Status kata kunci: Definisi

Status bagi setiap kata kunci yang menghuraikan sama ada kata kunci tersebut boleh mencetuskan iklan untuk disiarkan pada masa ini.

Bagi setiap kata kunci, anda akan melihat maklumat tentang keadaan semasa kata kunci tersebut yang disenaraikan dalam lajur "Status" di halaman Kata kunci. Jika beberapa status digunakan pada kata kunci, kami akan menunjukkan kepada anda status yang paling berkaitan dahulu.

Berikut ialah status kata kunci yang mungkin anda lihat:

Status kata kunci

Kata kunci berada pada peringkat tertentu dalam proses semakan apabila Google menyemak kata kunci untuk memastikan kata kunci tersebut memenuhi dasar pengiklanan kami.

Sebelum semakan, kata kunci anda akan mempunyai status ini:

  • Dalam semakan: Kata kunci tidak akan dapat mencetuskan iklan sehingga telah disemak, yang boleh mengambil masa sehingga satu hari perniagaan.

Selepas semakan, kata kunci anda akan mempunyai salah satu daripada status ini:

  • Layak: Kata kunci telah disemak dan layak untuk menyiarkan iklan.
  • Layak (terhad): Prestasi kata kunci dipengaruhi oleh beberapa faktor lain
    • Volum carian rendah: Kata kunci digantung buat sementara waktu kerana dikaitkan dengan trafik carian yang sangat rendah di Google. Keadaan ini menunjukkan bahawa kata kunci ini tidak berkaitan dengan kebanyakan carian pelanggan.
    • Jarang dipaparkan disebabkan oleh skor kualiti yang rendah: Skor Kualiti kata kunci adalah sangat rendah dan menghalang iklan daripada disiarkan dengan kerap.
    • Di bawah anggaran bida halaman pertama: Kata kunci adalah aktif dan dapat mencetuskan iklan anda untuk disiarkan. Walau bagaimanapun, bida kos setiap klik (CPC) kata kunci tersebut adalah lebih rendah daripada amaun yang berkemungkinan dapat menempatkan iklan anda di halaman pertama hasil carian Google.
    • Padanan halaman yang sedikit: Kata kunci digantung buat sementara waktu kerana dipadankan dengan halaman yang terlalu sedikit. Keadaan ini menunjukkan bahawa frasa tersebut bukan frasa yang biasa ditemui dalam kandungan Rangkaian Paparan.
  • Tidak Layak: Kata kunci tidak mencetuskan iklan kerana kata kunci tersebut terkandung dalam kempen atau kumpulan iklan yang tidak layak
    • Kempen dijeda atau Kumpulan iklan dijeda: Kata kunci berada dalam kumpulan iklan atau kempen yang tidak disiarkan kerana anda telah menjeda kempen atau kumpulan iklan tersebut sebelum ini.
    • Kempen dialih keluar atau Kumpulan iklan dialih keluar: Kata kunci berada dalam kumpulan iklan atau kempen yang tidak disiarkan kerana anda telah mengalih keluar kempen atau kumpulan iklan tersebut sebelum ini.
    • Kempen belum selesai: Kata kunci berada dalam kempen yang masih belum disiarkan kerana tarikh mula kempen tersebut ditetapkan pada masa hadapan.
    • Kempen ditamatkan: Kata kunci berada dalam kempen yang telah dihentikan siaran kerana telah melepasi tarikh tamat.
    • Kempen digantung: Kata kunci berada dalam kempen yang dijeda buat sementara waktu kerana baki akaun prabayar anda telah habis digunakan.
  • Tidak diluluskan: Kata kunci tidak dapat mencetuskan iklan kerana telah melanggar dasar Google Ads.
  • Dialih keluar: Kata kunci tidak mencetuskan iklan kerana anda telah mengalih keluar kata kunci tersebut sebelum ini.
  • Dijeda: Kata kunci tidak mencetuskan iklan kerana anda telah menjeda kata kunci tersebut sebelum ini.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13193658201812064613
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false