Gunakan Google Drive untuk desktop

Untuk mengurus dan berkongsi kandungan merentas semua peranti anda dan awan dengan mudah, gunakan klien penyegerakan desktop Google: Drive untuk desktop.

Gunakan Drive untuk desktop untuk mencari fail dan folder Drive anda pada komputer anda menggunakan Windows File Explorer atau macOS Finder.

Jika anda mengedit, memadamkan atau mengalihkan fail pada Awan, perubahan yang sama akan berlaku pada komputer dan peranti anda serta sebaliknya. Dengan cara itu, fail anda sentiasa terkini dan boleh diakses daripada mana-mana peranti.

Anda boleh menggunakan Drive untuk desktop untuk:

  • Membuka fail yang disimpan pada Awan secara terus pada komputer anda.
  • Melihat dan mengatur fail anda dalam sistem fail komputer anda tanpa menggunakan ruang storan.
  • Menyegerakkan folder daripada komputer anda kepada Google Drive.
    • Semasa penyegerakan, fail anda dimuat turun daripada awan dan dimuat naik daripada pemacu keras komputer anda. 
    • Selepas penyegerakan, fail komputer anda akan sepadan dengan fail dalam awan. 
    • Fail anda sentiasa terkini dan boleh diakses, sebarang perubahan yang anda buat digunakan merentas peranti.
  • Simpan fail dan folder untuk kegunaan luar talian. Fail tersebut termasuk fail daripada drive kongsi.
  • Bekerjasama pada fail Microsoft Office dalam masa nyata.
  • Jika anda menggunakan Outlook pada Windows dengan akaun kerja atau sekolah, hantar dan simpan fail menggunakan Microsoft Outlook.

Pasang & sediakan Drive untuk desktop

Muat turun Drive untuk desktop

Penting: Sebelum bermula, pastikan sistem pengendalian anda serasi dengan Drive untuk desktop.

  1. Muat turun Drive untuk desktop:

    MUAT TURUN UNTUK WINDOWS MUAT TURUN UNTUK MAC

  2. Pada komputer anda, buka:
    • Windows: GoogleDriveSetup.exe
    • Mac: GoogleDrive.dmg
  3. Ikut arahan pada skrin.

Petua: Jika anda menggunakan akaun kerja atau sekolah, anda mungkin tidak dapat menggunakan Drive untuk desktop atau organisasi anda mungkin perlu memasang Drive untuk desktop untuk anda. Jika anda mahu mengemukakan pertanyaan, tanyalah pentadbir anda.

Buka Drive untuk desktop
Apabila anda menggunakan Drive untuk desktop, anda boleh menemukan menu Drive untuk desktop Drive File Stream:
  • Windows: Pada bahagian bawah sebelah kanan, dalam dulang sistem.
    • Petua: Anda mungkin perlu mengklik anak panah untuk Menunjukkan ikon tersembunyi.
  • Mac: Pada bahagian atas sebelah kanan, dalam bar menu.

Untuk memudahkan anda mencari Drive untuk desktop apabila Drive ditutup, anda boleh menyematkan Drive:

  • Windows:
    • Untuk menambahkan Drive pada menu Mula: Dalam menu Mula anda, klik kanan Drive kemudian Sematkan pada Mula.
    • Untuk menambahkan Drive pada bar tugas: Dalam menu Mula anda, klik kanan Drive kemudian Sematkan pada Bar Tugas.
  • Mac:
    • Untuk menambahkan Drive pada Dok anda: Dalam folder “Aplikasi”, seret apl Drive ke sebelah kiri garisan yang memisahkan apl yang digunakan baru-baru ini.

Bermula dengan Google Drive untuk desktop

Log masuk ke Drive untuk desktop
Apabila anda membuka Drive untuk desktop untuk kali pertama atau selepas akaun anda diputuskan sambungan, untuk log masuk:
  1. Pada komputer anda, buka Drive untuk desktop Drive File Stream.
  2. Klik Log masuk dengan penyemak imbas.
  3. Log masuk ke Google Account yang mahu digunakan dengan Drive untuk desktop.

Petua: Anda boleh menggunakan maksimum 4 akaun pada satu-satu masa menggunakan Drive untuk desktop. Ketahui cara menggunakan berbilang akaun pada satu-satu masa.  

Gunakan fail Google Drive anda dalam Drive untuk desktop

Apabila anda memasang Drive untuk desktop, fail anda dipaparkan dalam lokasi “Google Drive'' dalam Windows File Explorer atau macOS Finder. Buka Drive untuk desktop Drive File Stream pada komputer anda.

  1. Klik nama anda kemudian Google Drive .
    • Berdasarkan penggunaan Drive oleh anda atau organisasi anda sebelum ini, anda juga boleh membuka:
      • Drive Saya
      • Drive kongsi
      • Komputer Lain
  2. Dalam folder, klik dua kali fail anda.
    • Fail yang dibuat oleh Google Docs, Sheets, Slide atau Forms dibuka dalam penyemak imbas anda.
    • Fail lain dibuka pada aplikasi biasa fail pada komputer anda.

Petua: Jika tiada kandungan dalam Drive anda:

  • Folder “Drive Saya” kosong.
  • Paparan “Drive kongsi” atau “Komputer lain” tidak akan dipaparkan.

Segerakkan fail dengan Google Drive atau sandarkan pada Google Photos

Segerakkan folder dengan Google Drive atau Google Photos

Anda boleh menyegerakkan fail daripada komputer anda kepada Google Drive dan menyandarkan fail pada Google Photos.

  1. Buka Drive untuk desktop Drive File Stream pada komputer anda.
  2. Klik Tetapan Tetapan kemudian Pilihan.
  3. Pada sebelah kiri, klik Folder daripada komputer anda.
  4. Daripada menu ini, anda boleh:
    • Menambahkan folder untuk disegerakkan dengan Drive.
    • Menambahkan folder untuk disandarkan pada Photos.
    • Edit pilihan folder yang telah dikonfigurasi.

Jika anda menyegerakkan folder dengan Google Drive:

  • Semua item dalam folder akan disegerakkan. Perubahan disegerakkan antara komputer dengan Google Drive.
  • Anda boleh menggunakan fail anda daripada mana-mana peranti dalam talian atau pada apl mudah alih Google Drive. Folder yang disegerakkan dipaparkan di bawah “Komputer”.
  • Jika anda menambahkan, mengedit, mengalihkan atau memadamkan item daripada folder ini, perubahan tersebut turut dipaparkan pada komputer anda.

Jika anda membuat sandaran pada Google Photos:

  • Hanya foto dan video akan dimuat naik.
  • Foto dan video yang dipadamkan pada komputer anda kekal pada Google Photos dan begitu juga sebaliknya.
  • Perubahan dimuat naik sebagai imej baharu. Imej lama kekal pada Google Photos.
  • Anda boleh melihat foto dan video anda daripada mana-mana peranti dalam talian atau pada apl mudah alih Google Photos.

Petua: Jika anda hanya menyimpan foto dan video, kami mengesyorkan agar anda membuat sandaran pada Google Photos. Jika anda menyimpan fail anda pada kedua-dua platform, foto dan video akan dimuat naik dua kali dan akan menggunakan lebih banyak storan Google anda.

Sandarkan Pustaka Foto Sistem macOS anda

Penting: Pustaka Foto Sistem merupakan satu-satunya pustaka Apple Photos yang boleh disegerakkan dengan Google Photos. Sebaliknya, semua Pustaka Apple Photos boleh disegerakkan dengan Drive.

Jika anda menyegerakkan Pustaka Apple Photos dengan Drive, semua fail akan disegerakkan, termasuk lakaran kecil dan metadata lain. Membuat perubahan terhadap fail ini daripada komputer lain atau dalam awan adalah tidak disyorkan kerana tindakan ini boleh merosakkan pustaka anda.

Pustaka Foto Sistem merupakan satu-satunya pustaka yang boleh digunakan dengan iCloud Photos, Album Kongsi dan Strim Foto Saya. Jika terdapat satu pustaka foto sahaja, maka pustaka foto itu ialah Pustaka Foto Sistem. Jika tidak, pustaka foto pertama yang anda buat atau buka dalam Photos akan menjadi Pustaka Foto Sistem anda.

Ruang pemacu keras digunakan untuk sementara waktu untuk memuat turun foto dan video daripada iCloud anda dan memuat naik foto dan video kepada Google Photos. Ketahui lebih lanjut tentang penyandaran foto & video.

Ketahui tentang ciri dalam Drive untuk desktop

Sesuaikan tetapan Drive untuk desktop anda
Tingkatkan pengalaman Drive untuk desktop anda dengan Tetapan Lanjutan. Anda boleh:
  • Sesuaikan pilihan penyegerakan.
  • Dayakan atau lumpuhkan kehadiran masa nyata dengan Microsoft Office.
  • Sesuaikan tetapan Google Photos.
  • Sesuaikan tetapan umum, seperti pelancaran automatik, kekunci panas dan tetapan proksi.
Ketahui cara menyesuaikan tetapan Drive untuk desktop anda.
Buka fail & folder luar talian

Anda boleh menyimpan fail dan folder untuk kegunaan luar talian dengan Drive untuk desktop. Ketahui cara menggunakan fail luar talian dengan Drive untuk desktop.

Cari fail Drive anda

Untuk mencari fail anda dalam Drive, buat carian dalam Drive untuk desktop. Apabila anda membuat carian dalam Drive untuk desktop dan bukan dalam Windows Search atau macOS Spotlight, tindakan ini memastikan carian anda merangkumi semua fail daripada lokasi penstriman Drive .

  1. Buka Drive untuk desktop Drive File Stream pada komputer anda.
  2. Klik Cari Search.
  3. Masukkan istilah carian anda.
  4. Buka fail anda. Jika fail anda berada pada komputer anda, fail akan dibuka menggunakan aplikasi yang berkaitan. Jika tidak, fail akan dibuka dalam web Drive.

Petua: Anda juga boleh menggunakan gabungan kekunci panas untuk membuka tetingkap carian.

Gunakan fail MS Outlook & Office

Anda boleh menggunakan fail Office dengan kehadiran masa nyata apabila anda menggunakan Drive untuk desktop. Untuk pengguna Windows yang menggunakan akaun kerja atau sekolah, anda juga boleh menghantar dan menyimpan fail dengan Microsoft Outlook. Ketahui cara menggunakan fail Microsoft Office dengan Drive untuk desktop.

Gunakan Drive untuk desktop dengan macOS
Menyegerakkan Drive Saya

Penyegerakan dan penstriman ialah dua cara menyegerakkan fail anda.

  • Folder daripada komputer anda boleh disegerakkan sahaja.
  • Drive kongsi dan komputer lain boleh distrim sahaja.
  • Drive Saya boleh disegerakkan atau pun distrim.
  • Apabila Drive untuk desktop dipasang, folder “Drive Saya” distrim. Anda boleh mengemaskinikan pilihan anda dan memilih untuk menyegerakkan atau menstrim Drive Saya selepas pemasangan.

Ketahui tentang pilihan penstriman dan penyegerakan dengan Drive untuk desktop.

Selesaikan masalah ralat
Dalam Drive untuk desktop, di bawah “Aktiviti”, sepanduk “Beberapa ralat telah berlaku” dipaparkan. Untuk memaparkan senarai ralat, anda boleh sama ada:
  • Mengklik pautan dalam sepanduk tersebut.
  • Mengklik Tetapan kemudian Senarai ralat.

Ketahui lebih lanjut tentang cara membetulkan ralat.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1498631964367740594
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
5044059
false
false