Perihal penjujukan iklan video

Dengan penjujukan iklan video, anda boleh menceritakan kisah produk atau jenama anda dengan menunjukkan satu siri video kepada pengguna mengikut jujukan yang anda tentukan. Anda boleh menggunakan kempen jujukan iklan video untuk membina minat, memperkukuhkan mesej atau mewujudkan tema penyatuan. Artikel ini menerangkan tentang cara penjujukan iklan video berfungsi, jenis strategi pembidaan dan format iklan yang boleh anda gunakan serta cara anda boleh melihat hasil kempen anda. Ketahui cara membuat kempen jujukan dan cara menyelesaikan masalah kempen jujukan.


Sebelum anda bermula

Sentiasa ingat bahawa kempen jujukan iklan video berbeza daripada Kempen video lain melalui cara berikut:

  • Anda tidak boleh menyasarkan menggunakan kata kunci, topik atau peletakan, tetapi anda boleh mengecualikan kata kunci, topik atau peletakan pada peringkat kempen.
  • Jika orang lain menonton video yang dipromosikan dalam kempen jujukan iklan video dalam kempen lain, mereka akan menonton iklan satu demi satu mengikut jujukan tersebut tanpa disajikan video yang sama.
  • Secara lalai, had kekerapan untuk jujukan iklan video ialah satu jujukan bagi setiap orang dalam tempoh masa 7 hari. Anda boleh menukar had kekerapan untuk memaparkan satu jujukan bagi setiap orang dalam tempoh 30 hari. Anda boleh mengedit had kekerapan selepas anda menyimpan kempen anda tetapi tindakan ini tidak disyorkan.
  • Anggaran trafik untuk kempen jujukan iklan video tidak tersedia.

Cara ciri ini berfungsi

Jujukan iklan video terdiri daripada satu siri iklan video yang mahu anda paparkan kepada pengguna. Setiap kempen jujukan terdiri daripada beberapa siri "langkah". Dalam setiap langkah pada jujukan tersebut terdapat kumpulan iklan dan iklan video. Kebanyakan tetapan jujukan dipilih pada peringkat kempen—seperti strategi pembidaan dan penyasaran—tetapi anda perlu memilih peraturan jujukan, format iklan dan bida anda dalam setiap langkah jujukan anda. Penonton akan melihat kempen jujukan anda sebaik sahaja kempen tersebut dijalankan dan iklan akan dipaparkan mengikut tertib yang telah anda tentukan.

Bergantung pada tetapan yang anda pilih semasa menambah langkah jujukan, tontonan iklan langkah demi langkah oleh penonton mengikut jujukan anda adalah berdasarkan tera, paparan atau langkauan. Contohnya, untuk membolehkan seseorang beralih kepada langkah kedua dalam jujukan anda, tera hendaklah dikira bagi video tersebut dalam langkah pertama (jika anda memilih tera sebagai syarat untuk beralih kepada langkah seterusnya).


Templat untuk kempen jujukan iklan video

Templat jujukan memberi anda panduan tentang cara membuat jujukan iklan video. Selepas anda memilih templat dalam Google Ads, kami akan membantu anda membina jujukan (serta panduan tentang format iklan dan panjang iklan untuk disertakan dalam jujukan tersebut).

Nota: Panduan templat jujukan membimbing anda semasa membuat kempen penjujukan dan hanya tersedia semasa persediaan kempen. Templat tidak dipaparkan dalam pelaporan Google Ads anda atau apabila anda mengedit kempen.

Terdapat 4 templat yang boleh anda gunakan:

  • Perkenalkan & perkukuhkan: Perkenalkan jenama anda melalui iklan video yang panjang, kemudian perkukuhkan mesej anda melalui iklan video pendek.
  • Gesa & Berikan inspirasi: Gesa penonton melalui iklan video pendek, kemudian beri mereka inspirasi melalui iklan video panjang.
  • Tarik perhatian & dorong: Tarik perhatian penonton melalui iklan video pendek, beri mereka inspirasi melalui iklan video panjang, kemudian dorong mereka untuk bertindak melalui iklan video pendek yang lain.
  • Tarik perhatian & bezakan: Bahagikan naratif jenama anda kepada beberapa bahagian atau beritahu kisah yang sama daripada sudut berlainan melalui 4 iklan video pendek.

Templat menunjukkan cerapan daripada Penyelidikan Ipsos tentang penggunaan struktur naratif untuk memberitahu cerita yang lebih menarik dan membuat iklan yang lebih berkesan.

Strategi pembidaan dan format iklan yang tersedia

Strategi pembidaan

  • CPM Sasaran (disyorkan)
    • Melalui CPM Sasaran, Google Ads mengoptimumkan bida untuk memaparkan keseluruhan kempen jujukan anda kepada khalayak anda, yang boleh membantu anda memperoleh kadar pelengkapan jujukan yang lebih tinggi.
  • CPV Maksimum
    • Dengan menggunakan CPV Maksimum, anda menetapkan amaun tertinggi yang sanggup anda bayar setiap kali iklan video anda ditonton.

Format iklan

  • Iklan dalam strim boleh langkau
  • Iklan dalam strim tidak boleh langkau
  • Iklan bamper
  • Gabungan format di atas

Strategi pembidaan yang anda pilih akan menentukan format iklan yang boleh anda gunakan. Lihat jadual di bawah untuk melihat format yang tersedia bagi setiap jenis pembidaan.

Strategi pembidaan Format yang tersedia
CPM Sasaran (tCPM)

Iklan dalam strim boleh langkau

Iklan dalam strim tidak boleh langkau

Iklan bamper

Gabungan format di atas

CPV Maksimum (CPV Maks) Iklan dalam strim boleh langkau

Kempen jujukan hanya boleh dijalankan melalui YouTube. Untuk membolehkan anda menemukan khalayak yang tepat, kempen jujukan membolehkan anda memilih penyasaran Khalayak dan Demografi. Walau bagaimanapun, kempen jujukan tidak membenarkan penyasaran menggunakan kata kunci, peletakan atau topik. Selain itu, penyasaran dan pengecualian Khalayak serta Demografi, hanya boleh ditetapkan pada peringkat kempen.

Sentiasa ingat bahawa anggaran trafik tidak tersedia dalam kempen jujukan iklan video.


Pelaporan untuk jujukan iklan video

Anda dapat melihat metrik yang berlainan untuk kempen jujukan anda, seperti tera, paparan dan klik pada peringkat kempen serta kumpulan iklan (langkah jujukan), sebagaimana kempen Video yang lain. Metrik ini dapat dilihat untuk setiap langkah apabila anda melihat pelaporan peringkat kumpulan iklan anda.

Anda juga boleh menggunakan lajur "Laluan jujukan" untuk menyemak setiap langkah dalam jujukan anda, interaksi yang diperlukan untuk maju ke langkah seterusnya dan iklan langkah tersebut. Jenis interaksi termasuk teraan, tontonan dan langkauan.


Cara pengguna menonton iklan satu demi satu mengikut jujukan anda

Lazimnya, bakal pelanggan anda akan menonton satu demi satu iklan dalam kempen jujukan anda, dengan menonton iklan video pertama dalam jujukan anda, kemudian iklan video untuk langkah seterusnya berdasarkan tera atau interaksi yang terdahulu dengan langkah pertama dan diteruskan sehingga jujukan selesai.

Dalam sesetengah kes, pengguna akan menonton satu demi satu iklan dalam kempen jujukan anda dengan melihat video seterusnya dalam langkah jujukan apabila video tersebut muncul dalam kempen yang berlainan. Dengan mengikut jujukan iklan video, tanpa mengira kempen yang menyiarkan iklan tersebut, lebih ramai pengguna akan melengkapkan jujukan tersebut pada kos yang lebih rendah bagi anda. Sentiasa ingat bahawa penyasaran iklan video hendaklah sama dalam kedua-dua kempen untuk berfungsi sebagai sebahagian daripada kempen jujukan.

Sentiasa ingat bahawa anda boleh menetapkan had kekerapan untuk jujukan iklan video bagi mengehadkan kekerapan pengguna melihat jujukan anda. Secara lalai, had kekerapan ditetapkan kepada satu jujukan setiap pengguna dalam tempoh 7 hari, tetapi anda boleh mengubah had kekerapan kepada satu jujukan setiap pengguna dalam tempoh 30 hari.


Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Capai matlamat pemasaran anda dengan Google Ads

Google Ads boleh membantu anda memanfaatkan sepenuhnya usaha pemasaran dalam talian anda dengan menggunakan alatan untuk membantu anda berjaya. Ketahui lebih lanjut daripada kisah kejayaan untuk melihat pencapaian pengguna lain dengan bantuan kempen yang betul bagi matlamat mereka.

Bermula

atau Hubungi 1-855-500-2754 untuk bermula

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9185935099229973707
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false