Peletakan automatik: Definisi

Istilah yang digunakan dalam pelaporan Google Ads untuk menggambarkan halaman web, video dan apl pada Rangkaian Paparan yang boleh memaparkan iklan anda secara automatik berdasarkan penyasaran yang telah anda pilih. Walaupun anda boleh menyasarkan peletakan secara individu seperti halaman web, video dan apl dalam iklan anda, peletakan automatik merupakan hasil daripada memaparkan iklan anda berdasarkan kaedah penyasaran anda yang lain, seperti kata kunci atau topik.

Nota: Walaupun iklan Kempen pintar disiarkan pada Rangkaian Paparan, butiran tempat iklan ini dipaparkan tidak akan ditunjukkan dalam laporan "Peletakan automatik (kumpulan)" yang ditentukan terlebih dahulu.

Berikut ialah cara peletakan automatik berfungsi:

  • Jika anda menggunakan jenis kempen yang hanya dijalankan pada Rangkaian Paparan dan kaedah penyasaran selain peletakan disasarkan dalam kempen tersebut, maka iklan anda berpeluang untuk dipaparkan di laman web Rangkaian Paparan secara automatik. Pemaparan ini akan ditunjukkan sebagai peletakan automatik pada jadual statistik di halaman “Peletakan" anda dalam Google Ads.
  • Jika anda tidak mahu iklan anda disiarkan dalam peletakan automatik, anda boleh menggunakan penyasaran peletakan secara eksklusif. Tambahkan peletakan pada kumpulan iklan anda supaya iklan anda layak dipaparkan hanya di laman web yang anda pilih.

Contoh

Antara faktor lain, jika anda menggunakan kata kunci untuk penyasaran dalam kumpulan iklan anda, kami akan cuba padankan iklan anda dengan peletakan yang berkaitan berdasarkan senarai kata kunci anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kumpulan iklan dengan kata kunci yang berkaitan dengan kasut lelaki, iklan anda dalam kumpulan iklan tersebut boleh dipaparkan pada halaman web tentang kasut. Laman web tersebut akan dipaparkan sebagai peletakan automatik dalam jadual statistik di halaman “Peletakan" anda dalam Google Ads.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8356737347011979193
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false