Perihal pelaporan aset untuk Kempen apl

Apabila anda membuat Kempen apl, iklan anda dibina menggunakan aset yang anda tambahkan semasa persediaan kempen (sebagai contoh: teks, imej, video dan aset daripada halaman gedung apl anda). Artikel ini meliputi cara anda boleh menggunakan pelaporan aset Kempen apl untuk membantu anda meningkatkan prestasi iklan.

Laporan aset untuk satu kumpulan iklan

Apabila kempen disiarkan, anda boleh menemukan prestasi setiap aset dengan melihat laporan aset anda.

Arahan

  1. Dalam menu navigasi pada bahagian atas, klik Semua kempen, kemudian pilih Kempen apl.
    • “Kempen apl” tidak akan dapat dipilih jika akaun anda hanya memiliki Kempen apl.
  2. Seterusnya, melalui menu ruang kerja pada bahagian atas, klik nama kumpulan iklan yang mahu anda semak.
    • Selepas itu, anda boleh melihat ringkasan klik, tera, kos dan penukaran untuk semua iklan yang menyertakan aset dalam baris tersebut. Memandangkan banyak iklan memiliki lebih daripada satu aset, sesetengah tera dikira merentas lebih daripada satu baris.
  3. Untuk memahami cara jenis rangkaian atau penukaran yang berlainan menyumbang kepada prestasi setiap aset, klik ikon segmen Segmen .

Fahami prestasi aset

Lajur “Rating prestasi” memaparkan kedudukan persentil aset berdasarkan purata kos harian. Jika anda membandingkan metrik merentas aset, kedudukan akan menjadi relatif kepada kos aset yang serupa dalam kempen semasa. Label ini tertakluk pada perubahan dan Google membuat kedudukan "Rendah", "Baik" dan "Terbaik" anda menggunakan perbandingan untuk meramalkan kemungkinan prestasi aset.

  • "Belum selesai" bermaksud aset sedang diproses oleh Google Ads, jadi belum ada status rating prestasi lagi. Label ini hanya merujuk pada keadaan rating prestasi dan tidak mempengaruhi siaran aset tersebut.
  • "Pembelajaran" bermaksud kempen memerlukan lebih banyak data sebelum kempen ini dapat menentukan kedudukan aset tersebut.
  • "Rendah", "Baik" dan "Terbaik" ialah kedudukan relatif aset anda berbanding aset lain dalam kempen yang sama dan daripada jenis yang sama.
    Nota: Cerapan ini berdasarkan tempoh "Sepanjang Masa", jadi jika anda membandingkan metrik, pastikan anda menukar jangka masa kepada "Sepanjang masa". Perubahan julat tarikh tidak mempengaruhi lajur "Rating prestasi". Rating yang diberikan adalah sentiasa rating semasa.
  • Rating prestasi mungkin berubah dari semasa ke semasa disebabkan pelbagai faktor seperti gelagat pengguna dan kesan campuran rangkaian.

Anda boleh melihat laporan aset peringkat iklan untuk memahami prestasi aset anda. Anda boleh mengedit aset anda dengan memilih ikon edit di sebelah aset masing-masing.

Nota: Tindakan mengedit aset secara terus daripada laporan aset hanya tersedia untuk aset teks pada masa ini.

Laporan aset rentas kempen

Anda juga boleh mendapatkan paparan tunggal prestasi aset yang komprehensif merentas Kempen apl anda. Gunakan laporan ini untuk menilai aset yang berkesan dan masa untuk menambah lebih banyak aset.

Laporan aset rentas kempen dijana jika anda mempunyai satu atau beberapa kumpulan iklan Kempen apl dalam Google Ads. Hanya aset kreatif (aset dalam iklan, kumpulan iklan dan kempen aktif yang telah mempunyai tera dalam masa 30 hari terakhir) dipaparkan dalam laporan.

Nota: Oleh sebab data aset dikemas kini setiap hari, perubahan tidak akan ditunjukkan dalam masa nyata. Contohnya, aset mungkin masih dipaparkan dalam laporan selepas kempen dijeda tetapi akan dialih keluar setelah data aset dikemaskinikan.
Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Arahan

  1. Dalam menu navigasi di bahagian atas, klik Semua kempen, kemudian pilih Kempen apl.
    • “Kempen apl” tidak akan dapat dipilih jika akaun anda hanya memiliki Kempen apl.
  2. Daripada menu halaman sebelah kiri, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  3. Klik menu lungsur Aset dalam menu bahagian.
  4. Klik Aset.

Maklumat dan cerapan yang disertakan dalam laporan anda

Aset: Kandungan setiap aset.

Digunakan oleh: Bilangan kumpulan iklan yang menggunakan aset ini. Jika anda menuding pada nilai dalam lajur ini, anda akan melihat 20 kumpulan iklan teratas yang menggunakan aset ini, yang disusun mengikut tera. Anda boleh menemukan laporan aset peringkat kumpulan iklan dengan mengklik pautan kumpulan iklan tersebut. Anda boleh membuat perubahan pada kumpulan iklan anda dengan mengedit daripada laporan aset peringkat kumpulan iklan tersebut.

Petua: Tambahkan sebanyak mungkin aset unik pada Kempen apl anda. Semakin banyak aset yang anda tambahkan, semakin banyak pilihan yang tersedia untuk membuat iklan berprestasi tinggi.

Jenis: Perkara ini menentukan cara setiap aset digunakan (contohnya, “tajuk” atau “perihalan”).

Rating prestasi

Lajur "Rating prestasi" menunjukkan prestasi aset secara relatif kepada aset lain daripada jenis yang sama merentas kempen anda. Ketahui lebih lanjut tentang rating di bawah.

Rating:

  • “Pembelajaran” bermaksud sistem sedang menyemak prestasi aset secara relatif kepada aset lain dalam iklan tersebut. Setelah aset anda memperoleh trafik yang mencukupi, aset tersebut boleh ditarafkan mengikut ukuran di bawah.
  • “Lemah” bermakna aset tersebut ialah salah satu aset yang berprestasi paling rendah berbanding aset lain daripada jenis yang sama. Penggantian aset ini boleh membantu anda meningkatkan prestasi iklan.
  • “Baik” bermakna aset tersebut berprestasi baik secara relatif kepada aset lain daripada jenis yang sama. Simpan aset ini dan cuba tambahkan lebih banyak aset untuk membantu anda meningkatkan prestasi iklan.
  • “Terbaik” bermakna aset tersebut ialah salah satu aset yang berprestasi terbaik secara relatif kepada aset lain daripada jenis yang sama. Pertimbangkan untuk menambahkan lebih banyak aset seperti ini untuk meningkatkan prestasi iklan.
  • “Tidak dinilai” bermakna sistem tidak dapat menarafkan prestasi disebabkan bilangan aset yang terhad.

Anda akan menemukan peratusan dalam lajur rating untuk setiap aset anda. Peratusan tersebut mewakili bahagian teraan, merentas semua kumpulan iklan yang berkenaan, yang diterima oleh aset tersebut apabila ditetapkan rating tersebut.

Contoh:

Katakan anda mempunyai aset tajuk, “Penghantaran percuma”, yang digunakan dalam 4 kumpulan iklan:

  • Dalam kumpulan iklan #1, aset tersebut memperoleh 1000 tera dan dinilaikan “Terbaik”.
  • Dalam kumpulan iklan #2, aset tersebut memperoleh 6000 tera dan dinilaikan “Baik”.
  • Dalam kumpulan iklan #3, aset tersebut memperoleh 2900 tera dan dinilaikan “Lemah”.
  • Dalam kumpulan iklan #4, aset tersebut memperoleh 100 tera dan tidak mempunyai rating prestasi.

Kumpulan iklan tersebut akan diwakili dalam lajur aset merentas kempen:

  • 10% Terbaik (kumpulan iklan #1)
  • 60% Baik (kumpulan iklan #2)
  • 29% Lemah (kumpulan iklan #3)
  • 1% Tidak dinilai (kumpulan iklan #4)

Pelaporan aset tidak termasuk aset yang dijana secara automatik, yang mungkin mengandungi metrik tambahan. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan jumlah semua perbelanjaan aset adalah sama dengan perbelanjaan kempen anda secara keseluruhan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4342073598626804012
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false