Amalan terbaik dan petua pembidaan untuk kempen hotel

Kempen hotel dalam Google Ads menawarkan beberapa alat pembidaan yang memberikan pilihan pengebilan yang fleksibel dan membolehkan anda memperoleh pasaran sasaran secara automatik tanpa perlu melaraskan bidaan.

Artikel ini menerangkan tentang amalan terbaik dan petua pembidaan untuk membantu anda menavigasi strategi pembidaan pintar bagi pelaburan kempen hotel pada masa permintaan pengguna berubah dengan pantas.

Amalan terbaik untuk mengurus kempen hotel dengan berkesan dan menggunakan usaha yang minimum

  • Tentukan matlamat dan sasaran prestasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara menetapkan matlamat dan sasaran untuk hotel tertentu menggunakan kempen serta kumpulan iklan
  • Pertimbangkan sumber yang tersedia kepada anda dan ketahanan anda terhadap risiko. Jika anda dapat mengurus penyesuaian, pertimbangkan program komisen (setiap penginapan), yang mengurangkan risiko bilangan pembatalan yang tinggi. Jika penyesuaian tidak dapat dilakukan pada masa ini, maka strategi bidaan komisen (setiap penukaran) tidak memerlukan penyesuaian.
  • Setelah strategi pembidaan yang betul ditentukan, ketahui cara menetapkan kadar komisen atau bidaan yang betul untuk mengambil kira keadaan yang berubah-ubah, seperti peningkatan atau penurunan dalam volum atau kadar penukaran. 
  • Kenal pasti cara gelagat pengembara berubah-ubah dan laraskan bidaan anda dengan sewajarnya. Contohnya, mungkin terdapat anjakan kepada jenis peranti tertentu atau tetingkap penempahan awal, atau peningkatan di pasaran tertentu sambil wilayah pulih daripada COVID-19 pada garis masa yang berlainan.

Berikut ialah beberapa petua yang boleh membantu anda mengemudi kerumitan yang berkaitan dengan strategi pembidaan:

1. Kenal pasti strategi bida yang betul untuk kempen hotel anda

Apabila aliran klik dan penukaran berubah-ubah dengan kerap, Pembidaan Pintar boleh membantu anda memperoleh pasaran sasaran anda menggunakan isyarat masa lelongan seperti lokasi pengguna.

Jika anda tidak mempunyai sumber yang diperlukan untuk mengemas kini bidaan dengan kerap dan bertindak balas kepada perubahan dengan pantas, maka pertimbangkan untuk menggunakan salah satu strategi Pembidaan Pintar ini:

Nota: Semua strategi Pembidaan Pintar memerlukan penjejakan penukaran kempen hotel.

Petua: Jika anda menggunakan ECPC atau komisen (setiap penukaran), anda juga boleh menggunakan ciri Import Penukaran Google Ads untuk memuat naik penukaran luar talian. Perkara ini berguna jika tempahan anda berlaku di laman web rakan kongsi atau jika proses pasca tempahan diperlukan sebelum tempahan disahkan. Walau bagaimanapun, penjejakan penukaran dalam talian biasanya memberikan prestasi yang lebih baik untuk Pembidaan Pintar kerana tidak mempunyai kelewatan.

2. Tetapkan bida anda untuk mengambil kira aliran semasa

Kadar komisen atau bidaan CPC maksimum yang anda tetapkan dalam Tetapan Bidaan kempen anda ialah cara terbaik untuk mengawal prestasi dan belanjawan anda. Berikut ialah beberapa petua:

  • Ambil kira kadar pembatalan yang tinggi. Komisen (setiap penginapan) mengambil kira kadar pembatalan secara automatik, tetapi jika anda tidak menggunakan komisen (setiap penginapan), anda mungkin perlu menetapkan bidaan anda agar mengambil kira kadar pembatalan yang luar biasa tinggi.

Contoh

Jika kempen anda menggunakan komisen (setiap penukaran) untuk memperoleh tempahan bernilai tertinggi secara automatik untuk anda pada kadar komisen sebanyak 17%, tetapi anda melihat 40% daripada semua tempahan dibatalkan, anda boleh mengubah kadar komisen anda kepada 10%-11% untuk meningkatkan ROAS anda bebas daripada pembatalan.
  • Jangkakan perubahan akan datang. Strategi Pembidaan Pintar akan mengoptimumkan penukaran untuk anda berdasarkan kadar penukaran yang terdahulu. Jika anda menjangkakan perubahan mengejut pada sistem yang tidak menggambarkan aliran sepanjang bulan lalu, laraskan bidaan dan sasaran anda dengan sewajarnya.

Contoh

Negara A telah mengumumkan pembatalan larangan perjalanan domestik, berkuat kuasa bulan depan. Anda tahu bahawa permintaan perjalanan akan menjadi ketara lebih tinggi dalam masa beberapa minggu akan datang berbanding sepanjang bulan lalu. Untuk memperoleh peluang ini, anda patut mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar komisen anda (jika anda menggunakan Pembidaan Pintar) atau CPC bagi kempen dengan trafik di Negara A.

3. Ikuti perkembangan aliran yang berubah-ubah

Alat tambahan ini dapat membantu anda mengenal pasti cara gelagat pengembara berubah-ubah:

  • Pelaporan dalam Google Ads: Google Ads memberikan banyak dimensi khusus jadual perjalanan yang boleh anda gunakan untuk membuat hirisan prestasi bagi kempen hotel anda, seperti Tempahan Lanjutan dan Jenis Kadar. Aliran ini boleh membantu untuk meningkatkan persediaan atau pembidaan kempen anda.
  • Think with Google: Think with Google menerbitkan cerapan makro dan aliran dengan kerap yang mungkin membantu anda memahami cara menjangkau pengembara secara berkesan. Contohnya, anda boleh menyemak Google Trends untuk melihat minat pertanyaan dalam “hotel dibuka” di kawasan geografi yang berlainan.
  • Simulator bidaan: Jika anda menggunakan komisen atau CPC, anda boleh menggunakan simulator bida bagi kempen hotel untuk menganggarkan cara perubahan pada bidaan anda akan memberi kesan pada metrik seperti tera, klik dan penukaran.
Nota: Simulator bidaan menggunakan data sejarah dari 7 hari lalu dan tidak meramalkan prestasi masa depan.

4. Laraskan sasaran anda mengikut segmen yang boleh dibida

Kempen hotel menawarkan dimensi pelarasan bidaan yang kaya supaya anda boleh mengoptimumkan matlamat yang penting bagi anda, sama ada anda menggunakan Pembidaan Pintar atau tidak. Pelarasan bidaan untuk Kempen hotel disokong untuk strategi bidaan berikut: komisen (setiap penukaran), ECPC dan CPC.

Contoh

Anda boleh menggunakan pelarasan bidaan berikut bergantung pada kes penggunaan anda:

  • Anda menggunakan komisen (setiap penukaran), yang mengoptimumkan pulangan untuk perbelanjaan iklan prapembatalan secara automatik dan anda ingin menganjakkan trafik daripada tempahan yang kemungkinan besar akan dibatalkan. Anda mendapati bahawa tempahan untuk "malam ini" paling kurang kemungkinan dibatalkan. Anda perlu mempertimbangkan untuk menetapkan pelarasan bidaan yang positif menggunakan tetingkap tempahan lanjutan untuk memperoleh permintaan ini atau menggunakan pelarasan bidaan negatif pada tetingkap tempahan yang lebih lama.
  • Anda menggunakan pembidaan CPC dan mendapati bahawa trafik telah dianjakkan dengan ketara kepada mudah alih semasa pengguna berada di rumah. Anda patut mempertimbangkan untuk menetapkan pelarasan bidaan jenis peranti untuk mengambil kira corak ini.
    • Anjakan trafik ini akan diambil kira secara automatik apabila menggunakan Pembidaan Pintar.

Anda boleh menilai prestasi pelarasan bidaan anda dengan menghiris metrik prestasi mengikut dimensi pelarasan bidaan yang digunakan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11150834879853362621
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false