Perihal Penjelasan

Penjelasan memberi anda cerapan tentang perubahan besar pada prestasi akaun Google Ads anda. Apabila anda menemukan turun naik yang ketara dalam prestasi untuk kempen atau kumpulan iklan yang serasi, penjelasan membantu anda mengetahui sebab perkara berubah dengan cepat.

Selain itu, kadangkala Google Ads memberikan pengesyoran yang kelihatan bersama-sama penjelasan. Walaupun penjelasan memberitahu anda sebab prestasi iklan anda turun naik, pengesyoran membantu anda meningkatkan prestasi iklan anda kelak.

Pada masa ini, penjelasan tersedia untuk:
  • Kempen carian menggunakan CPC manual, CPC dipertingkat, CPC dipertingkat untuk nilai, CPA sasaran, maksimumkan penukaran, pembidaan maksimumkan klik, maksimumkan nilai penukaran, bahagian teraan sasaran dan ROAS sasaran
  • Kempen apl menggunakan sasaran CPA
  • Kempen prestasi maksimum

Manfaat

  • Jimatkan masa: Ketahui sebab prestasi akaun anda berubah dengan hanya beberapa klik.
  • Semuanya pada satu tempat: Anda tidak perlu lagi merujuk silang laporan, senarai semak atau alatan lain. Hanya bandingkan 2 julat tarikh dan penjelasan untuk perubahan prestasi yang ketara akan disediakan, jika tersedia.
  • Diagnosis isu: Dapatkan pandangan yang lebih tepat dan komprehensif untuk membantu anda mendiagnosis kemungkinan sebab bagi perubahan dalam prestasi kempen atau kumpulan iklan anda.
  • Dapatkan syor: Dapatkan syor untuk meningkatkan prestasi iklan anda. Pengesyoran adalah berdasarkan prestasi kempen anda seperti yang digambarkan dalam penjelasan, termasuk metrik yang berkaitan, arah dan saiz turun naik prestasi anda serta sebab khusus.

Jenis penjelasan

Penjelasan dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang cara faktor yang berikut mungkin mempengaruhi prestasi kempen atau kumpulan iklan anda.

Penjelasan pembidaan

  • Perubahan bida: Cara perubahan pada bida anda mungkin mempengaruhi tempat dan kekerapan iklan anda dipaparkan.
  • Perubahan sasaran strategi bidaan: Cara perubahan pada sasaran peringkat kumpulan iklan, kempen atau portfolio mungkin telah mempengaruhi prestasi anda.
  • Pengoptimuman sasaran strategi bidaan: Cara pengoptimuman prestasi automatik terhadap sasaran bidaan yang anda tetapkan menyebabkan anjakan dalam perbelanjaan harian dan metrik lain.
  • Perubahan had bidaan: Cara penetapan atau perubahan had bidaan mempengaruhi pengoptimuman automatik bidaan anda. Had bida boleh menghalang Google Ads daripada melaraskan bidaan anda kepada jumlah yang paling menepati sasaran anda.
  • Perubahan strategi bidaan: Cara jenis strategi atau perubahan portfolio mungkin mempengaruhi prestasi. Setiap jenis strategi bida automatik direka untuk membantu anda mencapai matlamat khusus perniagaan anda.
  • Perubahan Pengubah Suai Bidaan: Cara perubahan pada pengubah suai bidaan peranti, pengubah suai bidaan lokasi, pengubah suai bidaan demografi dan pengubah suai bidaan khalayak mungkin telah mempengaruhi prestasi.

Penjelasan belanjawan

  • Perubahan belanjawan: Cara perubahan pada belanjawan anda mungkin telah mempengaruhi bilangan klik dan tera yang diterima oleh iklan anda.
  • Pengoptimuman belanjawan: Cara pengoptimuman prestasi automatik terhadap belanjawan yang anda tetapkan menyebabkan anjakan dalam perbelanjaan harian dan metrik lain.
  • Peruntukan belanjawan dikongsi: Cara pengagihan belanjawan anda merentas berbilang entiti (contohnya, kumpulan iklan) mungkin telah mempengaruhi prestasi entiti lain.

Penjelasan penukaran

  • Tetapan penukaran: Cara perubahan pada tetapan penukaran anda boleh mempengaruhi prestasi, termasuk perubahan pada tetingkap penukaran, kiraan penukaran, model atribusi dan tetapan lain.
  • Kelewatan penukaran: Cara penukaran terbaharu yang belum dilaporkan boleh menyebabkan penurunan dalam penukaran.
  • Turun naik dalam bilangan penukaran yang diterima: Cara perubahan dalam bilangan penukaran yang diterima boleh mempengaruhi prestasi, dan sama ada perubahan ini didorong oleh kejatuhan dalam cetusan tag penukaran, tera, klik CVR atau CTR.

Penjelasan nilai penukaran

  • Tetapan nilai penukaran: Cara perubahan pada tetapan nilai penukaran anda boleh mempengaruhi prestasi, termasuk perubahan pada nilai lain, nilai khusus transaksi, nilai dinamik dan tetapan nilai yang lain.
  • Kelewatan nilai penukaran: Cara penukaran terbaharu yang belum dilaporkan boleh menyebabkan kejatuhan nilai penukaran.
  • Turun naik dalam nilai penukaran yang diterima: Cara perubahan dalam nilai penukaran yang diterima boleh mempengaruhi prestasi dan sama ada perubahan ini didorong oleh penurunan klik, CVR, CTR, jumlah penukaran atau peratusan penukaran dengan nilai yang berkaitan.

Penjelasan kadar penolakan

  • Perubahan kadar penolakan: Mengira peningkatan atau pengurangan dalam kadar penolakan setiap kategori untuk tempoh masa kad penjelasan. Peningkatan dalam peratusan perubahan kategori penolakan bermakna prestasi kempen anda mungkin berada pada tahap yang kurang optimum. Matlamat penjelasan ini adalah untuk mengurangkan peratusan penolakan yang diperoleh kempen anda.
  • Definisi dan panduan kategori penolakan: Menerangkan kategori penolakan yang menjejaskan kempen anda bersama-sama definisi dan panduan yang sepadan tentang cara meminimumkan penolakan. Maksimum 5 kategori penolakan akan diliputi pada kad penjelasan, iaitu kos sasaran rendah, jangkauan terhad, kekangan belanjawan, kempen bertindih dan kualiti aset. Kategori penolakan dipaparkan pada kad penjelasan diisih dalam tertib menurun berdasarkan perubahan peratusan dalam kadar penolakan untuk tempoh masa kad penjelasan.
  • Syor kategori penolakan: Menawarkan syor khusus untuk mengurangkan kejadian kategori penolakan dengan perubahan peratusan tertinggi.

Penjelasan aset, kumpulan aset dan kumpulan iklan

  • Perubahan aset: Cara penambahan atau pengalihan keluar aset yang digunakan dalam Kempen apl atau kempen Prestasi Maksimum anda mempengaruhi prestasi anda.
  • Perubahan prestasi aset: Cara anjakan dalam prestasi kumpulan aset individu mempengaruhi prestasi keseluruhan kempen Prestasi Maksimum anda.
  • Kelayakan: Cara faktor berlainan mempengaruhi kekerapan iklan anda layak untuk trafik (contohnya, kehabisan belanjawan; menjeda kumpulan iklan, kumpulan aset atau kempen; atau iklan, kumpulan aset, aset atau kumpulan aset yang tidak diluluskan).

Semua penjelasan lain

  • Kempen masih dalam pembelajaran (baharu): Diserlahkan apabila kempen baharu mungkin melihat beberapa turun naik yang dijangka sambil masih dalam tempoh pembelajaran.
  • Matlamat pengoptimuman: Cara pengubahan matlamat pengoptimuman anda dalam kempen apl anda, seperti mengubah pemasangan pada tindakan dalam apl, mungkin mempengaruhi prestasi.
  • Perubahan penyasaran: Cara perubahan penyasaran lokasi, penyasaran kata kunci, status kata kunci dan penambahan atau pengalihan keluar khalayak boleh mempengaruhi prestasi.
  • Persaingan lelongan dan minat carian: Cara perubahan jumlah carian pada inventori Carian dan Beli-belah mungkin mempengaruhi prestasi.
  • Sejarah perubahan: Cara perubahan pada akaun anda mungkin mempengaruhi prestasi akaun anda.
  • Kesan hari dalam minggu: Cara gelagat pengguna pada hari tertentu dalam seminggu mempengaruhi perubahan prestasi yang diperhatikan.

Cara melihat penjelasan dalam akaun anda

Anda tidak mempunyai penjelasan jika julat tarikh anda mengandungi tarikh hari ini kerana mungkin terdapat lebih banyak data untuk hari tersebut.

Lihat penjelasan

Secara lalai, anda akan mendapat penjelasan yang membandingkan julat tarikh yang anda pilih dengan tempoh sebelumnya yang sama panjang:

  1. Pergi ke halaman kempen atau kumpulan iklan anda.
  2. Tuding pada nilai dalam jadual data anda yang berwarna biru dengan garis bertitik $1,193.60.
  3. Anda akan melihat perubahan nilai ini sejak tempoh terakhir.
    Contohnya, jika anda memilih 7 hari terakhir sebagai julat tarikh, anda akan mendapat penjelasan tentang perubahan prestasi anda berbanding minggu sebelumnya.
  4. Anda juga boleh menuding pada graf prestasi di halaman kempen utama anda. Perubahan prestasi yang ketara dalam tempoh masa yang dipilih akan mempunyai penjelasan.
  5. Klik Lihat penjelasan untuk melihat faktor yang menyebabkan perubahan tersebut.

Lihat penjelasan dalam laporan strategi bidaan

Anda boleh melihat sebab perubahan yang bermakna dengan melihat penjelasan dalam laporan strategi bidaan anda.

  1. Pergi ke halaman Kempen pada menu halaman sebelah kiri.
  2. Klik pautan dalam lajur "Jenis strategi bidaan" bagi kempen yang anda pilih.
  3. Tuding pada nilai yang ingin anda lihat penjelasan.
    • CPA Sasaran: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kos, Penukaran dan CPA Sebenar.
    • Maksimumkan penukaran: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kos dan Penukaran.
    • Sasaran ROAS: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kos, Penukaran dan ROAS.
    • Nilai penukaran maksimum: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kos dan Penukaran.
    • Bahagian teraan sasaran: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai IS teratas bagi Kos dan Carian.
    • Maksimumkan klik: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kos dan Klik.
    • Strategi bidaan berdasarkan penukaran: Anda boleh melihat penjelasan untuk nilai Kelewatan Penukaran.
  4. Anda juga boleh menuding pada graf prestasi dalam laporan strategi bidaan anda. Perubahan prestasi yang ketara dalam tempoh masa yang dipilih akan mempunyai penjelasan.
  5. Klik Lihat penjelasan untuk melihat faktor yang menyebabkan perubahan tersebut.

Lihat penjelasan dalam kempen, kumpulan iklan atau sejarah perubahan anda

Imej ini menunjukkan kepada anca cara melihat penjelasan dalam kempen Google Ads anda.

Anda boleh mengenal pasti sebab perubahan ketara dalam prestasi iklan anda dengan melihat penjelasan apabila tersedia dalam carta yang ditemukan pada tab kempen, kumpulan iklan atau sejarah perubahan.

  1. Pergi ke sama ada tab kempen, kumpulan iklan atau sejarah perubahan di menu halaman kiri.
  2. Tuding pada graf prestasi. Perubahan prestasi yang ketara dalam tempoh masa yang dipilih akan mempunyai penjelasan.
  3. Klik Lihat penjelasan pada anotasi carta apabila tersedia untuk melihat perkara yang menyebabkan perubahan.

Dapatkan penjelasan untuk julat tarikh tersuai

Untuk membandingkan 2 julat tersuai, pilih 2 tempoh masa yang ingin anda bandingkan dalam pilihan julat tarikh:

  1. Di penjuru kanan sebelah atas skrin anda, klik anak panah ke bawah bersebelahan julat tarikh.Date range drop down menu
  2. Klik togol di sebelah "Bandingkan", kemudian pilih Tempoh sebelumnya di bawah.
  3. Pilih tempoh masa. Pastikan kedua-dua tempoh sama panjang dan berturutan, jika tidak, penjelasan tidak akan dipaparkan.
  4. Klik Gunakan.

Anda akan melihat peratusan perubahan ditambahkan di bawah angka dalam lajur metrik prestasi anda.

Perubahan ketara akan diserlahkan dengan warna biru dan mempunyai penjelasan.

Sebab anda mungkin tiada penjelasan

Penjelasan direka bentuk untuk mempamerkan perubahan yang ketara pada metrik prestasi yang dioptimumkan kempen anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati penjelasan tidak tersedia pada setiap masa. Berikut ialah beberapa sebab lazim penjelasan tidak tersedia:

  • Metrik prestasi tidak dijajarkan dengan matlamat kempen anda.
  • Perubahan pada metrik prestasi anda tidak cukup ketara untuk mencetuskan penjelasan.
  • Julat tarikh termasuk hari ini atau hingga 90 hari yang lalu.

Penjelasan hanya tersedia untuk beberapa jenis kempen dan strategi bidaan pada masa ini seperti di bawah:

Jenis kempen Strategi bidaan Metrik yang disokong
Carian CPC dipertingkat untuk nilai Nilai penukaran
Carian CPC manual dan CPC dipertingkat Klik, kos, tera, penukaran dan nilai penukaran
Carian Maksimumkan klik Klik dan kos
Carian Maksimumkan penukaran Kos dan penukaran
Carian Maksimumkan nilai penukaran dan Sasaran ROAS Kos dan nilai penukaran
Carian CPA Sasaran Kos dan penukaran
Carian Bahagian teraan sasaran Kos dan teraan
Apl CPA Sasaran Kos, pemasangan dan tindakan dalam apl
Prestasi Maksimum Maksimumkan penukaran (dengan CPA sasaran pilihan) Kos, penukaran
Prestasi Maksimum Maksimumkan nilai penukaran (dengan ROAS Sasaran pilihan) Kos, nilai penukaran

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10626970053223104055
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false