Perihal tema kata kunci dalam Kempen pintar

Google Ads Smart campaigns | Selecting keyword themes

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Tema kata kunci ialah perkataan atau frasa yang membantu anda memadankan iklan anda dengan carian Google. Pemilihan tema kata kunci yang tepat membantu anda menjangkau pengguna semasa mereka mencari produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Artikel ini menerangkan cara tema kata kunci berfungsi dan memberikan petua untuk memilih tema kata kunci yang tepat bagi kempen Pintar anda.

Cara ciri ini berfungsi

Satu tema kata kunci mewakili berbilang perkataan dan frasa yang serupa. Contohnya, tema kata kunci “kedai roti” membuatkan iklan anda layak dipaparkan apabila pengguna mencari “kedai roti berdekatan saya”, “kedai roti tempatan” dan “kedai kek”.

Selepas iklan anda aktif, anda boleh menyemak istilah carian kempen anda dan matikan mana-mana istilah yang tidak berkaitan dengan perniagaan anda. Anda mengawal masa iklan anda dipaparkan.

Nota: Jika anda biasa dengan kata kunci dalam jenis kempen Google Ads yang lain, tema kata kunci serupa dengan kata kunci. Walau bagaimanapun, dalam Kempen pintar, satu tema kata kunci boleh mewakili berbilang kata kunci. Jimatkan masa dengan tidak memasukkan senarai kata kunci yang menyeluruh dan masih dapatkan iklan berprestasi tinggi yang dipaparkan untuk carian Google yang bersesuaian.

Tambahkan tema kata kunci bernilai tinggi pada Kempen pintar anda

Berikut ialah beberapa amalan terbaik untuk menambahkan tema kata kunci pada kempen anda:

Sasarkan untuk maksimum 7-10 tema kata kunci

Disebabkan kami memaparkan iklan anda untuk berbilang perkataan dan frasa yang serupa, berikan kami beberapa tema kata kunci dan kami akan lakukan yang selebihnya. Penambahan terlalu banyak tema kata kunci mungkin bermakna iklan anda dipaparkan untuk carian yang kurang berkaitan.

Apabila menyediakan tema kata kunci, pastikan:

  • Tema tersebut tidak mengandungi tanda baca.
  • Tema tersebut tidak mengandungi URL.
  • Tema tersebut tidak mengandungi nombor telefon.
  • Tema tersebut tidak melebihi 20 aksara (10 aksara untuk bahasa Jepun dan Cina)

Berfikir seperti pelanggan anda

Apakah perkara yang mungkin dicari oleh pelanggan apabila mencari produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan? Jika terdapat perkataan atau frasa tertentu yang digunakan oleh pelanggan anda, pertimbangkan untuk menyertakan perkataan atau frasa tersebut sebagai tema kata kunci.

Ingat strategi pengiklanan anda

Adakah anda mengiklankan keseluruhan perniagaan anda, atau produk atau perkhidmatan tertentu? Katakan anda menghidangkan minuman panas di kedai roti anda, tetapi lebih suka mengiklankan kek dan hidangan dibakar khas lain yang anda tawarkan. Pastikan anda mengehadkan tema kata kunci anda kepada perkara khusus yang anda iklankan — dalam kes ini, kek dan item berkaitan, dan bukannya minuman.
Sebaik-baiknya, anda juga boleh menyatakan perkataan tersebut dalam teks iklan anda dan memastikan iklan anda dipautkan kepada halaman yang paling berkaitan di laman web anda.

Buat kempen berasingan untuk kumpulan tema kata kunci yang berlainan

Jika perniagaan anda menjual jenis produk atau perkhidmatan yang berlainan, anda boleh menjalankan berbilang kempen pada bila-bila masa, setiap kempen menyasarkan set tema kata kunci tersendiri. Malah, anda juga boleh memperuntukkan lebih banyak belanjawan pengiklanan anda kepada salah satu kempen anda jika anda ingin menyerlahkan aspek perniagaan tersebut.

Untuk mengubah tema kata kunci anda:

  1. Buka apl Google Ads untuk Android.
  2. Ketik menu  di bahagian atas, kemudian pilih Kempen.
  3. Cari kempen yang ingin anda lihat data, kemudian ketik Lihat kempen di bahagian bawah kad kempen.
  4. Tatal ke bawah dan ketik Edit dalam kad “Tema kata kunci & laporan istilah carian”.
  5. Edit tema kata kunci anda.
  6. Ketik Simpan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17850356024842218539
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false