Pemberitahuan

To get the most out of Google Home, choose your Help Center: U.S. Help Center, U.K. Help Center, Canada Help Center, Australia Help Center.

YouTube Kids dengan Peranti Pembesar Suara atau Paparan Google Nest atau Home

Anda boleh menggunakan peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home untuk menonton video daripada YouTube Kids. 

YouTube Kids pada peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home hanya tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada pada masa ini.

Untuk menonton video daripada YouTube Kids, anda memerlukan:

  • Peranti Paparan Google Nest seperti Google Nest Hub atau Google Nest Hub Max

ATAU

  • Peranti pembesar suara Google Nest atau Home yang dipautkan kepada TV dengan Chromecast. Tiada pilihan audio sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang cara menyediakan peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home.

Nota: Ciri YouTube Kids yang berikut tidak disokong pada peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home jika Akaun Google anak anda tidak diurus dengan Family Link:

  • Hidupkan atau matikan Carian 
  • Kosongkan dan jeda sejarah Carian dan Tontonan
  • Video dan saluran yang disekat sebelumnya
  • Tetapan tahap kandungan lebih tua 

Selain itu, pelaporan video tidak disokong pada peranti Google Nest atau Home. Walaupun sistem kami cuba mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, tiada sistem automatik yang sempurna dan kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, sila laporkan video tersebut untuk semakan pantas dengan membuka apl YouTube Kids pada peranti mudah alih anda dan membuat carian untuk video tersebut. Maklumat lanjut tentang cara melaporkan kandungan tidak sesuai.  

 

Untuk Pengguna Biasa Google (akaun tidak diurus dengan Family Link):

Untuk memautkan YouTube Kids kepada peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home anda:
  1. Buka apl Google Home .
  2. Pastikan peranti mudah alih anda disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan peranti Google anda.
  3. Pada penjuru kanan sebelah atas skrin utama, ketik ikon Akaun .
  4. Pastikan Akaun Google yang disenaraikan ialah akaun yang dipautkan kepada peranti anda
  5. Untuk menukar akaun, ketik anak panah ke bawah  di sebelah kanan nama akaun.
  6. Tutup dialog untuk kembali kepada skrin utama. 
  7. Pilih Media.
  8. Pada Urus sistem anda, pilih Video.
  9. Pilih PAUTKAN pada “YouTube Kids”. 
  10. Jika anda mahu meneruskan proses, pilih MULAKAN.
    • Anda akan diminta untuk log masuk dengan akaun Google anda untuk mengesahkan identiti anda dan seterusnya memautkan YouTube Kids. Anda perlu menggunakan akaun Google yang sama seperti yang anda gunakan dengan peranti Google anda. 
  11. Pilih SELESAI pada skrin akhir untuk menyelesaikan persediaan.

Setelah persediaan selesai, sesiapa sahaja dalam isi rumah anda boleh menonton video pada YouTube Kids melalui peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home anda. Pastikan anda menyatakan YouTube Kids dalam permintaan anda, sebagai contoh “OK, Google. Mainkan video sains pada YouTube Kids.” Anda juga boleh menyediakan penapis dalam Google Home dan menetapkan YouTube Kids sebagai perkhidmatan video tunggal yang tersedia untuk anak anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyediakan penapis dalam Google Home.

Nota: Pelaporan video tidak disokong pada peranti Google Nest atau Home. Sistem kami cuba mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi memandangkan kami tidak dapat menyemak semua kandungan secara manual dan tiada sistem automatik yang sempurna, kami mungkin terlepas pandang sesetengah video. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, laporkan video tersebut untuk semakan pantas dengan membuka apl YouTube Kids pada telefon atau tablet anda dan membuat carian untuk video tersebut. Maklumat lanjut tentang cara melaporkan kandungan tidak sesuai.
 

Untuk menyahpautkan YouTube Kids daripada peranti Google Nest atau Home anda:

  1. Buka apl Google Home .
  2. Pastikan peranti mudah alih anda disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home anda.
  3. Pada penjuru kanan sebelah atas skrin utama, ketik ikon Akaun .
  4. Pastikan Akaun Google yang disenaraikan ialah akaun yang dipautkan kepada peranti anda
  5. Untuk menukar akaun, ketik anak panah ke bawah  di sebelah kanan nama akaun.
  6. Tutup dialog untuk kembali kepada skrin utama. 
  7. Pilih Media.
  8. Pada Urus sistem anda, pilih Video.
  9. Pilih NYAHPAUT pada “YouTube Kids”. 

Ketahui lebih lanjut tentang cara menyahpautkan apl daripada peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home anda

Untuk Akaun Google yang diurus dengan Family Link:

Apabila anak anda yang berada dalam pengawasan Family Link meminta peranti pembesar suara atau paparan Google Nest atau Home anda untuk memainkan video daripada YouTube Kids, tetapan ibu bapa yang berikut akan digunakan:
  • Hidupkan/matikan carian
  • Tetapan tahap kandungan
  • Video/saluran yang disekat
  • Jeda sejarah tontonan

Untuk menggunakan YouTube Kids melalui pembesar suara atau peranti paparan Google Nest atau Home, anda perlu menyediakan YouTube untuk anak anda melalui families.youtube.com. Anda juga perlu menyediakan akaun yang diawasi untuk anak anda sebagai pengguna Voice Match pada Google Home. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyediakan Voice Match untuk anak anda.

Setelah langkah ini selesai, anak anda boleh meminta peranti Google Nest atau Home untuk memainkan video daripada YouTube Kids.
Pengguna lain dengan akaun yang tidak diurus dengan Family Link perlu mengikut arahan di atas, iaitu Untuk Pengguna Biasa Google (akaun tidak diurus dengan Family Link).

Jika anda tidak mahu anak anda menonton video pada YouTube Kids, anda boleh mematikan Carian dalam tetapan YouTube Kids dalam Family Link atau menggunakan penapis dalam Google Home untuk menyekat semua perkhidmatan video untuk akaun yang diawasi bagi anak anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus YouTube Kids dalam Family Link

Nota: Pelaporan video tidak disokong pada peranti Google Nest atau Home. Sistem kami cuba mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi memandangkan kami tidak dapat menyemak semua kandungan secara manual dan tiada sistem automatik yang sempurna, kami mungkin terlepas pandang sesetengah video. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, sila laporkan video tersebut untuk semakan pantas dengan membuka apl YouTube Kids pada telefon atau tablet anda dan membuat carian untuk video tersebut. Maklumat lanjut tentang cara melaporkan kandungan tidak sesuai.
 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5392056298064612463
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
1633396
false
false