Variasi iklan memudahkan anda menguji berbilang versi iklan anda dengan mengubah tajuk atau teks perihalan, menguji promosi yang berbeza atau menyerlahkan manfaat produk dan perkhidmatan anda melalui pelbagai cara. Variasi iklan juga boleh digunakan pada URL akhir dan URL mudah alih.
Artikel ini menjelaskan cara menyediakan dan mengedit variasi iklan. Ketahui Perihal variasi iklan dengan lebih lanjut.
Sediakan variasi iklan untuk iklan carian responsif
- Akses Percubaan dalam menu Kempen
.
- Terdapat 2 cara menyediakan variasi iklan:
- Pilih butang tambah
dalam tab "Semua percubaan". Pada halaman yang dipaparkan, pilih Aset, kemudian pilih Aset yang anda berikan. Kemudian, klik Variasi iklan.
- Akses tab “Variasi iklan”, kemudian pilih butang tambah
.
- Pilih butang tambah
- Dalam bahagian “Pilih iklan”, pilih Semua kempen atau pilih kempen yang mahu anda buat variasi iklan.
- Dalam bahagian “Jenis iklan sasaran”, pilih Iklan carian responsif.
- Anda boleh menetapkan peraturan dalam bahagian "Tapis iklan":
- Tapis iklan mengikut tajuk, perihalan, laluan paparan dan URL akhir.
- Pilih Teruskan.
- Dalam bahagian "Buat variasi", pilih jenis variasi yang mahu digunakan pada iklan anda. Perlu diingat bahawa variasi bersifat sensitif huruf.
- Pilih pilihan daripada senarai.
- Cari dan ganti. Ubah dan gantikan teks dalam iklan dengan teks yang lain. Misalnya, anda boleh menguji variasi iklan anda dengan menggantikan "Tempah sekarang" dengan "Dail sekarang".
- Kemas kini teks. Ubah suai teks sedia ada dalam iklan. Anda boleh menambah, mengalih keluar atau menyemat aset untuk:
- Tajuk
- Perihalan
- Kemas kinikan URL. Ubah suai URL akhir, laluan paparan dan URL mudah alih akhir yang sedia ada.
- Pilih pilihan daripada senarai.
- Pilih Teruskan.
- Dalam bahagian "Tetapkan butiran variasi", berikan nama untuk variasi iklan anda.
- Tetapkan "Tarikh mula" dan "Tarikh tamat" untuk masa penyiaran variasi iklan. Variasi iklan anda akan mula disiarkan secara automatik pada tarikh yang anda pilih. Sekiranya tarikh itu ialah hari ini, iklan akan mula disiarkan tidak lama lagi.
- Dalam "Selisih eksperimen", masukkan peratusan belanjawan kempen yang mahu diperuntukkan untuk variasi iklan. Variasi iklan dan iklan asal anda akan dibahagikan dengan menetapkan kuki pada pengguna. Hal ini bermakna pengguna hanya dapat melihat satu versi iklan anda, tidak kira kekerapan mereka membuat carian. Tindakan ini memastikan faktor lain tidak memberikan kesan pada hasil anda dan mungkin memberi anda data yang lebih tepat.
- Pilih Buat variasi.
Edit variasi iklan anda
Setelah membuat variasi iklan, anda boleh mengedit iklan tersebut. Anda boleh mengedit nama, tarikh mula dan tarikh tamat variasi iklan anda. Untuk mengubah lebih banyak butiran, anda perlu membuat variasi iklan baharu.
- Akses Percubaan dalam menu Kempen
.
- Pilih Variasi iklan, yang menyenaraikan variasi iklan yang telah anda buat, bersama-sama dengan maklumat untuk setiap variasi.
- Cari variasi iklan yang mahu diedit.
- Tuding di atas variasi iklan anda dan pilih ikon pensel
yang dipaparkan bersebelahan lajur yang mahu diedit.
- Anda boleh menambahkan lebih banyak lajur dengan memilih ikon lajur
. Anda tidak akan dapat mengedit variasi iklan yang tidak disiarkan lagi atau telah dialih keluar.
- Anda boleh mengedit:
-
Nama. Nama yang telah anda pilih untuk variasi iklan anda.
-
Tarikh mula. Variasi iklan anda akan mula disiarkan secara automatik pada tarikh yang anda pilih. Sekiranya tarikh itu ialah hari ini, iklan akan mula disiarkan tidak lama lagi. Jika variasi iklan anda telah bermula, anda tidak akan dapat mengubah tarikh ini.
-
Tarikh tamat. Tarikh variasi iklan anda akan dihentikan siaran. Jika variasi iklan anda telah tamat, tamat tempoh atau telah digunakan, anda tidak akan dapat mengubah medan ini. Untuk menyiarkan semula variasi iklan, anda boleh mengklik Mulakan semula dalam lajur “Tindakan“. Perlu diingat bahawa variasi iklan yang telah tamat tempoh tidak boleh disiarkan semula.
-
- Pilih Simpan.
Perlu diingat
- Ketika variasi iklan anda disiarkan, anda boleh memantau prestasi iklan tersebut.
- Jika anda berpuas hati dengan hasil variasi iklan, anda boleh menggunakan variasi tersebut dan membuat iklan baharu. Gunakan variasi iklan anda.
- Apabila anda menggunakan variasi iklan, data prestasi yang anda lihat hanya digunakan pada iklan yang diubah suai. Variasi anda mungkin tidak digunakan pada iklan lain dalam kempen yang sama.
-
Setelah membuat variasi iklan anda, variasi tersebut akan disiarkan secara automatik sepanjang tarikh yang telah anda pilih. Anda tidak perlu menggunakan variasi iklan ini sehingga iklan ini selesai disiarkan dan anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
