Perihal iklan teks dalam Kempen pintar

Nota: Smart Campaign hanya boleh dibuat dalam Mod Pintar. Pengiklan baharu dan sedia ada yang tidak menggunakan Mod Pintar layak untuk pelbagai kempen lain.

Iklan teks dalam Kempen pintar termasuk:

  • Antara 3 hingga 15 tajuk dengan 30 aksara setiap satu
  • Antara 2 hingga 4 perihalan dengan 90 aksara setiap satu

Berikut ialah contoh rupa iklan teks:

Iklan • www.example.com/insurance

Insurans Komprehensif | Lindungi Diri Anda dengan Lebih Murah | Dapatkan Sebut Harga Percuma Hari Ini

Dapatkan insurans yang mampu dimiliki & boleh dipercayai. Diskaun 10% pada semua sebut harga dalam talian. Bandingkan rancangan insurans secara sebelah menyebelah dengan mudah dalam masa beberapa saat sahaja.


Soalan lazim

Bagaimanakah iklan teks berfungsi pada peranti mudah alih?

Iklan teks direka bentuk untuk mengoptimumkan semua format merentas semua peranti, termasuk peranti mudah alih.

Berapakah had aksara untuk medan iklan teks?

Setiap medan tajuk untuk iklan teks menyokong sehingga 30 aksara, sementara setiap medan perihalan menyokong sehingga 90 aksara. Aksara dalam bahasa dwilebar seperti bahasa Korea, Jepun atau Cina dikira sebagai 2 aksara dalam had tajuk dan perihala anda. Ketahui lebih lanjut tentang Keperluan iklan teks.

Mengapakah iklan teks saya kadangkala kelihatan berlainan apabila dipaparkan di Google?

Untuk membolehkan iklan anda menarik lebih ramai pelanggan dan menerima lebih banyak klik, maklumat yang anda berikan tentang perniagaan dan kandungan di laman web anda akan digunakan untuk membuat dan menguji iklan alternatif. Dalam sesetengah kes, maklumat ini mungkin digunakan untuk menguji tajuk, perihalan atau laman penambat yang berlainan. Ini juga mungkin digunakan untuk menambah pautan laman atau menggantikan tajuk anda dengan nama perniagaan, nombor telefon atau alamat anda.

Iklan asal dan juga iklan baharu akan disiarkan untuk menentukan iklan yang lebih berkesan. Iklan yang berprestasi lebih baik secara konsisten akan disiarkan lebih kerap dari semasa ke semasa.

Adakah semua teks iklan dalam iklan teks sentiasa dipaparkan apabila iklan saya dipaparkan?

Apabila anda membuat iklan teks, tajuk dan perihalan boleh kelihatan dalam apa-apa tertib.
Lebih banyak tajuk dan perihalan yang anda masukkan, semakin tinggi peluang Google Ads untuk menyiarkan iklan yang lebih sepadan dengan pertanyaan carian bakal pelanggan anda, yang dapat meningkatkan prestasi iklan anda.
Dalam mana-mana iklan tertentu, maksimum 3 tajuk dan 2 perihalan dipilih untuk dipaparkan dalam gabungan serta tertib yang berlainan, jadi pastikan ini sesuai secara individu atau dalam gabungan dan sama ada ini akan melanggar dasar kami atau undang-undang tempatan. Sekiranya anda mempunyai teks yang sepatutnya muncul dalam setiap iklan (seperti penafian undang-undang), maka anda mesti Membuat Kempen Carian.
Dalam sesetengah situasi, Google Ads perlu memendekkan teks anda, biasanya menggunakan elipsis (“...”). Contohnya:
  • Jika anda telah memberikan nombor telefon perniagaan, dalam sesetengah keadaan, butang “Panggilan” mungkin mengambil alih tempat teks iklan anda.
  • Jika teks iklan anda kerap menggunakan aksara yang lebih lebar (seperti "m") berbanding aksara sempit (seperti "i"), teks tajuk anda mungkin lebih lebar daripada ruang yang tersedia untuk teks tersebut pada sesetengah saiz penyemak imbas. Bagi kebanyakan bahasa Latin, anda boleh mengelakkan isu ini dengan mengehadkan kiraan aksara tajuk gabungan anda kepada sejumlah 33 aksara.
  • Semasa disiarkan pada Rangkaian Paparan Google, sesetengah format iklan dihadkan kepada 2 tajuk.

Bagaimanakah saya boleh membetulkan ralat semasa membuat atau mengedit iklan teks?

Jika anda menerima mesej ralat semasa cuba menyimpan iklan anda, lazimnya ini bermaksud teks dalam iklan tersebut perlu diubah untuk memenuhi satu atau beberapa dasar Google Ads. Pastikan iklan teks anda tidak mengandungi:
  • Had aksara yang tidak betul: Gunakan had aksara yang betul untuk setiap medan.
  • Teks pemegang tempat: Elakkan daripada menggunakan frasa atau istilah generik yang tidak khusus untuk perniagaan atau tawaran anda.
  • Tanda baca atau penggunaan huuf besar yang tidak betul: Pastikan bahawa tanda baca dan penggunaan huruf besar anda digunakan dengan betul dan tidak mewujudkan kekeliruan. Elakkan daripada menggunakan semua huruf besar atau tanda seru yang berlebihan.
  • Ayat yang tidak lengkap: Gunakan ayat lengkap untuk menyampaikan mesej anda dengan jelas.
  • Kesalahan ejaan atau tatabahasa yang tidak betul: Semak semula ejaan dan tatabahasa anda untuk mengekalkan imej profesional dan mengelakkan kekeliruan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
16404886877890889103
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false
false
false