Perihal alat tambah untuk Helaian Google

Alat tambah untuk Helaian Google memudahkan anda membuat, menjalankan dan mengemas kini laporan Google Ads anda dalam Helaian Google. Dapatkan semua manfaat keupayaan manipulasi data dan pembentangan hebat Helaian Google apabila melaporkan prestasi Google Ads anda.

Dengan menggunakan alat tambah untuk Helaian Google, anda boleh:

  • Membuat laporan Google Ads dalam Helaian Google dengan cepat dan mudah.
  • Memilih lajur dan menggunakan penapis dalam laporan.
  • Memuat semula laporan dengan cepat, bukannya menjalankan berbilang laporan dan menyalin serta menampal data.
  • Berkongsi laporan dengan pasukan anda.
  • Melihat, membuat dan mengubah suai definisi laporan dari dalam Helaian Google.
  • Memangsi data laporan anda dalam Helaian Google.

Artikel ini menerangkan tentang cara anda dapat memasang alat tambah ini dan menggunakan alat tambah tersebut untuk membuat, mengemas kini, mengedit dan memadamkan laporan Google Ads anda dalam Helaian Google.

Nota: Pada masa ini, alat tambah ini hanya tersedia untuk Helaian Google versi bahasa Inggeris dan hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Petua

Lihat tetapan untuk setiap laporan yang anda buat menggunakan alat tambah bagi Helaian Google di bawah tab "Konfigurasi laporan" di bahagian bawah halaman.

Pasang alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

  1. Pergi ke Helaian Google.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google tertentu yang mempunyai akses kepada akaun Google Ads yang ingin anda jalankan laporan. Untuk beralih ke akaun Google yang lain, klik foto profil atau alamat e-mel anda di bahagian kanan sebelah atas skrin, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan. Anda akan dapat memilih akaun Google Ads tertentu yang anda ingin gunakan apabila anda membuat laporan.
  2. Klik tanda tambah di bawah "Mulakan hamparan baharu".
  3. Daripada menu di bahagian atas halaman, pilih Alat tambah.
  4. Klik Dapatkan alat tambah.
  5. Dalam tetingkap yang kelihatan, masukkan “Google Ads” ke dalam bar carian di penjuru kanan sebelah atas.
  6. Tekan Enter.
  7. Klik alat tambah yang dipanggil "Google Ads".
  8. Klik butang "+Percuma" di penjuru kanan sebelah atas tetingkap.
  9. Semak kebenaran, kemudian klik Benarkan untuk memasang alat tambah.

Buat laporan baharu menggunakan alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

  1. Pergi ke Helaian Google.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google tertentu yang mempunyai akses kepada akaun Google Ads yang ingin anda jalankan laporan. Untuk beralih ke akaun Google yang lain, klik foto profil atau alamat e-mel anda di bahagian kanan sebelah atas skrin, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan. Anda akan dapat memilih akaun Google Ads tertentu yang anda ingin gunakan apabila anda membuat laporan.
  2. Klik tanda tambah di bawah "Mulakan hamparan baharu".
  3. Daripada menu di bahagian atas halaman, klik Alat tambah.
  4. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Buat laporan baharu.
  5. Jika digesa, pilih akaun Google Ads untuk digunakan bagi hamparan tersebut. Jika anda hanya mempunyai satu akaun Google Ads yang dikaitkan dengan akaun Google yang anda log masuk, hamparan akan dikaitkan secara automatik dengan akaun tersebut.
    Nota: Anda hanya boleh memilih satu akaun untuk setiap hamparan.
  6. Masukkan parameter laporan (seperti julat tarikh, jenis laporan, penapis dan pelbagai lagi) dalam tetingkap yang kelihatan di sebelah kanan.
  7. Klik Buat laporan.

Muat semula laporan menggunakan alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

  1. Pergi ke laporan dalam Helaian Google yang ingin anda kemas kini.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google sama yang anda gunakan untuk membuat laporan yang ingin anda kemas kini. Untuk menukar pengguna, klik foto profil atau alamat e-mel anda di bahagian kanan sebelah atas skrin, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  2. Daripada menu di bahagian atas halaman, klik Alat tambah.
  3. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Muat semula laporan.
  4. Tandai kotak di sebelah laporan yang ingin anda kemas kini dalam tetingkap yang kelihatan di sebelah kanan.
  5. Klik Muat semula laporan.

Edit laporan menggunakan alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

Untuk mengemas kini apa-apa parameter pada laporan sedia ada (contohnya, julat tarikh, lajur atau penapis) tanpa membuat laporan baharu:

  1. Pergi ke laporan dalam Helaian Google yang ingin anda edit.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google sama yang anda gunakan untuk membuat laporan yang ingin anda edit. Untuk menukar pengguna, klik foto profil atau alamat e-mel anda di bahagian kanan sebelah atas skrin, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  2. Daripada menu di bahagian atas halaman, klik Alat tambah.
  3. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Edit laporan.
  4. Pilih laporan yang ingin diedit daripada tetingkap yang kelihatan di sebelah kanan.
  5. Klik Edit laporan.
  6. Buat perubahan yang anda inginkan pada laporan dalam tetingkap yang kelihatan di sebelah kanan.
  7. Klik Simpan dan muat semula laporan.
    Nota: Setelah anda mengedit laporan, konfigurasi baharu laporan tersebut akan dikemas kini dalam tab "Konfigurasi laporan" di bahagian bawah halaman.

Jadualkan laporan menggunakan alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

Untuk menghantar laporan, pilih salah satu daripada pilihan berikut:

Jadualkan laporan baharu

  1. Pergi ke Helaian Google.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google khusus yang mempunyai akses kepada akaun Google Ads yang ingin anda gunakan untuk menghantar laporan. Untuk beralih ke akaun Google yang berlainan, klik foto profil atau alamat e-mel anda di penjuru kanan sebelah atas, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  2. Klik tanda tambah di bawah "Mulakan hamparan baharu".
  3. Di bahagian atas, klik Alat tambah.
  4. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Buat laporan baharu.
  5. Dalam tetingkap yang kelihatan, masukkan parameter laporan (seperti julat tarikh, jenis laporan, penapis dan banyak lagi).
  6. Tatal ke bawah dan tandai kotak di sebelah "Jadualkan laporan ini".
  7. Pilih kekerapan jadual penghantaran anda.
  8. Klik Buat laporan. Berdasarkan jadual yang anda pilih, anda akan menerima e-mel dan data anda akan dimuat semula secara automatik dalam helaian ini.

Jadualkan laporan yang sedia ada

  1. Pergi ke laporan dalam Helaian Google yang ingin anda jadualkan.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google sama yang anda gunakan untuk membuat laporan yang ingin anda hantar. Untuk bertukar pengguna, klik foto profil atau alamat e-mel anda di penjuru kanan sebelah atas, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  2. Di bahagian atas, klik Alat tambah.
  3. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Edit laporan.
  4. Pilih laporan yang ingin anda edit.
  5. Klik Edit laporan.
  6. Tandai kotak di sebelah "Jadual laporan ini".
  7. Pilih kekerapan jadual penghantaran anda.
  8. Klik Simpan dan muat semula laporan. Berdasarkan jadual yang anda pilih, anda akan menerima e-mel dan data anda akan dimuat semula secara automatik dalam helaian ini.

Padamkan laporan menggunakan alat tambah Google Ads untuk Helaian Google

  1. Pergi ke laporan dalam Helaian Google yang ingin anda padamkan.
    Nota: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google sama yang anda gunakan untuk membuat laporan yang ingin anda padamkan. Untuk menukar pengguna, klik foto profil atau alamat e-mel anda di bahagian kanan sebelah atas skrin, kemudian pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  2. Daripada menu di bahagian atas halaman, klik Alat tambah.
  3. Tuding pada "Google Ads", kemudian pilih Padamkan laporan.
  4. Pilih laporan yang ingin anda padamkan daripada tetingkap yang kelihatan di sebelah kanan.
  5. Klik Padamkan laporan.
    Nota: Setelah anda memadamkan laporan, konfigurasi laporan tersebut tidak akan kelihatan lagi dalam tab "Konfigurasi laporan" di bahagian bawah halaman.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17891364788416297532
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false