Jeda atau sambung semula Kempen pintar

Terdapat 2 cara untuk menjeda kempen: selama-lamanya atau buat sementara waktu.

  • Pilih “Buat sementara waktu” untuk menjadualkan kempen anda agar disambung semula secara automatik selepas tempoh jeda yang dijadualkan. Perkara ini berguna untuk perniagaan bermusim.
  • Pilih “Selama-lamanya atau sehingga saya menyambung semula” untuk menjeda kempen anda baut selama-lamanya. Sambung semula secara manual pada bila-bila masa.

Semasa dijeda, kempen anda tidak akan mengakru caj, tetapi anda mungkin masih menerima bil untuk caj yang diakru semasa kempen anda sedang berjalan.

Sebelum anda bermula

Pastikan anda membiasakan diri dengan Kempen pintar.

Arahan

  1. Klik nama Kempen pintar yang ingin anda edit.
  2. Di bawah nama kempen, klik pada status kempen anda. Kemudian klik Jeda kempen.
  3. Klik Jeda kempen untuk mengesahkan.
  4. Pilih tempoh masa untuk menjeda kempen anda.
    • Klik Buat selama-lamanya atau sehingga saya sambung semula untuk menjeda kempen selama-lamanya dan menyambung semula kempen secara manual kemudian.
    • Klik Buat sementara waktu untuk menetapkan jadual yang menjeda dan menyambung semula kempen anda secara automatik.
  5. Jika anda memilih “Buat sementara waktu”, pilih tarikh dalam kalendar yang anda ingin jeda dan sambung semula kempen anda.
    • Nota: Anda boleh menyemak semula tarikh kempen anda atau mengubah kempen agar dijeda buat selama-lamanya dengan mengklik Edit di bawah nama kempen dalam papan pemuka kempen.
  6. Klik Jeda.
Nota: Anda boleh menyambung semula kempen anda pada bila-bila masa menerusi papan pemuka kempen. Pilih menu lungsur “Dijeda” di bawah nama kempen anda, kemudian pilih “Sambung semula kempen”.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12437292467521692977
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false