Ubah cara anda membuat pembidaan

Google Ads menyediakan banyak cara yang berbeza untuk membolehkan anda menetapkan bidaan anda termasuk pembidaan CPC Manual dan beberapa strategi bida automatik. Setiap cara tersebut direka untuk membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda yang tertentu. Dalam sesetengah keadaan, matlamat anda mungkin berubah dan anda perlu mengemas kini strategi bida anda agar bersesuaian dengan perubahan tersebut.

Artikel ini menerangkan cara mengubah strategi bida kempen anda. Arahan dalam artikel ini digunakan pada kempen Carian, Paparan dan Beli-belah.

Sebelum anda bermula

Jika anda tidak biasa dengan pelbagai cara berlainan untuk membuat pembidaan, ketahui cara Menentukan strategi bidaan berdasarkan matlamat anda.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Cara mengedit strategi bidaan kempen anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen.
  4. Pilih kempen yang mahu anda edit.
  5. Klik Tetapan dalam menu halaman bagi kempen ini.
  6. Buka Pembidaan, kemudian klik Ubah strategi bida.
  7. Pilih strategi bida baharu anda daripada menu lungsur.
  8. Klik Simpan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9313791060379355369
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false