Buat laporan tersuai dalam Editor Laporan

Editor Laporan membolehkan anda menganalisis dan memaparkan data prestasi anda dengan lebih terperinci.

Anda boleh membuat jadual tersuai dan carta secara terus dalam Google Ads, tanpa perlu memuat turun data anda dalam helaian berasingan. Kemudian, simpan carta ini untuk berkongsi dengan pengguna lain, atau tambahkan carta tersebut pada papan pemuka diperibadikan.

Artikel ini menerangkan cara menggunakan Editor Laporan untuk menggambarkan prestasi anda dengan lebih baik.

Faedah

  • Jadual dan carta mudah: Antara muka seret dan lepas yang mudah membolehkan anda membina dengan cepat jadual dan carta pelbagai dimensi yang mengurangkan keperluan memuat turun data anda.
  • Visualisasikan corak dan aliran: Carta tersuai membolehkan anda menggambarkan corak dan aliran dalam data anda.
  • Penapisan dan pengisihan lanjutan: Tapis, segmenkan dan isih laporan anda untuk melihat set kempen atau metrik tertentu.

Arahan

1. Buat laporan

Bermula dengan membuat laporan tersuai dalam akaun anda.

Anda kemudian akan membina laporan anda dengan menambahkan dimensi, seperti kempen, serta metrik, seperti klik dan penukaran.

BUAT DALAM AKAUN SAYA

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Di penjuru kanan sebelah atas akaun anda, klik ikon laporan , kemudian pilih Laporan.
  3. Klik   Tersuai dan pilih jenis carta yang ingin anda buat: Jadual, Garis, LajurBar, Serak atau Pai.
  4. Seret dan lepas dimensi, seperti Kempen daripada panel sebelah kanan ke bahagian “Baris”, “Paksi X”, “Siri” atau “Segmen”.
    • Nama bahagian ini akan bergantung pada jenis carta yang anda buat.
  5. Seret dan lepas metrik, seperti Klik atau Penukaran ke bahagian “Lajur”, “Paksi Y” atau “Nilai”.
    • Nama bahagian ini akan bergantung pada jenis carta yang anda buat.
  6. Carta atau jadual anda kini akan menunjukkan kepada anda nilai untuk setiap dimensi berdasarkan metrik yang anda tambahkan, contohnya, bilangan klik dan penukaran bagi setiap kempen.
  7. Untuk menyimpan laporan anda, klik Simpan atau Simpan sebagai. “Simpan sebagai” membolehkan anda membuat salinan laporan anda menggunakan nama baharu.

Ubah carta anda

Anda boleh mengubah jenis carta atau jadual anda dengan mengklik nama jenis carta tersebut di atas bahagian “Baris”.

Akaun pengurus

  1. Jika anda mempunyai akaun pengurus, anda boleh melihat data untuk berbilang akaun dalam laporan yang sama:
    1. Klik ikon pensel Edit di sebelah “Semua akaun”.
    2. Pilih daripada menu lungsur sama ada anda mahu melihat akaun mengikut nama akaun atau label akaun.
    3. Tandai kotak di sebelah akaun yang ingin anda sertakan dalam laporan anda.
    4. Klik Simpan. Jika anda memilih lebih daripada satu akaun, kanvas akan menunjukkan pratonton penampilan laporan dan sesetengah data akan dikelabukan. Untuk melihat data semua akaun yang dipilih, anda perlu memuat turun laporan.
  2. Setelah membuat laporan, anda boleh mula memperincikan analisis anda:
    • Untuk menyusun semula jubin, cuma seret dan lepaskan jubin dalam rak.
    • Untuk menukar julat tarikh laporan anda, gunakan pemilih julat tarikh di penjuru kanan sebelah atas halaman.
    • Untuk mengalih keluar dimensi atau metrik daripada laporan anda, cari dimensi atau metrik dalam rak dan klik butang tutup (X) di sebelah nama dimensi atau metrik tersebut.
  3. Untuk melihat atau mengedit laporan kemudian, simpan laporan. Ketahui cara membuka laporan yang anda simpan.

2. Edit laporan anda

Anda boleh menapis, memformat dan mengisih data anda.

  • Tapis: Lihat data yang memenuhi kriteria khusus dalam jadual atau carta anda.
  • Format: Tambahkan pemformatan bersyarat untuk menyerlahkan sel yang mempunyai nilai tertentu.
  • Isih: Susun semula data dalam jadual atau carta anda.

Tapis

Anda boleh menapis dan mensegmenkan data yang ditunjukkan untuk keseluruhan laporan atau data yang ditunjukkan bagi lajur tertentu.

Tapis keseluruhan laporan

  1. Klik ikon penapis Tapis di atas jadual atau carta anda.
  2. Cari dan pilih item yang ingin anda tapis:
    • Contohnya, anda boleh menapis mengikut “Jenis iklan” dan pilih Iklan teks serta Iklan video.
    • Anda TIDAK boleh menapis untuk nilai tertentu. seperti kempen yang mempunyai kurang daripada 10 klik. Penapis tersebut boleh ditambahkan pada lajur individu.
  3. Klik Gunakan. Tindakan ini menambahkan penapis pada laporan anda.

Untuk mengalih keluar penapis jadual, klik ikon penapis Tapis dalam pengepala lajur, kemudian klik Alih keluar penapis.

Anda boleh menapis laporan anda mengikut data yang tiada dalam baris atau lajur anda. Contohnya, anda boleh menambahkan penapis untuk hanya melihat klik iklan daripada kempen tertentu, walaupun anda belum menambahkan "Kempen" pada laporan tersuai anda.

Tapis titik data

Anda boleh menambahkan penapis pada apa-apa titik data yang telah anda tambahkan pada laporan anda.

  1. Klik anak panah lungsur di sebelah item di bahagian “Baris”, “Paksi X”, “Lajur”, “Paksi Y”, dll.
  2. Pilih Penapis.
    • Untuk metrik, anda boleh menapis bagi nilai tertentu. Sebagai contoh, anda boleh menapis mengikut "Tera" supaya laporan anda hanya menunjukkan data untuk iklan yang memperoleh lebih daripada 1,000 tera.
    • Untuk dimensi, anda akan dapat memilih daripada senarai pilihan. Contohnya, jika anda menapis mengikut “Jenis iklan”, anda boleh memilih Iklan teks atau Iklan video.
  3. Klik Gunakan. Tindakan ini menambahkan penapis pada lajur atau baris.

Format (carta jadual)

Anda boleh menambahkan pemformatan bersyarat untuk menyerlahkan sel tertentu dalam carta jadual anda:

  1. Klik anak panah lungsur di sebelah item di bahagian "Baris" dan "Lajur".
  2. Pilih Pemformatan bersyarat.
  3. Tetapkan peraturan untuk cara anda inginkan sel tertentu diformatkan. Sebagai contoh, anda boleh menyerlahkan semua sel dengan warna hijau yang mempunyai lebih daripada 1000 klik.

Pemformatan bersyarat hanya tersedia untuk metrik yang mempunyai nilai angka seperti klik, penukaran dan tera.

Isih

Pengisihan akan menyusun semula data laporan anda untuk memudahkan pembacaan. Terdapat dua cara untuk mengisih data anda:

  1. Daripada jadual, anda boleh mengisih lajur dengan mengklik pengepala lajur di bahagian atas jadual.
    • Anak panah dalam pengepala lajur akan menunjukkan kepada anda sama ada lajur tersebut diisih dari tinggi ke rendah (anak panah bawah) atau rendah ke tinggi (anak panah atas).
    • Apabila anda mengisih, data tidak dialih keluar atau disembunyikan daripada jadual anda—data anda cuma disusun semula.
  2. Untuk semua carta lain termasuk jadual, anda boleh mengisih dengan mengklik anak panah k bawah daripada titik data yang telah anda tambahkan di bahagian “Baris”, “Paksi X”, “Lajur”, “Paksi Y”, dll.
    • Di bawah “Isih ikut”, pilih Tinggi ke rendah atau Rendah ke tinggi.
Anda boleh mengisih berbilang lajur, tetapi perlu diingat bahawa lajur terakhir yang anda isih akan mengubah cara anda mengisih lajur selebihnya.

3. Muat turun laporan anda

Selepas anda membuat laporan, anda boleh memuat turun laporan tersebut dengan mengklik ikon muat turun Gambara ikon muat turun untuk Google Ads dan Merchant Center. Anda boleh memuat turun laporan anda dalam beberapa format, termasuk .csv dan .xml.

4. Jadualkan dan kongsi laporan anda

Anda boleh menjadualkan laporan anda untuk dihantar melalui e-mel kepada anda atau pengguna lain yang mempunyai akses kepada akaun anda pada masa tertentu.

Contohnya, anda mungkin ingin berkongsi kemaskinian mingguan tentang bilangan penukaran yang diterima oleh kempen anda.

  1. Klik ikon jadual Jam.
  2. Pilih satu atau beberapa pengguna akaun untuk menghantar laporan.
  3. Pilih kekerapan yang anda ingin berkongsi laporan anda, seperti harian atau mingguan.
  4. Pilih format yang akan digunakan untuk menghantar laporan anda, seperti .csv atau .xml.

Klik Simpan. Sekiranya anda belum menyimpan laporan, anda akan diminta menyimpan laporan tersebut.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6340100080021167453
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false