Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai direka bentuk untuk membantu perniagaan memberi bakal pelanggan mereka maklumat yang mereka perlukan untuk memutuskan masa dan cara melawat kedai mereka. Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai memperkemas proses ini bagi anda, untuk memudahkan anda mempromosikan kedai anda merentas produk terbesar Google, termasuk Google Search Network, Maps, YouTube, Gmail dan Google Display Network. Tambahkan beberapa baris teks, aset kreatif, belanjawan dan selebihnya akan dioptimumkan untuk membantu pelanggan menemukan anda.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Cara ciri ini berfungsi
Apabila anda membuat Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai, anda perlu menentukan lokasi kedai yang mahu dipromosikan. Anda boleh menetapkan lokasi dengan memautkan Business Profile anda atau memilih lokasi ahli gabungan.
Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai menumpukan pada keringkasan dan mengembangkan matlamat perniagaan luar talian anda. Anda hanya perlu memberi kami lokasi kedai, belanjawan kempen dan aset iklan. Google AI akan mengoptimumkan bidaan, peletakan iklan dan gabungan aset menggunakan input ini. Kempen menyasarkan untuk memaksimumkan nilai dalam kedai dan penukaran anda (menggunakan lawatan kedai, jualan kedai, klik panggilan atau klik arah) dan mempromosikan lokasi anda merentas produk dan rangkaian Google.
Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai turut menggunakan penyasaran radius bagi Business Profile dan lokasi aset setempat ahli gabungan (ALA). Radius boleh berbeza-beza bergantung pada lokasi disasarkan dan pilihan jarak perjalanan pengguna ke lokasi tersebut. Faktor lain yang menentukan radius yang disasarkan termasuk: penempatan, kepadatan populasi dan kewujudan pesaing.
Tempat iklan anda boleh dipaparkan
Iklan anda akan layak dipaparkan merentas produk Google. Produk yang dimaksudkan termasuk Google Search Network, Google Display Network, Google Maps, Gmail dan YouTube. Berikut adalah beberapa tempat iklan anda boleh dipaparkan:
Google Maps
Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai boleh membantu anda berinteraksi dengan pelanggan semasa mereka merancang lawatan ke destinasi berlainan. Dalam contoh di atas, imej ketiga menggambarkan cara iklan navigasi memaparkan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda untuk perkara yang mungkin mereka perlukan, inginkan atau berminat.
Apabila pelanggan mencari perniagaan atau menerokai kawasan setempat pada Google Maps, Google akan memadankan tindakan ini dengan lokasi perniagaan anda. Sesiapa sahaja yang menggunakan peranti mudah alih dan berada berdekatan atau menunjukkan minat terhadap lokasi anda mungkin melihat iklan anda.
Google boleh memaparkan iklan dalam hasil carian Maps apabila pengguna mencari perniagaan, seperti “tukar minyak hitam” atau “farmasi”, pada peranti mudah alih mereka. Iklan Cadangan Auto membantu anda mempamerkan tawaran anda sebelum pertanyaan selesai sepenuhnya dengan memaparkan lokasi iklan cadangan dalam carian autolengkap. Contohnya, jika pengguna menaip "filem" dan memasukkan 3 aksara pertama "f-i-l”, iklan untuk lokasi pawagam berdekatan pengguna daripada pengiklan mungkin ditampilkan dalam cadangan.
Google Search Network
|
Google memadankan iklan anda dengan istilah carian yang berkaitan dengan perniagaan anda dan lokasi perniagaan tersebut pada dua format khusus kedai pada Google.com.
YouTube
Google Ads boleh memaparkan iklan anda pada YouTube iaitu tempat yang iklan tersebut berkemungkinan besar menarik bakal pelanggan dalam kedai.
Google Display Network
Iklan anda layak dipaparkan pada tempat yang paling berkaitan pada Google Display Network. Google Ads akan mengoptimumkan tempat paparan iklan anda untuk memberikan paling banyak perhatian kepada kedai dan produk anda.
Business Profile
Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai akan membantu anda menggunakan halaman Business Profile untuk menyerlahkan tawaran dan produk istimewa dalam kedai kepada pelanggan serta atribut lokasi untuk menggalakkan pengguna mengunjungi kedai.
Gmail
Iklan kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai anda boleh menjangkau pengguna pada Gmail merentas platform mudah alih.
Bermula dengan mempelajari cara Membuat kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat kedai.