Sediakan suapan data perniagaan

Penting
  • Mulai 30 Jun 2022, anda tidak lagi akan dapat membuat atau mengedit penyesuai iklan untuk iklan teks dikembangkan kerana pembuatan iklan teks dikembangkan baharu tidak lagi akan disokong.
  • Anda juga tidak akan dapat memuat naik atau mengedit data perniagaan untuk iklan teks dikembangkan lagi.
  • Penyesuai iklan sedia ada untuk iklan teks dikembangkan akan terus disiarkan hingga 31 Mei 2024.
  • Kami amat menggalakkan anda untuk beralih kepada iklan carian responsif.
  • Ketahui lebih lanjut tentangMemudahkan anda memaparkan mesej yang tepat pada Search.

Gunakan Data perniagaan untuk mengimport dan mengurus data anda dalam Google Ads. Anda boleh membuat dan mengurus berbilang suapan data merentas kempen anda untuk memaksimumkan penggunaan ciri seperti penyasaran serta aset iklan.

Anda akan memuat naik sendiri sesetengah sumber ini. Sumber lain, seperti nombor telefon dan pautan laman daripada aset iklan anda, dimuat naik secara automatik.

Artikel ini menerangkan cara memuat naik dan melihat set atau suapan data perniagaan anda.

Pengekodan Unicode disokong

Data perniagaan menyokong UTF-8, UTF-16 dan UTF-32 (sebaik-baiknya gunakan UTF-8). Proses transformasi data antara format ini tidak akan menyebabkan kejadian kehilangan data.

Data perniagaan tidak menyokong UTF7, UTF1, UTF-EBCDIC, SCSU, BOCU, GB-18030, Latin 1 atau ISO-8859-1.

Arahan

 

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Muat naik fail data anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Data perniagaan.
  3. Klik butang tambah untuk menambah suapan data anda.
  4. Anda boleh menambah:
    • Data penyesuai iklan. Paparkan iklan anda dengan data perniagaan yang diperibadikan mengikut konteks carian.
    • Suapan iklan dinamik.
      • Pendidikan. Tambahkan butiran seperti bidang pengajian dan lokasi.
      • Penerbangan. Tambahkan butiran seperti destinasi dan harga.
      • Hotel dan sewa. Tambahkan butiran seperti lokasi dan penilaian bintang.
      • Jawatan kosong. Tambahkan butiran seperti jawatan dan gaji.
      • Tawaran setempat. Tambahkan butiran seperti perihalan dan harga.
      • Harta tanah. Tambahkan butiran seperti nama dan harga penyenaraian.
      • Perjalanan. Tambahkan butiran seperti destinasi dan harga.
      • Tersuai. Tambahkan butiran seperti perihalan dan harga.
    • Suapan halaman. Membolehkan anda menentukan halaman web yang tepat untuk disasarkan apabila menggunakan Iklan Carian Dinamik.
    • Suapan produk setempat. Membolehkan anda mempromosikan produk dan perkhidmatan yang tersedia di lokasi khusus anda.
  5. Namakan sumber data baharu anda.
    • Sebaik-baiknya gunakan nama pendek tanpa sebarang ruang.
    • Pastikan nama set data atau suapan lama yang telah dialih keluar tidak digunakan semula. Google Ads boleh mengecam nama baharu sahaja.
  6. Klik Pilih fail dan pilih fail yang hendak dimuat naik. Perlu diingat bahawa had saiz untuk fail .csv dan .tsv ialah 500MB dan 50MB untuk jenis fail lain.
  7. Klik Gunakan.

Dalam menu halaman di sebelah kiri, klik Sejarah muat naik untuk melihat muat naik terkini anda. Dalam lajur “Tindakan”, anda boleh Memuat turun hasil jika muat naik berjaya atau Memuat turun ralat untuk melihat perkara yang boleh dibetulkan.

Nota: Selepas anda menambahkan suapan data pada kempen anda, anda tidak boleh mengubah suapan data tersebut kepada jenis suapan data yang lain daripada kempen yang sama. 

Sebagai contoh, jika suapan "Penerbangan" sudah digunakan dalam kempen, anda tidak boleh menggunakan suapan "Hotel dan sewaan" dalam kempen yang sama. Sebaliknya, anda perlu membuat kempen yang berasingan untuk menggunakan suapan "Hotel dan sewaan".

Lihat butiran suapan data anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Data perniagaan.
  3. Klik pada sumber data yang anda mahu lihat.
  4. Anda akan melihat paparan terperinci sumber data tersebut.
  5. Klik ikon lanjur Gambar ikon lajur Google Ads , kemudian pilih Ubah suai lajur.
  6. Klik Prestasi untuk memaparkan statistik prestasi iklan apabila item tertentu disiarkan dengan iklan.
  7. Pilih metrik yang anda mahu tambahkan.
  8. Klik Gunakan.
Nota: Data prestasi tidak tersedia untuk suapan Iklan dinamik, suapan produk Setempat, suapan Halaman dan suapan aset Tawaran.

Padam suapan data anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon.
  2. Klik Data perniagaan.
  3. Pilih suapan data yang ingin anda padamkan dengan kotak pilihan.
  4. Klik Edit dalam bar berwarna biru di atas.
  5. Pilih Alih keluar.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Drive Revenue with Optiscore

Want to improve account health and drive business goals? Learn from industry & Google experts on how to drive revenue with the help of Optimization Score & Auto Apply Recommendations.

Register Now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15712589627262612288
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false