaja kepada pelanggan Fitbit Premium yang tidak mempunyai talian jam tangan 4G LTE. Apabila jam tangan anda tidak disambungkan kepada telefon anda, Isyarat Keselamatan tidak menyokong panggilan Wi-Fi.

6 Emergency Sharing: Data rates may apply. Emergency Sharing requires location enabled and 4G LTE service or an internet connection. Emergency Sharing is dependent upon network connectivity and other factors and may not be reliable for emergency communications or available in all countries or languages. Go to g.co/pixelwatch/personalsafety for more details.

7 Safety Check: Data rates may apply. Safety Check requires location enabled and 4G LTE service or an internet connection. Safety Check is dependent upon network connectivity and other factors and may not be reliable for emergency communications or available in all countries or languages. Go to g.co/pixelwatch/personalsafety for more details.

8 When multi-device location sharing is turned on for your device, we will use that device’s location as a backup in the case you start an Emergency Share on another device, but that device can no longer share its location.

Emergency SOS requires location enabled and 4G LTE service or an internet connection. Fall detection and Emergency SOS are dependent upon network connectivity and other factors and may not be reliable for emergency communications and available in all areas or languages. Fall detection may not detect all falls. Auto-dialling to emergency services is not available in all countries. Go to g.co/pixelwatch/personalsafety for more details.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16881026369081925274
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false