Cara melaraskan penukaran anda

Nilai penukaran selalunya boleh berubah selepas pelanggan menukar.

Artikel ini akan membimbing anda melalui proses melaraskan penukaran Google Ads anda, sama ada untuk menyatakan semula nilai penukaran atau menarik balik nilai tersebut sepenuhnya daripada laporan anda.

Sebelum anda bermula

  • Untuk melaraskan penukaran, anda perlu menjejaki penukaran anda melalui ID pesanan. ID pesanan tersebut membolehkan anda mengenal pasti penukaran anda secara unik. Ketahui cara menggunakan ID pesanan dengan penukaran anda.
  • Jika akaun pengurus menjejaki penukaran akaun anda, apa-apa pelarasan penukaran perlu dimuat naik daripada akaun pengurus.

Arahan

Ikut arahan di bawah untuk menyediakan dan mengimport data pelarasan penukaran anda.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Langkah 1: Sediakan data anda untuk diimport

  1. Pastikan data yang anda masukkan dalam fail adalah tepat kerana anda tidak boleh membuat asal pelarasan selepas mengimport fail tersebut; anda perlu membetulkan nilai pelarasan yang salah dalam fail dan mengimport semula fail tersebut. Selain itu, harap maklum bahawa penukaran akan dialih keluar sepenuhnya daripada laporan anda sebaik sahaja anda menarik balik penukaran tersebut. Sebarang percubaan berikutnya untuk melaraskan penukaran akan diabaikan (tanpa mesej ralat). Jika anda tidak menarik balik penukaran import, anda perlu “membuat asal” penukaran tersebut. Jika anda mengalih keluar penukaran laman web, penukaran tersebut tidak boleh ditambahkan kembali pada laporan anda. Muat turun templat pelarasan penukaran (muat turun: Excel, CSV atau Google Sheets). Anda juga boleh memuat turun templat daripada Google Ads:
    1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
    2. Klik menu lungsur Penukaran dalam menu bahagian.
    3. Klik Muat naik.
    4. Klik butang tambah
    5. Klik Lihat templat.
    6. Cari templat untuk "Pelarasan penukaran" dan pilih format templat untuk dimuat turun.
  2. Ikut garis panduan ini untuk memuat naik hamparan:
    • Jangan alih keluar mana-mana lajur dalam hamparan. Jika tidak, import anda akan gagal.
    • Pastikan data anda tidak menyertakan lajur tambahan atau sebarang maklumat peribadi.
Nota: Jika anda cuba melaraskan sebarang penukaran dalam masa satu hari dari klik iklan, Google Ads mungkin belum merekodkan penukaran tersebut, jadi tiada pelarasan akan dibuat. Sebagai amalan terbaik, muat naik data tambahan untuk sehari bersama setiap import. Google Ads tidak akan mengira pelarasan pendua. Untuk menentukan sama ada pelarasan adalah unik, Google Ads menggunakan ID pesanan, nama penukaran dan masa pelarasan yang berkaitan dengan penukaran.
  1. Gunakan salah satu format berikut untuk memasukkan zon waktu:
    • Masukkan ID zon waktu anda daripada senarai ini. Kaedah ini disyorkan demi mengelakkan ralat semasa peralihan waktu jimat siang hari.
    • Masukkan ofset GMT anda dengan menyatakan + atau - dan kemudian 4 digit perbezaan waktu. (Sebagai contoh, ofset untuk New York ialah -0500 dan Berlin ialah +0100). Jika anda menggunakan Waktu Min Greenwich, maka masukkan sahaja +0000.
  2. Seterusnya, tambahkan baris baharu untuk setiap penukaran, dengan melengkapkan lajur seperti yang berikut:
    • ID Pesanan: ID unik untuk penukaran. ID ini hendaklah sama dengan ID yang direkodkan dengan penukaran asal anda. Ketahui caraMenggunakan ID transaksi untuk meminimumkan penukaran pendua.
      • Nota: Kami mengesyorkan anda menggunakan ID pesanan untuk pelarasan tetapi jika anda tidak boleh menggunakan ID pesanan, sebagai alternatif, anda boleh menggunakan ID Klik Google (GCLID) yang membawa kepada penukaran luar talian yang anda muat naik sebelum ini dan masa penukaran. GCLID sepatutnya cap masa yang sama dengan masa penukaran luar talian dibuat. Jika parameter yang diberikan bersama dengan penukaran ialah GBRAID, anda hanya boleh menggunakan ID pesanan.
    • Nama Penukaran: nama tindakan penukaran ("tempahan bilik" atau "jualan dalam talian") yang anda gunakan untuk menjejaki penukaran. Anda mesti menggunakan ejaan dan penggunaan huruf besar yang sama seperti semasa anda membuat tindakan penukaran ini dalam akaun Google Ads anda.
    • Masa Pelarasan: tarikh dan masa yang nilai penukaran dilaraskan atau masa anda mengetahui tentang perubahan pada penukaran. Lihat jadual di bawah untuk mendapatkan senarai format tarikh yang diterima (contohnya, BB/hh/tttt JJ:mm:ss). Anda boleh menambahkan zon waktu pada masa penukaran dengan menggunakan salah satu daripada 4 format yang disenaraikan. Gantikan “+z” dengan ofset GMT dengan menyatakan + atau -, kemudian perbezaan masa 4 digit. Anda juga boleh menggantikan "zzzz" dengan ID zon waktu daripada senarai ini. Masa pelarasan hendaklah berlaku selepas masa penukaran.

Format

Contoh

BB/hh/tttt hh:mm:ss aa

"08/14/2012 5:01:54 PTG"

BBB hh,tttt jj:mm:ss aa

“Ogos 14, 2012 5:01:54 PTG”

BB/hh/tttt JJ:mm:ss

"08/14/2012 17:01:54"

tttt-BB-hh JJ:mm:ss

"2012-08-14 13:00:00"

tttt-BB-hhTJJ:mm:ss

"2012-08-14T13:00:00"

tttt-BB-hh JJ:mm:ss+z

"2012-08-14 13:00:00+0500"

tttt-BB-hhTJJ:mm:ss+z

"2012-08-14T13:00:00-0100"

tttt-BB-hh JJ:mm:ss zzzz

"2012-08-14 13:00:00 Amerika/Los_Angeles"

tttt-BB-hhTJJ:mm:ss zzzz

"2012-08-14T13:00:00 Amerika/Los_Angeles"

  • Jenis Pelarasan: nilai yang memberitahu Google Ads sama ada anda melaraskan nilai penukaran ("RESTATE") atau menarik balik sepenuhnya ("RETRACT") nilai tersebut.
  • Nilai Dilaraskan: nombor yang mewakili nilai penukaran yang baharu. Anda tidak perlu memasukkan nilai yang dilaraskan untuk penukaran yang anda tarik balik; nilai penukaran ditolak secara automatik daripada jumlah nilai penukaran akaun anda. Jika nilai pelarasan yang anda masukkan menurunkan nilai penukaran kepada 0, penukaran tersebut ditarik balik daripada laporan anda secara automatik.
  • Mata Wang Nilai Pelarasan: mata wang untuk pelarasan penukaran anda. Anda akan menggunakan mata wang ini jika anda melaporkan nilai penukaran dalam lebih daripada satu mata wang atau mempunyai berbilang akaun yang dibilkan dalam mata wang yang berlainan. Gunakan kod mata wang ISO 4217 3 aksara, seperti USD untuk dolar Amerika Syarikat dan JPY untuk yen Jepun. Jika anda tidak menentukan nilai, mata wang tersebut akan menjadi lalai kepada mata wang yang anda pilih untuk penukaran dalam Google Ads. Jika anda menyerahkan pelarasan dalam mata wang yang berlainan daripada mata wang penukaran asal, mata wang tersebut akan ditukar menggunakan kadar pertukaran asing harian.
  1. Simpan perubahan pada fail anda.

Langkah 2: Import pelarasan penukaran anda

Apabila helaian penukaran anda sedia, anda boleh memuat naik helaian tersebut melalui cara yang sama anda memuat naik penukaran. Pengiklan yang perlu mengemaskinikan penukaran secara programatik hendaklah menggunakan ciri muat naik yang dijadualkan. Ketahui lebih lanjut tentang mengimport penukaran

Perihal memuat naik berbilang pelarasan

Ada kemungkinan bahawa penukaran mungkin perlu dilaraskan lebih daripada sekali. Sebagai contoh, apabila 2 atau lebih item dalam satu pesanan dikembalikan pada masa yang berlainan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu pelarasan untuk penukaran dalam hamparan anda, pelarasan dengan masa pelarasan yang lebih awal akan diproses terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, jika penukaran ditarik balik atau pelarasan menurunkan nilai penukaran kepada 0, penukaran akan dialih keluar daripada laporan anda dan Google Ads tidak akan memproses apa-apa pelarasan seterusnya pada penukaran tersebut.

Penting: Jika penukaran ditarik balik atau pelarasan menurunkan nilai penukaran kepada 0, penukaran akan dialih keluar daripada laporan anda dan Google Ads tidak akan memproses apa-apa pelarasan seterusnya pada penukaran tersebut. Jika anda cuba melaraskan semula penukaran yang ditarik balik, anda tidak akan mendapat ralat walaupun pelarasan tersebut akan diabaikan. Lihat nota di bawah untuk mendapatkan cara mengambil kira penukaran tersebut jika anda perlu membuat asal penarikan balik ini.

Buat asal penarikan balik penukaran

Jika anda telah menarik balik penukaran atau menyatakan semula nilai kepada 0, seperti yang dinyatakan di atas, tindakan khusus ini tidak boleh dibuat asal. Penyelesaian sementara tersedia jika anda menggunakan tetapan “setiap penukaran” dan anda ingin “membatalkan penarikan balik” import penukaran luar talian. Anda masih boleh memuat naik penukaran yang berkaitan dengan klik iklan yang sama, maka untuk “membuat asal” penarikan balik penukaran, anda boleh memuat naik semula data penukaran yang sama dengan cap masa yang berbeza sedikit (contohnya, tambahkan beberapa saat pada setiap satu). Melalui cara ini, Google Ads akan melihat penukaran tersebut sebagai “baharu” (memandangkan penukaran tersebut berlaku pada masa berlainan) dan akan menambahkan penukaran tersebut pada laporan penukaran anda.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13903338356857403905
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false