6 petua untuk Kempen pintar yang berjaya

Anda boleh menggunakan Kempen pintar untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang iklan anda dan mempamerkan perkara utama tentang perniagaan anda yang tepat, padat dan menarik. Gunakan garis panduan dalam artikel ini untuk membuat iklan yang menjangkau bakal pelanggan anda dengan lebih baik.

1. Serlahkan perkara yang membuatkan perniagaan, produk atau tawaran anda unik

Adakah anda menawarkan item menu istimewa atau pilihan produk yang besar? Serlahkan ciri yang menjadikan perniagaan anda lebih menonjol daripada pesaing.

2. Sertakan harga, tawaran dan item eksklusif

Jika anda mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan, pastikan pelanggan anda mengetahui tawaran tersebut. Berikan kepada mereka maklumat yang diperlukan untuk membolehkan mereka membuat keputusan.

3. Sertakan seruan tindak

Anda boleh menggunakan frasa yang kukuh seperti “Hubungi hari ini”, “Beli” atau “Buat janji temu” dalam iklan anda untuk memberitahu pelanggan anda perkara yang boleh mereka jangkakan pada laman penambat anda.

4. Sertakan istilah carian yang berkaitan dalam teks iklan anda

Frasa ini mampu menarik perhatian pelanggan yang mencari perkataan yang berkaitan dengan perniagaan anda dan menunjukkan bahawa iklan anda berkaitan dengan perkara yang diinginkan oleh mereka.

5. Padankan kempen anda dengan laman web anda

Pastikan promosi atau produk dalam kempen anda turut disebut di laman web anda. Jika pelawat tidak menemukan perkara yang mahu dilihat apabila tiba di laman web anda, mereka akan meninggalkan laman web tersebut.

6. Pastikan iklan anda bersifat profesional

Tingkatkan kempen anda dengan menyemak semula ejaan dan tatabahasa anda. Tambahkan antara 2 hingga 4 perihalan dan cuba gunakan huruf besar untuk huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk iklan anda untuk menarik perhatian pada iklan anda.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5007795466362803451
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false