Dilog keluar secara automatik daripada akaun

Sistem Google Ads direka bentuk untuk melog keluar pengguna selepas tempoh tiada aktiviti yang ditetapkan. Ini dilakukan untuk memaksimumkan kelajuan dan kecekapan sistem dan bagi melindungi keselamatan akaun individu. Agar tamat tempoh sesi tidak menyebabkan anda kehilangan kerja dalam akaun Google Ads anda, kami mencadangkan anda menyimpan senarai kata kunci baharu dan teks iklan dalam hamparan atau pemproses perkataan sebelum melaksanakannya dalam akaun anda.

Jika anda mendapati bahawa anda sering dilog keluar daripada akaun anda atau anda dilog keluar selepas tempoh tiada aktiviti yang singkat (di bawah satu jam), anda mungkin perlu melaraskan tetapan proksi anda. Untuk mengelakkan tamat tempoh sesi pramatang pada masa depan, anda boleh mengkonfigurasi semula proksi anda agar proksi tidak menggunakan berbilang alamat IP, menggunakan proksi yang berbeza atau berhenti menggunakan pelayan proksi bagi mengakses Internet. Arahan mengenai cara menukar tetapan proksi anda boleh didapati di bawah.

Untuk penyemak imbas Internet Explorer dengan sistem pengendalian Microsoft Windows:

  1. Dengan Internet Explorer terbuka, klik Tools di bar atas.
  2. Dalam menu, pilih Internet Options.
  3. Klik tab Connections.
  4. Klik butang Settings.
  5. Klik butang Advanced.
  6. Dalam kotak yang bertajuk 'exceptions,' di bawah 'Do not use proxy server for addresses beginning with:' taipkan 'https://' (tanpa tanda petikan tunggal). Ini akan membolehkan anda mengedit akaun Google Ads tanpa tamat tempoh sesi.
Untuk penyemak imbas Microsoft Internet Explorer dengan sistem pengendalian Macintosh:
  1. Dengan MS Internet Explorer terbuka, pilih Preferences daripada menu Edit.
  2. Klik Proxies di bawah bahagian Network di sebelah kiri halaman.
  3. Dalam kotak bertajuk 'exceptions', masukkan 'ads.google.com' (tanpa tanda petikan tunggal).
  4. Klik OK. Perubahan ini akan membolehkan anda mengedit akaun Google Ads anda tanpa tamat tempoh sesi.

  5. Untuk penyemak imbas Mozilla Firefox dengan sistem pengendalian Microsoft Windows:
    1. Dengan Mozilla Firefox terbuka, klik Tools di bar atas
    2. Pilih Options.
    3. Dalam kategori General, klik Connection Settings...
    4. Jika 'Direct connection to the Internet' sudah dipilih, maka langkau ke perenggan mengenai tembok api di hujung dokumen ini. Jika pilihan tersebut tidak dipilih dan anda dapat bersambung kepada internet tanpa proksi, maka pilih 'Direct connection to the Internet' dan beralih ke langkah #7. Jika anda perlu menggunakan proksi untuk bersambung kepada internet, maka beralih ke langkah seterusnya.
    5. Pilih 'Manual proxy configuration' jika pilihan ini masih belum dipilih.
    6. Dalam medan 'No Proxy for:', tambah 'ads.google.com' (tanpa tanda petikan tunggal).
    7. Klik OK. Perubahan ini akan membolehkan anda mengedit akaun Google Ads anda tanpa tamat tempoh sesi.
    8. Untuk penyemak imbas Mozilla Firefox dengan sistem pengendalian Macintosh:
      1. Dengan Mozilla Firefox terbuka, klik 'Preferences' di bar atas.
      2. Pilih Internet Options.
      3. Dalam kategori General, klik Connection Settings....
      4. Jika 'Direct connection to the Internet' sudah dipilih, maka langkau ke perenggan seterusnya mengenai tembok api. Jika pilihan tersebut tidak dipilih dan anda dapat bersambung kepada internet tanpa proksi, maka pilih 'Direct connection to the Internet' dan beralih ke langkah #7. Jika anda perlu menggunakan proksi untuk bersambung kepada internet, maka beralih ke langkah seterusnya.
      5. Pilih 'Manual proxy configuration' jika pilihan ini masih belum dipilih.
      6. Dalam medan 'No Proxy for:', tambah 'ads.google.com' (tanpa tanda petikan tunggal).
      7. Klik OK. Perubahan ini akan membolehkan anda mengedit akaun Google Ads anda tanpa tamat tempoh sesi.
      8. Nota: Arahan di atas adalah untuk versi penyemak imbas berikut: Internet Explorer 6.0 dan Firefox 5.0. Jika anda tidak dapat melaksanakan operasi yang disyorkan dengan arahan ini, sila rujuk pada pusat bantuan penyemak imbas anda.

        Jika menukar tetapan proksi anda tidak berjaya, tembok api untuk rangkaian anda mungkin menjadi penghalang. Jika anda menggunakan proksi HTTP dan proksi tersebut menggunakan berbilang alamat IP apabila bersambung ke tapak luaran (seperti Google Ads), maka sesi akan tamat tempoh setiap kali anda mengakses tapak. Untuk menyelesaikan masalah ini, pertimbangkan untuk melaraskan tetapan tembok api anda.


Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3062383925930340447
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false