Optimumkan tapak web anda untuk mudah alih

Optimumkan tapak web anda untuk mudah alih


Dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa panduan untuk menjadikan tapak web anda lebih mesra mudah alih.

Perkara ini ialah bahagian 1 daripada siri 2 bahagian. Dalam bahagian 2, kita akan meliputi mengoptimumkan iklan anda untuk mudah alih.

Sebelum anda bermula: Sebab mudah alih penting

Adalah penting untuk tapak web anda berfungsi dengan baik pada peranti mudah alih, jadi jika anda belum melabur dalam menjadikan tapak web anda mesra mudah alih, ini masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Berikut ialah beberapa sebab kehadiran mudah alih anda penting untuk perniagaan anda:

  • Tapak mesra mudah alih kelihatan lebih tinggi dalam hasil carian
  • Carian mudah alih membentuk lebih daripada separuh carian di Google.com
  • Untuk kebanyakan pengiklan, majoriti trafik datang daripada pengguna yang menggunakan telefon mudah alih
  • Jika tapak anda tidak mesra mudah alih, pengunjung 5 kali lebih mungkin meninggalkan tapak tersebut

Adakah tapak web anda mesra mudah alih?

Anggaplah diri anda sebagai bakal pelanggan dan buka tapak web anda pada telefon anda. Berapa cepat tapak web anda dimuatkan? Adakah mudah untuk mencari apa yang anda cari?

Apabila seseorang melawat tapak web anda pada mudah alih, mereka akan mengharapkan maklumat segera. Mereka mahu mengetahui dengan cepat tentang perniagaan anda dan membuat keputusan sama ada mereka berminat. Pengalaman mereka di tapak web anda akan banyak mempengaruhi tanggapan mereka tentang perniagaan anda dan kemungkinan mereka menjadi pelanggan.

Mereka bentuk tapak web anda untuk mudah alih bermakna memfokus pada navigasi ringkas yang jelas yang menghubungkan pengguna dengan maklumat yang mereka cari.

Mari kita lihat beberapa elemen yang membentuk tapak web mudah alih yang berkesan:

Pengoptimuman tapak mudah alih
Adakah tapak anda dimuatkan dengan cepat? Hampir separuh daripada semua pelawat akan meninggalkan tapak web mudah alih jika halaman tidak dimuatkan dalam masa 3 saat. Minimumkan masa pemuatan (masa yang diperlukan untuk halaman web dipaparkan di skrin anda) supaya pelawat boleh menavigasi tapak web anda dengan cepat dan mudah.

 

Is it easy to navigate?

Adakah tapak web tersebut mudah dinavigasi? Agak sukar untuk pengguna mencari maklumat yang mereka inginkan pada skrin yang lebih kecil. Semakin lama pelawat mencari atau zum masuk untuk mendapatkan maklumat, lebih cenderung mereka berasa kecewa dan meninggalkan tapak anda. Anda boleh membantu pelawat mencari maklumat yang mereka inginkan dengan memudahkan menu tapak anda dan cuba memastikan semua maklumat jelas kelihatan tanpa perlu mengezum masuk untuk membaca.

 

Is it easy to take action?

Adakah mudah untuk mengambil tindakan? Tapak web mudah alih anda perlu memudahkan pelawat melaksanakan tugas biasa seperti menghubungi anda, mencari produk atau membuat pembelian. Cuba minimumkan bilangan langkah yang diperlukan untuk melengkapkan borang atau transaksi.

 

Lihat skor tapak anda dari segi kelajuan mudah alih dan ketahui cara meningkatkan skor tersebut:

Adakah tapak web anda direka bentuk untuk matlamat perniagaan khusus anda?

Walaupun tapak web mudah alih anda mungkin dimuatkan dengan cepat dan mudah dinavigasi pada mudah alih, keberkesanan tapak tersebut bergantung pada sama ada tapak tersebut mendorong pengguna melakukan berurus niaga dengan anda.

Untuk mengetahui cara mengoptimumkan tapak web anda untuk mudah alih, fikirkan tentang matlamat perniagaan yang paling penting kepada anda. Apakah tindakan yang anda mahu pelanggan lakukan di tapak web anda? Membeli produk tertentu? Mengisi borang hubungan? Apabila anda nyatakan dengan jelas tindakan yang anda mahu pengguna lakukan di tapak web, pelawat berkemungkinan besar benar-benar membuat tindakan tersebut. 

Bergantung pada matlamat pemasaran, anda boleh memberi tumpuan pada penambahbaikan reka bentuk yang menggalakkan pelawat mengambil tindakan yang anda inginkan. Berikut ialah beberapa cadangan khusus matlamat:

Tingkatkan jualan dalam talian

  • Permudahkan navigasi tapak. Laraskan menu tapak anda serta pastikan semua perkara jelas kelihatan dan pengguna tidak perlu mengezum untuk membacanya.
  • Pastikan tapak boleh diakses. Bantu pengguna meneroka dengan menggunakan imej produk boleh dikembangkan sebelum mereka memutuskan untuk membuat pembelian.
  • Bantu pengguna membuat pembelian mereka. Pastikan apa-apa butang arahan atau "beli sekarang" menonjol. Jika boleh, gunakan maklumat akaun yang sedia ada untuk mengehadkan pemasukan data bagi pelanggan anda.
  • Benarkan pengguna menyambung semula aktiviti mereka daripada komputer meja. Permudahkan pengguna kembali ke troli beli-belah mereka apabila menggunakan komputer desktop supaya mereka dapat melengkapkan proses pembelian. 
Terima lebih banyak panggilan telefon
  • Gunakan butang atau pautan klik untuk panggil. Elakkan daripada memerlukan pengguna menghafal nombor telefon atau mengezum masuk untuk melihat nombor telefon anda.
  • Ringkaskan pilihan menu anda. Nyatakan dengan jelas bahawa cara terbaik untuk menghubungi perniagaan anda adalah melalui panggilan telefon. Paparkan nombor telefon boleh diklik atau butang pada setiap halaman tapak anda.
  • Elakkan gangguan. Jangan paparkan terlalu banyak promosi dan arahan lain supaya pengguna dapat memfokus pada membuat panggilan telefon kepada anda.
Dorong lebih banyak petunjuk dalam talian
  • Permudahkan borang anda. Pastikan pengguna dapat mengakses borang anda dengan mudah, hadkan medan untuk pemasukan data dan mudah diisi menggunakan ibu jari.
  • Hadkan penatalan dan pengezuman. Borang anda hendaklah sekadar muat pada ruang yang tersedia pada skrin mudah alih. Penatalan dan pengezuman menyukarkan pengguna daripada membuat kesilapan semasa memasukkan maklumat mereka.
  • Pilih medan data anda dengan bijak. Pastikan maklumat yang anda minta dalam borang anda mudah untuk diakses dan disahkan. Gunakan pengesahan untuk menunjukkan ralat bagi medan yang tidak lengkap.
Galakkan lawatan kedai
  • Utamakan lawatan kedai berbanding cara lain. Nyatakan dengan jelas bahawa lawatan ke kedai fizikal anda merupakan cara yang terbaik. Paparkan peta, butang lokasi atau ikon yang dipautkan terus ke alamat fizikal dan waktu perniagaan anda pada setiap halaman tapak.
  • Hadkan jumlah kandungan. Lancarkan navigasi tapak anda untuk menyediakan maklumat yang secukupnya untuk meyakinkan pengguna supaya mengunjungi kedai anda.
  • Elakkan gangguan. Promosi dapat meyakinkan pengguna agar mengunjungi kedai anda tetapi tidak sepatutnya menyukarkan lagi navigasi.
Maklumat dan kesedaran
  • Permudahkan navigasi. Gunakan menu yang ringkas dan teks yang lebih besar untuk membantu penyelidikan pengguna sebelum mereka melakukan pembelian. Oleh sebab skrin mudah alih lebih kecil, ringkaskan pilihan menu anda supaya pengguna tidak dibanjiri dengan pilihan.
  • Pastikan ketekalan merentas peranti. Semakin lama masa yang diambil oleh pelanggan untuk membuat pembelian, semakin besar kemungkinan mereka meneruskan penyelidikan pada pelbagai peranti (komputer meja, tablet, telefon) sebelum melengkapkan transaksi. Tidak kira peranti yang mereka gunakan, bantu pengguna menyambung semula aktiviti pembelian dengan menyimpan pilihan yang dibuat oleh mereka.
  • Sediakan pautan halaman utama. Jika pengguna menemui jalan buntu semasa membuat penyelidikan, pastikan pengguna tersebut dapat kembali ke halaman utama dengan mudah untuk bermula semula.

Bekerjasama dengan pembangun web anda

Terdapat pendekatan yang berlainan untuk menjadikan tapak web anda mesra mudah alih, jadi dari segi mereka bentuk dan melaksanakan perubahan, anda perlu bekerjasama dengan pembangun web anda untuk mencari penyelesaian yang tepat.

Kebanyakan perniagaan memilih untuk menggunakan reka bentuk responsif, yang bermaksud membuat reka letak tapak web yang fleksibel dengan pelbagai saiz skrin, peleraian dan peranti. Pemilik perniagaan lain lebih suka mempunyai versi tapak web yang berbeza untuk komputer meja dan mudah alih. Kami syorkan anda bekerjasama dengan pembangun web anda untuk melihat reka bentuk yang paling sesuai dengan perniagaan anda, keperluan tapak web dan sumber pembangun web.

Pergi ke Bahagian 2: Mengoptimumkan iklan anda untuk mudah alih

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18307158562571438713
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false