Setelah membuat iklan video anda dalam Google Ads, anda boleh mempratonton rupa iklan kepada penonton di YouTube. Anda juga boleh menghantar pratonton iklan tersebut kepada pengguna sebelum menerbitkan iklan.
Arahan
Untuk menjana pratonton iklan video anda:
- Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen , kemudian klik Ikhtisar.
- Klik tab "Paparan" dan pilih kempen Video.
Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.
- Klik Iklan.
- Dalam lajur “Iklan”, tuding pada iklan yang mahu anda pratonton dan klik ikon pensel .
- Pilih Pratonton.
- Pilih Pratonton iklan pada YouTube. Anda kemudian boleh menonton pratonton iklan tersebut pada komputer meja.
Jika anda mahu mempratonton iklan pada peranti mudah alih, pilih Salin pautan, kemudian kongsi pautan menggunakan sebarang kaedah yang anda inginkan. Contohnya, anda boleh menyalin pautan dalam Google Ads, menge-mel pautan kepada diri sendiri, kemudian membuka pautan pada peranti mudah alih anda.