Dua ciri baharu yang tersedia dalam alat Pratonton dan Diagnosis Iklan

26 Oktober 2018

Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan membolehkan anda melihat iklan yang dipaparkan untuk kata kunci anda. Anda boleh memasukkan istilah carian dan mendapatkan pratonton tentang cara halaman hasil carian Google kelihatan kepada pengguna. Penggunaan alat ini adalah lebih baik daripada melakukan carian sebenar di Google.com, kerana alat tersebut tidak akan mempengaruhi metrik iklan anda. Jika iklan anda tidak dipaparkan, alat ini juga mendiagnosis sebab iklan tersebut tidak dipaparkan.

Kini, dua ciri baharu membolehkan anda mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang pengguna yang melihat iklan anda dan melakukan tindakan segera untuk membolehkan iklan anda dipaparkan.

Lihat iklan yang dipaparkan untuk khalayak tertentu

Sehingga kini, anda boleh menggunakan alat Pratonton dan Diagnosis Iklan untuk mempratonton iklan mengikut istilah carian dan menapis mengikut lokasi, bahasa serta peranti. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menapis mengikut khalayak.

Kini, Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan menyokong Khalayak carian. Anda boleh mengklik pada widget Khalayak untuk memilih senarai khalayak yang anda inginkan Jika anda menggunakan tetapan "Penyasaran" (sebelum ini dipanggil "Sasarkan dan bida") dalam kempen, anda akan dapat melihat iklan yang dipaparkan untuk khalayak yang anda tentukan. Jika anda menggunakan tetapan "Pemerhatian" (sebelum ini dipanggil "Bida sahaja"), anda dapat melihat cara iklan anda mungkin kelihatan lebih tinggi atau lebih rendah di halaman, berdasarkan bida anda untuk khalayak yang anda tentukan.

Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan untuk khalayak tertentu

Lakukan tindakan segera untuk membolehkan iklan anda dipaparkan

Jika iklan anda tidak dipaparkan, alat Pratonton dan Diagnosis Iklan turut menunjukkan sebab iklan tersebut tidak dipaparkan. Sebelum ini, selepas anda mendiagnosis isu tersebut, anda perlu menavigasi akaun anda untuk membuat perubahan yang diperlukan bagi membolehkan iklan anda dipaparkan.

Kini, anda akan dapat membetulkan isu tersebut secara terus dalam alat itu sendiri, bermula dengan pelarasan belanjawan kempen. Sekiranya sebab iklan anda tidak dipaparkan adalah berkaitan dengan belanjawan, anda boleh mengklik "Edit belanjawan" dan membuat perubahan belanjawan terus daripada alat tersebut.

Betulkan isu secara terus dalam Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan

Pelarasan belanjawan Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan

Kedua-dua kemas kini pada alat Pratonton dan Diagnosis Iklan hendaklah memberi anda lebih cerapan tentang pengguna yang melihat iklan anda dan menjimatkan masa anda menggunakan aliran kerja yang berkaitan.

Disiarkan oleh Sylvanus Bent, Pengurus Produk, Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7164186018065982286
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false