Perihal bahagian teraan padanan tepat

Jika anda menggunakan kata kunci padanan am dan menerima bahagian teraan yang rendah, anda harus mengkaji data bahagian teraan padanan tepat anda untuk melihat prestasi kata kunci anda bagi carian yang betul-betul sepadan dengan kata kunci anda sahaja.
Jika artikel ini merupakan kali pertama anda menemui istilah bahagian teraan, sila luangkan sedikit masa untuk memahami tentang bahagian teraan.

Bahagian teraan padanan tepat ialah nilai peratusan yang dikira dengan membahagikan bilangan tera yang diterima oleh kempen anda bagi carian yang betul-betul sepadan dengan kata kunci anda dengan jumlah anggaran bilangan teraan padanan tepat yang layak anda terima.

Artikel ini menunjukkan masa anda mungkin perlu menggunakan bahagian teraan padanan tepat dan bukannya bahagian teraan padanan am yang standard. Anda juga akan mempelajari tentang maksud bahagian teraan padanan tepat dan tindakan yang mungkin perlu anda ambil berdasarkan prestasi kempen anda.

Sebelum anda bermula

Jika anda masih belum memahami perbezaan antara padanan am dan padanan tepat, ketahui lebih lanjut tentang Pilihan pemadanan kata kunci.

Jika artikel ini merupakan kali pertama anda menemui istilah bahagian teraan, sila luangkan sedikit masa untuk membaca Perihal bahagian teraan.

Data bahagian teraan padanan tepat hanya tersedia untuk kempen dalam Rangkaian Carian.

Masa untuk menggunakan ciri ini

Katakan anda mempunyai kata kunci padanan am "bunga". Pelanggan mungkin melihat iklan anda jika mereka mencari "bunga" atau carian berkaitan seperti "bunga ros". 

Metrik bahagian teraan padanan tepat akan memberitahu anda kekerapan kata kunci anda dipaparkan apabila pengguna mencari "bunga" sahaja.

Anda kemudian boleh menentukan sama ada bahagian teraan anda adalah rendah pada semua carian atau hanya pada carian yang sepadan secara am dengan kata kunci anda.

Maksud

Jika bahagian teraan anda adalah rendah pada semua carian, anda boleh membaca lebih lanjut tentang strategi untuk Tingkatkan bahagian teraan anda.

Jika bahagian teraan anda rendah pada carian yang sepadan secara am sahaja dengan kata kunci anda, pertimbangkan untuk menjalankan laporan istilah carian. Anda bukan sahaja dapat melihat carian yang tidak sepadan secara tepat dengan kata kunci, anda juga boleh meningkatkan bahagian teraan anda pada carian tersebut dengan memasukkan istilah tersebut sebagai kata kunci dan memperuntukkan bida yang lebih tinggi dan bersesuaian pada kata kunci tersebut. Jika istilah carian tersebut kurang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, anda boleh menambahkan kata kunci tersebut sebagai kata kunci negatif.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18317982742546145026
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false