Sediakan ukuran Tingkatan Jenama

Tingkatan Jenama tidak tersedia untuk semua akaun Google Ads. Untuk menggunakan Tingkatan Jenama, hubungi wakil akaun Google anda. Jika anda tiada wakil akaun Google, anda tidak akan dapat menggunakan Tingkatan Jenama dalam akaun anda.

Ukuran Tingkatan Jenama menentukan cara iklan anda memberi kesan pada persepsi pengguna tentang produk atau jenama anda. Anda boleh menggunakan ukuran ini untuk melaraskan dan meningkatkan kempen anda untuk mencapai objektif pemasaran yang anda inginkan.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara menyediakan ukuran Tingkatan Jenama, menentukan produk atau jenama anda dalam tinjauan Tingkatan Jenama dan menyemak data ukuran Tingkatan Jenama anda.

Sebelum anda bermula

Sebelum anda dapat menyediakan ukuran Tingkatan Jenama, buat kempen dalam strim boleh langkau, dalam strim tidak boleh langkau atau bamper. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan untuk ukuran Tingkatan Jenama

Belanjawan Tingkatan Jenama

Untuk mengesan tingkatan yang didorong oleh kempen video yang layak, anda perlu memenuhi keperluan belanjawan minimum pada peringkat "Produk" atau "Jenama". Jumlah belanjawan semua kempen aktif yang mengukur produk atau jenama hendaklah memenuhi keperluan belanjawan minimum:

Keperluan belanjawan minimum sepanjang 10 hari 
Bilangan soalan yang diukur Negara A Negara B Negara C
1 soalan $5,000 USD $10,000 USD $15,000 USD
2 soalan $10,000 USD $20,000 USD $30,000 USD
3 soalan $20,000 USD $60,000 USD $60,000 USD

Nota: Keperluan belanjawan yang ditunjukkan di sini adalah dalam USD. Keperluan belanjawan akan dilaraskan dalam akaun anda berdasarkan kadar pertukaran dan jenis mata wang akaun anda.

Belanjawan diperlukan mengikut negara

Belanjawan minimum yang diperlukan untuk kajian tingkatan jenama akan berbeza bergantung pada negara. Setiap lajur "Negara" dalam jadual "Belanjawan Tingkatan Jenama" di atas menunjukkan belanjawan minimum yang diperlukan untuk mengukur keputusan bagi negara tersebut. Klik bahagian di bawah untuk melihat negara yang tergolong dalam "Negara A", "Negara B" dan "Negara C" dalam jadual "Belanjawan Tingkatan Jenama".

Sesetengah negara pada senarai mungkin tidak layak untuk pengewangan YouTube. Walaupun kempen video mungkin dapat disiarkan di negara yang tidak menyokong pengewangan YouTube, tiada jaminan bahawa kempen tersebut akan disiarkan. Jika kempen anda tidak disiarkan (atau tidak memenuhi keperluan belanjawan minimum untuk kajian tingkatan jenama) dan anda telah menyertakan kempen dalam kajian tingkatan jenama, kajian tingkatan jenama anda mungkin gagal.

Negara A

  • Afghanistan
  • Albania
  • Algeria
  • Samoa Amerika
  • Andorra
  • Angola
  • Antigua dan Barbuda
  • Argentina
  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Bahamas
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Barbados
  • Belarus
  • Belize
  • Benin
  • Bermuda
  • Bhutan
  • Bolivia
  • Bosnia dan Herzegovina
  • Botswana
  • Brazil
  • Brunei
  • Bulgaria
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Kemboja
  • Cameroon
  • Cape Verde
  • Kepulauan Cayman
  • Republik Afrika Tengah
  • Chad
  • Chile
  • China
  • Colombia
  • Comoros
  • Kepulauan Cook
  • Costa Rica
  • Côte d'Ivoire
  • Cyprus
  • Republik Czech
  • Republik Demokratik Congo
  • Dominica
  • Republik Dominika
  • Ecuador
  • Mesir
  • El Salvador
  • Guinea Khatulistiwa
  • Eritrea
  • Estonia
  • Habsyah
  • Kepulauan Falkland
  • Negeri-negeri Bersekutu Micronesia
  • Fiji
  • Gabon
  • Georgia
  • Ghana
  • Gibraltar
  • Greenland
  • Grenada
  • Guadeloupe
  • Guam
  • Guatemala
  • Guinea
  • Guinea-Bissau
  • Guernsey
  • Guyana
  • Haiti
  • Honduras
  • Hong Kong
  • Hungary
  • Iceland
  • India
  • Indonesia
  • Iraq
  • Isle of Man
  • Jamaica
  • Jersey
  • Jordan
  • Kazakhstan
  • Kenya
  • Kiribati
  • Kosovo
  • Kuwait
  • Kyrgyzstan
  • Laos
  • Latvia
  • Lubnan
  • Lesotho
  • Liberia
  • Libya
  • Liechtenstein
  • Lithuania
  • Luxembourg
  • Macau
  • Madagascar
  • Malawi
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mali
  • Malta
  • Kepulauan Marshall
  • Mauritania
  • Mauritius
  • Mexico
  • Micronesia
  • Moldova
  • Monaco
  • Mongolia
  • Montenegro
  • Maghribi
  • Mozambique
  • Myammar
  • Namibia
  • Nauru
  • Nepal
  • Belanda
  • New Caledonia
  • Nicaragua
  • Niger
  • Nigeria
  • Niue
  • Macedonia Utara
  • Kepulauan Mariana Utara
  • Oman
  • Pakistan
  • Palau
  • Palestin
  • Panama
  • Paraguay
  • Papua New Guinea
  • Peru
  • Filipina
  • Poland
  • Portugal
  • Puerto Rico
  • Romania
  • Rusia
  • Rwanda
  • Saint Kitts dan Nevis
  • San Marino
  • Sao Tome dan Principe
  • Arab Saudi
  • Samoa
  • Senegal
  • Serbia
  • Seychelles
  • Sierra Leone
  • Singapura
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Somalia
  • Kepulauan Solomon
  • Afrika Selatan
  • Sri Lanka
  • Swaziland
  • Tajikistan
  • Tanzania
  • Thailand
  • Timor-Leste
  • Togo
  • Tokelau
  • Tonga
  • Trinidad dan Tobago
  • Turki
  • Tunisia
  • Turkmenistan
  • Tuvalu
  • Ukraine
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Uganda
  • Uruguay
  • Uzbekistan
  • Vanuatu
  • Negara Vatican City
  • Vietnam
  • Wallis dan Futuna
  • Yaman
  • Zambia
  • Zimbabwe

Negara B

  • Austria
  • Belgium
  • Croatia
  • Djibouti
  • Finland
  • Perancis
  • Polinesia Perancis
  • Jerman
  • Greece
  • Ireland
  • Israel
  • Martinique
  • New Zealand
  • Norway
  • Sierra Leone
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Taiwan
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat
  • Kepulauan Virgin A.S.

Negara C

  • Australia
  • Kanada
  • Denmark
  • Itali
  • Jepun
  • Qatar
  • Korea Selatan
  • Switzerland

Kelayakan Tingkatan Jenama

  • Kelayakan dikira berdasarkan jumlah kempen belanjawan minimum sepanjang tempoh 10 hari.
  • Apabila anda menggunakan Ukuran Tingkatan Jenama, anda boleh menandai kotak "Kelayakan Pengukuran" di sebelah kanan halaman untuk melihat sama ada pilihan kempen semasa akan diukur berdasarkan belanjawan.
  • Harap maklum bahawa di halaman Produk atau Jenama, anda akan melihat lajur "Status" yang menunjukkan kelayakan semasa ukuran anda. Status ini hanya mewakili kelayakan semasa. Status tersebut mungkin lewat selama beberapa jam.

Soalan tinjauan Tingkatan Jenama

  • Selepas memilih produk atau jenama, anda akan menentukan soalan tinjauan yang dilihat oleh pengguna di YouTube. Untuk menyesuaikan soalan tersebut, anda boleh menggunakan menu lungsur "Jenis produk atau jenama" dan "Tindakan akhir yang diniatkan".

    Contoh

    Pengiklan kereta ingin mengukur bilangan pengguna yang berniat untuk membeli kereta selepas melihat iklan mereka. Apabila mereka membuat tinjauan Tingkatan Jenama dalam Google Ads, pengiklan memilih "Kereta - Produk" sebagai jenis produk atau jenama dan "Beli" sebagai tindakan diniatkan yang mereka mahu pengguna lakukan. Dengan menentukan jenis produk atau jenama dan tindakan yang diniatkan untuk tinjauan tersebut, soalan tinjauan yang dibuat adalah khusus kepada iklan tersebut: "Sekiranya anda membeli kenderaan di masa akan datang, yang manakah anda paling mungkin beli?"

  • Pastikan ejaan tersebut adalah betul untuk jawapan tinjauan anda. Salah ejaan mungkin menyebabkan tinjauan anda ditolak oleh Google.

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Buat dan tentukan produk atau jenama anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Klik menu lungsur Ukuran dalam menu bahagian.
  3. Klik Ukuran tingkatan.
  4. Klik butang Tambah .
  5. Masukkan nama produk atau jenama yang anda promosikan dalam kempen tersebut. Nota: Nama produk atau jenama yang anda gunakan hendaklah khusus (contohnya, "Google Pixel 4" berbanding "Pixel") dan sepadan dengan jawapan pilihan dalam tinjauan tersebut. Jika anda merancang untuk menjalankan berbilang tinjauan Tingkatan Jenama bagi produk atau jenama yang sama, pertimbangkan untuk menambahkan pengecam unik bagi setiap tinjauan untuk membezakan produk atau jenama tersebut (contohnya, "Produk - Tinjauan 1", "Produk - Tinjauan 2" dan seterusnya).
  6. Di sebelah "Bahasa tinjauan", klik menu lungsur dan pilih bahasa soalan tinjauan (contoh, Inggeris). Bahasa soalan tinjauan hendaklah sepadan dengan bahasa iklan video yang berkaitan dengan kempen anda. Jika anda mempunyai iklan video dalam berbilang bahasa, anda boleh membuat dan mengaitkan berbilang produk atau jenama—satu untuk setiap bahasa—dengan iklan video yang sepadan.
  7. Di bawah "Soalan tinjauan", klik menu lungsur untuk menentukan jenis soalan yang dipaparkan apabila pengguna melihat iklan anda.
    • Jenis produk atau jenama: Pilih jenis produk atau jenama yang khusus (contohnya, Automotif - Produk).
    • Tindakan akhir yang diniatkan: Pilih tindakan khusus yang anda mahu pengguna lakukan untuk produk atau jenama anda (contohnya, Beli).
  8. Pilih metrik yang ingin anda ukur dalam tinjauan tersebut. Anda boleh memilih sehingga 3 metrik.
    • Ingat kembali iklan
    • Kesedaran
    • Pertimbangan
    • Kecenderungan
    • Niat membeli
  9. Di bawah "Jawapan tinjauan", masukkan nama produk atau jenama anda dan sehingga 3 nama produk atau jenama pesaing. Nama produk atau jenama anda hendaklah menjadi jawapan pilihan dalam tinjauan tersebut.
  10. Pilih semua kempen video yang mempromosikan produk atau jenama tersebut. Nota: Ukuran Tingkatan Jenama menyokong perkaitan kempen dengan salah satu produk atau jenama sahaja. Anda boleh menambahkan sebanyak mungkin kempen pada satu produk atau jenama mengikut keperluan.
  11. Semak soalan tinjauan dalam tetingkap pratonton, kemudian klik Simpan.

Sambil anda memilih tetapan soalan tinjauan, anda akan melihat sama ada tinjauan keseluruhan tersebut layak untuk ukuran Tingkatan Jenama dan sama ada tinjauan tersebut memenuhi keperluan belanjawan minimum dalam kotak "Kelayakan ukuran" di sebelah kanan halaman. Jika tarikh mula kempen anda adalah pada masa depan atau kempen anda dijeda sekarang, belanjawan kempen yang berkaitan tidak dikira dalam keperluan belanjawan minimum anda sehingga tarikh masa depan dicapai atau sehingga anda meneruskan kempen anda (pada masa itu, status akan ditukar kembali kepada "Layak").

Tinjauan Tingkatan Jenama mengambil masa sehingga 48 jam untuk diluluskan. Jika jawapan mempunyai isu kualiti (contohnya, jawapan disalah eja) atau jawapan melanggar dasar pengiklanan Google, tinjauan Tingkatan Jenama anda mungkin ditolak. Jika diluluskan, tinjauan Tingkatan Jenama anda akan mula dijalankan secara automatik sebaik sahaja kempen anda mula dijalankan.

Lihat data ukuran Tingkatan Jenama anda

Data ukuran Tingkatan Jenama tersedia dalam kebanyakan jadual dalam Google Ads, termasuk "Kempen", "Kumpulan Iklan", "Demografi" dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat keputusan pada peringkat "Produk" atau "Jenama" dalam jadual "Ukuran Tingkatan".

Untuk melihat data ukuran Tingkatan Jenama anda:

  1. Klik ikon lajur Gambar ikon lajur Google Ads.
  2. Klik Ubah suai lajur.
  3. Pilih Tingkatan Jenama, kemudian klik Gunakan.

Bahagikan data ukuran anda mengikut jenis Tingkatan Jenama

Untuk membahagikan data ukuran anda mengikut metrik yang khusus (seperti "Ingat kembali iklan", "Kesedaran", "Pertimbangan", "Kecenderungan" dan "Niat Pembelian"), klik ikon segmen dan pilih jenis Tingkatan Jenama untuk melihat data ukuran bagi metrik yang anda pilih.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3101953396707445148
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false