Gunakan Halaman ikhtisar

Apabila anda log masuk ke Google Ads, anda akan bermula di halaman Ikhtisar. Di sini kami akan menunjukkan cerapan yang berkaitan tentang prestasi pengiklanan anda untuk membantu anda memanfaatkan pelaburan pengiklanan anda dengan sepenuhnya. Halaman ikhtisar kempen akan berkongsi status kempen yang dibuat baru-baru ini dan sebarang tindakan yang diperlukan sebelum kempen baharu memulakan perbelanjaan (hanya digunakan pada kempen Carian dan Video) atau anda mungkin perlu menunggu lebih lama. Ikhtisar ini juga akan mempunyai cadangan tentang cara meningkatkan kualiti kempen anda semasa anda menunggu.

Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan cara halaman Ikhtisar berfungsi.

Cara ciri ini berfungsi

Halaman Ikhtisar memaparkan beberapa keping kad yang menampilkan sorotan prestasi serta cerapan berguna yang dipilih susun oleh Google untuk pilihan anda. Setiap kad direka untuk menyampaikan aspek prestasi akaun anda sepintas lalu. Dari semasa ke semasa, kami akan menambahkan lebih banyak jenis kad, jadi pastikan anda kembali menyemak Halaman ikhtisar untuk mendapatkan cerapan terperinci yang lain.

Arahan

Kad yang ditampilkan dalam halaman Ikhtisar dipilih oleh Google berdasarkan tetapan kempen serta prestasi akaun anda. Walaupun anda tidak boleh mengubah jenis kad yang dipaparkan, anda boleh memperincikan butiran yang dipaparkan pada setiap kad. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kad berlainan di Halaman ikhtisar anda, baca Perihal Halaman ikhtisar.

Cara mengubah julat tarikh

Klik julat tarikh di bahagian atas sebelah kanan halaman. Julat tarikh bagi semua kad akan dikemas kini sekaligus. Anda juga boleh membandingkan dua julat tarikh.

Cara mengubah jenis metrik yang dipaparkan

Klik anak panah bersebelahan dengan nama metrik yang ingin anda ubah dan pilih metrik yang dikehendaki.

Misalnya, kad " Hari & masa" memaparkan data klik anda secara lalai tetapi jika tera adalah lebih penting bagi anda, klik anak panah ke bawah di sebelah "Klik"dan ubah pilihan anda kepada "Tera".

Apabila anda mengubah metrik pada satu kad, metrik yang digunakan pada kad lain tidak akan berubah.

Cara mengubah skop halaman

Kad yang dipaparkan pada halaman dan perubahan data yang boleh dibuat pada kad tersebut bergantung pada tahap akaun yang anda lihat. Apabila anda log masuk kepada akaun anda, halaman Ikhtisar anda memaparkan data tahap akaun anda. Jika anda mengklik pada kempen atau kumpulan iklan, anda akan melihat data untuk item itu pula.

Terdapat dua cara untuk sampai ke halaman Ikhtisar bagi kempen atau kumpulan iklan tertentu.

  1. Pada halaman Ikhtisar tahap akaun, dalam kad "Kempen", klik nama kempen dengan data yang anda ingin lihat. Atau daripada halaman Ikhtisar tahap kempen, dalam kad "Kumpulan iklan", klik nama kumpulan iklan dengan data yang anda ingin lihat.
  2. Dalam panel navigasi di sebelah kiri, klik Ikhtisar untuk melihat Halaman ikhtisar.
Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8879368917704337212
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false